Devon Aoki: Gadis 2 Fast 2 Furious Yang Berjuang Menuntut Harta Ayahnya Daripada Ibu Tirinya

Devon Aoki berada di puncak dunia, ketika dia menjadi model yang diinginkan ramai jenama. Selepas kejayaan dia membintangi filem 2 Fast 2 Furious.

Namun kisah kegemilangannya telah tenggelam tiba tiba. Apabila dia memutuskan untuk bersara daripada dunia glamor.

Kenapa?

Devon Aoki merupakan adik kepada DJ terkemuka, Steve Aoki. Kedua dua mereka bergelut untuk mendapatkan semula harta peninggalan mendiang ayah mereka yang kini dibolot oleh ibu tiri mereka.

Sehingga kinni, dua beradik itu masih berusaha menyingkirkan nama ibu tiri mereka daripada senarai waris harta Benihana yang bernilai sekitar $50 juta wang amanah.

Benihana, merupakan rangkaian kedai stik yang sangat terkenal di Jepun yang diasaskan oleh Hiroaki “Rocky” Aoki.

Rocky seorang yang kaki perempuan ketika muda. Dan dia akhirnya memiliki 7 orang anak daripada 3 ibu berbeza. Membuatkan isu perebutan harta menjadi rumit.

Dalam artikel New York Magazine, peguam kepada Rocky menasihati agar dia meletakkan kesemua hartanya sebagai dana amanah ataupun trust fund.

Artikel yang sama menjelaskan tentang 4 orang anak Rocky termasuk Devon and Steve tidak gembira ketika ayah mereka mengahwini Keiko Aoki, yang merupakan pisau cukur.

Keiko merupakan wanita muda yang tidak ada anak dengan Rocky.

Dia meminta Rocky untuk meletakkan kesemua hartanya dalam bentuk trust fund. Dan Rocky mengubah semula wasiat hartanya. Memberikan Keiko kuasa untuk menyerahkan 75% daripada hartanya kepada semua anaknya, jika dia meninggal dunia suatu hari nanti.

Anak anak Rocky pada masa itu benar benar kecewa dengan ayah mereka. Dan berlaku pertengkaran tentang perkara itu.

Devon akhirnya memutuskan untuk mulai bekerja seawal usia 13 tahun kerana dia perlu mencari wang, walaupun ayahnya seorang jutawan. Devon Aoki keluar daripada rumah milik ayahnya untuk mencari wang sendiri.

Dia kemudian menjadi muka depan banyak majalah terkemuka. Menjadi duta produk terkemuka termasuk Versace dan Chanel.

Menjadikan dia sebagai salah seorang model wanita paling berpengaruh pada era 90-an dan 2000-an.

Ketika terjun ke dunia lakonan, Devon berjaya mencapai kemuncak kariernya menerusi watak Suki dalam 2 Fast 2 Furious dan juga dalam Sin City.

Devon kemudian berkahwin dan menumpukan perhatian untuk membesarkan anak dan menjaga keluarganya.

Satu satunya ahli keluarga dari ayahnya yang rapat dengannya pada masa itu ialah Steve Aoki yang merupakan DJ terkemuka.

Devon dan Steve kemudian berdepan dengan beberapa tindakan perundangan daripada ayahnya sendiri akibat mempersoalkan tentang tindakan ayahnya mewariskan harta kepada Keiko.

Di mana Rocky mengancam akan menyaman anak anaknya kerana cuba membolot harta dan syarikatnya dan mengancam akan menggugurkan nama mereka daripada senarai waris harta.

Oleh kerana bergaduh dengan anaknya, Rocky memutuskan untuk meletakkan kesemua wangnya, setiap sen atas nama Keiko.

Rocky menuduh anak anaknya sebagai tidak setia dengannya berbanding Keiko.

Devon pada satu ketika sudah letih dengan sandiwara bergaduh dengan ayah sendiri dan memutuskan untuk berdiam diri.

Namun selepas ayah mereka meninggal dunia, Devon dan Steve cuba menuntut kembali harta ayah mereka.

Tetapi Keiko enggan menyerahkannya pada masa ini. Alasan Keiko adalah, dia mahu mendidik anak anaknya bertatih sebelum berjalan.

Dia juga menegaskan bahawa dia cuma akan mengambil beberapa juta sahaja daripada harta itu seperti termaktub dalam surat wasiat.

Devon dan Steve Aoki menuntut agar Keiko disingkirkan daripada nama pemegang waris harta tersebut dan melucutkannya daripada syarikat milik ayah mereka.

Ini kerana menurut mereka, Keiko telah membelanjakan sehingga 7 juta dollar sesuka hatinya dengan cara sangat boros.

Dia membeli beberapa buah kereta dan kemudian kuat berjudi.

Namun usaha untuk menyingkirkan Keiko daripada pewaris harta masih tidak kesampaian.

Mahkamah malah membuat keputusan yang sangat mengecewakan Steve, Devon dan adik beradik mereka yang lain. Di mana kesemua mereka tidak berhak untuk menuntut harta peninggalan ayahnya sehingga mereka berusia 45 tahun.

Devon dan Steve sangat terkejut, bagaimana ayah mereka boleh setuju dengan syarat seperti itu dalam surat wasiatnya.

Akhirnya, kesemua 7 adik beradik Aoki kini sedang bersatu buat pertama kalinya untuk menentang Keiko, wanita yang ayahnya letakkan nilainya lebih tinggi daripada anak anaknya.

Perebutan harta itu masih berlarutan sehingga ke hari ini. Dan tiada tanda tanda, Devon, Steve dan adik beradik mereka yang lain akan berjaya dalam perjuangan menentang Keiko.

Baca yang lain