Dendam Dipecat 7 Tahun Lalu, Jurulatih Balas Dendam Curi Handphone Pemain

Seorang lelaki yang bekerja sebagai jurulatih bola sepak di ibu negara India, bertukar menjadi pencuri sebagai satu balas dendam.

Bekas jurulatih itu pernah bertugas di  Delhi United Football Club dan dipecat dari jawatan jurulatih pada tahun 2013.

Telefon bimbit telah dicuri dari bilik persalinan di Stadium Jawaharlal Nehru (JLN) semasa Delhi Football League 2020.

Menurut siasatan polis, tertuduh didapati ingin membalas dendam atas pemecatannya pada 7 tahun yang lalu.

Jurulatih itu dikenali sebagai Shekhar Pathak. Pathak beralih karier ke dunia pencurian ketika dia masih rasa tidak puas hati dengan pemecatannya.

Lama juga dendam tu. Tahun ni juga dia tetap nak balas.

Dilaporkan, pada 13 Mac lalu, pasukan Delhi United Football Club sedang bermain perlawanan dalam pertandingan Delhi Football League 2020.

Biasanya di satu loker khas dalam bilik persalinan – di situ ada peti keselamatan, ianya tempat untuk meletakkan barangan berharga termasuk telefon bimbit.

Ketika pasukan kembali ke bilik persalinan setelah perlawanan tamat, para pemain mendapati bahawa peti keselamatan itu telah digeledah.

The Indian Express melaporkan bahawa kecurian itu melibatkan kerugian termasuk 12 telefon bimbit, dan wang tunai sekitar RM560.00.

Selepas kejadian itu, polis Lodhi Colony menerima laporan kes dan melancarkan siasatan. Polis mengimbas semula rakaman CCTV stadium dan kawasan tempat meletakkan telefon bimbit yang dicuri.

Salah satu telefon bimbit yang dicuri telah hidup. Menerusi telefon itu polis dapat mengesan lokasi pencuri.

Namun ketika menangkap seorang lelako, dia mendakwa bahawa dia hanya membeli telefon itu daripada seorang lelaki yang lain.

Lalu maklumat itu membawa polis kepada Pathak. Di mana dia telah menjual telefon bimbit itu.

Polis melakukan serbuan di rumah Pathak dan menemui 9 dari 12 telefon. DCP (Selatan) Atul Kumar Thakur mengatakan, “Pada tahun 2011, dia bekerja dengan pasukan bola sepak Delhi United Football Club.”

“Stadium itu tempat dia bekerja sehingga 2013. Di mana dia telah dipecat. Alasan pemecatannya kerana dia selalu tidak menepati masa dan sering menipu.”

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai