Demi Misi Kelab, Sane Mahu Bayern Tarik Balik Hukuman Ke Atas Mane

Leroy Sane dikatakan tidak gembira dengan hukuman yang dikenakan kelab ke atas Sadio Mane.

Ini kerana pada ketika ini, penggantungan Mane hanya akan membuatkan squad depth Bayern menipis.

Mane digantung oleh kelab gara gara tindakannya menumbuk muka Leroy Sane.

Dan penggantungan itu hanya akan berakhir apabila diberitahu kelak.

Kelab sudah membuat kenyataan rasmi mengesahkan penggantungan itu dengan insiden Mane menumbuk Sane di bilik persalinan di Manchester City.

Di mana ketika itu Mane tidak berpuas hati Leroy Sane mengeluarkan kata kata kesat kepadanya ketika mengkritiknya.

Mane sudah meminta maaf di atas kesalahannya.

Dan menurut Sane, itu sudah cukup. Dan dia sedia melupakan insiden itu demi pasukan.

Wartawan Kerry Hau melaporkan, wakil dan peguam Leroy Sane sudah berjanji kepada kelab bahawa mereka tidak akan mengambil serius insiden ini.

Mereka tidak akan mengambil sebarang tindakan perundangan kepada kelab atau Sadio Mane jika hukuman itu ditarik balik.

Sane serius meminta kelab menarik balik hukuman ke atas Mane yang dianggap agak keras.

Ini ditambah, Sane mahu kelab kembali fokus kepada misi menamatkan musim ini dengan kedudukan sebaik mungkin.

Mereka masih ada perlawanan kedua menentang City untuk bangkit.

Dan dalam Bundesliga, persaingan masih lagi terlalu sengit.

Sane sudah berjumpa dengan pengurusan Bayern dan menyatakan apa yang dia rasa tentang hukuman Mane.

Pengarah Sukan Bayer, Hassan Salihadmidizic sert Oliver Kahn menjangkakan bahawa Sadio Mane akan menghargai tindakan Sane ini. Dan mereka akan kembali fokus kepada pasukan sehingga ke garisan penamat musim ini.

Ramai memberikan tabik hormat kepada Sane. Kerana apa yang dilakukannya benar benar akan membantu kelab supaya tidak terganggu dan kekurangan kekuatan dalam usaha mereka mencapai misi mereka.

Baca yang lain