Di Belanda Majlis Keselamatan Pakai Sepotong Ayat Al-Quran Hargai Frontliner

Belanda bukanlah negara Islam. Namun perkembangan Islam di negara tersebut semakin meningkat naik.

Di mana, ketika ini populasi penduduk Belanda yang beragama Islam sekitar 850,000 orang. Ianya sekitar 4-5% daripada keseluruhan populasi di Belanda.

Kebanyakannya, orang Islam mendiami 4 bandar utama di Belanda iaitu Amsterdam, Rotterdam, The Hague dan Utrecht.

Belanda lockdown

Belanda antara negara yang mengenakan perintah lockdown di negaranya kerana koronavirus.

Apa yang menarik perhatian adalah Majlis Keselamatan Awam mereka telah menggunakan sepotong ayat Al-Quran untuk pesanan khidmat masyarakat.

Di mana mereka mengiktiraf jasa frontliners sedaya upaya menyelamatkan nyawa manusia yang lain.

Ayat tersebut adalah: “Barang siapa menyelamatkan satu nyawa, maka seolah-olah ia menyelamatkan umat manusia seluruhnya.”(Surah Al Ma’idah, 5:32)

Perkara tersebut mendapat perhatian daripada Dr. Yasir Qadhi yang bangga apabila Al-Quran digunakan sebagai rujukan oleh Majlis Keselamatan Awam Belanda.

Malah beliau menganggap ia adalah satu contoh dakwah yang positif.

“Majlis Keselamatan Belanda menggunakan sepotong ayat dari Quran.”

“Satu contoh dakwah positif yang indah.”

Bukan sahaja di dalam bahasa Inggeris, malah ada yang membalas tweet tersebut dengan menyatakan ada juga versi terjemahan Bahasa Belanda.

https://twitter.com/naveedbinaslam1/status/1245065987415736322

Pelbagai cara digunakan untuk menghargai frontliner. Misalnya di Poland, mereka melukis satu mural bagi menghargai jasa frontliners.

Frontliners adalah wira semua

Frontliners merupakan mereka yang sangat penting di kala kita berhadapan dengan krisis ketika ini.

Para petugas kesihatan menyabung nyawa mereka setiap hari demi menyelamatkan nyawa manusia lain. Malah ada di antara mereka yang turut dijangkiti dan meninggal dunia.

Begitu besar pengorbanan mereka ketika ini.

Tidak lupa juga kepada frontliners yang lain seperti polis, tentera, bomba, mereka yang bersedia di kedai dan farmasi untuk menjual barang keperluan dan juga penghantar makanan.

Koronavirus merupakan wabak yang bermula di Wuhan, China pada hujung tahun 2019 yang lalu.

Ianya kemudian diberikan nama rasmi oleh WHO sebagai Covid-19.

WHO seterusnya mengumumkan darurat kesihatan global kerana koronavirus kerana penularan wabak ini yang sangat cepat ke seluruh dunia.

Di Malaysia, kerajaan Malaysia mengambil langkah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan / PKP untuk memastikan social distancing. PKP ataupun MCO ini dianggap partially lockdown.

Banyak negara lagi yang mengambil langkah serupa dan ada yang melakukan total lockdown. Itali, Sepanyol dan terbaru Amerika Syarikat antara negara yang terjejas teruk kerana covid-19 ini.

Impak covid-19 secara global amatlah kuat sehingga banyak acara besar terpaksa dibatalkan.

Industri perlancongan, perhotelan dan juga penerbangan antara yang rugi berbillion dollar.

Semoga frontliners di seluruh dunia terus cekal dan diberikan kesihatan yang baik untuk membantu kita semua sepanjang krisis kesihatan global ini.

Dan kita pun mainkan peranan kita dengan sentiasa duduk di rumah.

Baca yang lain