Di Ecuador, Mayat Bergelimpangan Merata Tempat, Sistem Kesihatan Lumpuh Kerana Covid-19

Pada pertengahan bulan Februari lalu, seorang wanita balik ke Ecuador dari Sepanyol. Dan dia ada membawa virus koronavirus bersamanya.

Sejak dari hari itu, virus itu merebak dengan sangat cepat dan Ecuador menjadi hotspot kepada koronavirus.

Ecuador merupakan negara yang terletak di pantai barat benua Amerika Selatan bersempadan dengan Colombia, Peru dan Lautan Pasifik.

Quito merupakan ibu kota Ecuador dan Guayaquil merupakan bandar kedua terpenting di negara Andes ini.

Sistem kesihatan lumpuh

Dengan sistem pengurusan kesihatan mereka yang lemah ianya lebih memburukkan lagi keadaan.

Mereka mulai kekurangan tanah untuk menanam mayat mangsa koronavirus. Mayat kemudian mulai bergelimpangan di tepi jalan mereput dan membusuk.

Ahli keluarga mereka meminta tolong sesiapa sahaja untuk mengembumikannya.

Ada yang pasrah kerana memang tak ada tempat nak mengebumikan, hanya membiarkan mayat keluarga mereka di tepi jalan. Keadaan itu membuatkan bandar menjadi busuk.

Guaya, merupakan kawasan yang terjejas teruk dan meniadi ground zero. Mereka mencatatkan kes lebih tinggi daripada keseluruhan negara lain di benua Amerika latin.

Sebuah lagi tempat yang menjadi mercu kepada Ecuador iaitu Guayaquil, merupakan kawasan paling padat penduduk.

Namun metropolitan itu berbau busuk kerana mayat manusia. Korang bayangkanlah.

Ecuador sangat sukar untuk berdepan dengan koronavirus. Mereka serba serbi kekurangan dari segi peralatan dan kepakaran perubatan.

Ini diburukkan lagi oleh bandar Guaya yang memiliki kadar kemiskinan yang sangat tinggi. Ramai gelandangan.

Kerajaan mereka sebelum ini sudah mengambil langkah pencegahan dengan menutup sempadan mereka.

Kerajaan turut memerintahkan lockdown, meminta semua duduk di rumah dan melakukan social distancing.

Namun realitinya tidak semudah yang disangka. Virus tersebut sangat sukar dikawal. Pesakit tidak terus menunjukkan simptom. Ecuador tidak memiliki peralatan yang terbaik untuk mengesan gejala awal.

Akhirnya negara mereka menerima wabak ini juga. Kini Ecuador berhadapan dengan satu lagi masalah iaitu kekurangan bekalan air.

Ini menyukarkan mereka untuk menjaga kebersihan dan menyukarkan tugas kerajaan untuk melakukan sanitasi.

Ecuador memiliki angka pengangguran yang tinggi. Dan kini ramai yang hilang sumber pendapatan kerana ramai bekerja dengan gaji hari. Malah semakin ramai yang kehilangan pekerjaan.

Kerajaan mengarahkan lockdown. Dan pada masa yang sama kerajaan mereka tidak mampu menanggung kos untuk membantu membekalkan bantuan makanan kepada mereka yang terjejas kerana koronavirus.

Paling mengerikan, semakin banyak mayat yang dibiarkan di tepi jalan. Ada beberapa balu kepada si mati merayu rayu meminta orang ramai menolong untuk mengebumikan mayat suami mereka.

Melihat keadaan semakin meruncing, polis dan tentera dikerah untuk mengutip mayat mayat ini. Tanah perkuburan dan tempat pegebumian sudah penuh.

Jauh bezanya dengan di negara kita di mana, urusan pengkebumian ini dilakukan dengan sangat tertib kerana mahu mengelak virus itu terus tersebar.

Kerajaan Ecuador terpaksa menjadikan beberapa trak sejuk beku sebagai tempat untuk meletakkan mayat buat sementara.

Bukan sahaja kekurangan tanah perkuburan, mereka juga berdepan dengan masalah kekurangan keranda.

Burung pemakan bangkai (vultures) juga berlegar-legar bersedia menyambar mayat yang mereput di jalanan.

Tak cukup keranda

Kerumitan timbul apabila pengurus jenazah di Guayaquil hanya mampu membekal 40 buah keranda untuk keperluan tempatan pada satu-satu masa.

Pihak berkuasa mulai mengedarkan ratusan kerana kadbod dan diberikan kepada keluarga mangsa.

Timbalan Presiden, Otto Sonnenholzner, merupakan orang pertama yang meminta maaf terbuka secara rasmi kepada rakyat mereka.

Beliau berkata menerusi saluran tv kerajaan: “Kita telah melihat paparan imej yang tidak seharusnya pernah berlaku. Dan sebagai penjawat awam, saya memohon maaf kepada anda semua.”

Kerajaan telah mengisytiharkan darurat. Mereka terus sukar mengekang virus yang merebak dengan sangat cepat.

Malah, dikatakan angka kematian sebenar jauh lebih tinggi daripada angka yang dinyatakn secara rasmi.

Angka lebih tinggi

Pada Rabu dilaporkan 220 kematian di negara mereka. Minggu lalu kerajaan melaporkan 100 kematian dicatatkan  dan 3,000 kes jangkitan.

President Lenin Moreno percaya bahawa lebih 10,000 rakyat Ecuador yang telah dijangkiti. Namun mereka tidak dapat melakukan saringan dengan lebih banyak kerana kekurangan peralatan dan petugas perubatan.

Moreno juga percaya angka kematian sebenar mungkin dua kali ganda daripada yang dilaporkan.

Akibat situasi yang sangat meruncing di Ecuador, negara jiran mereka, Peru dan Colombia telah menutup sempadan mereka dan memulakan langkah pecegahan dan sanitasi.

Sentiasa tidak elok untuk membandingkan tragedi di negara lain. Namun cuma nak meminta kita semua rasa bersyukur kerana negara kita yang dianggap kecil ini memilikin sistem kesihatan yang sangat baik.

Malah diperakui oleh WHO sebelum ini. Oleh itu, hendaklah kita bersama sama memainkan peranan kita dalam membantu frontliner kita.

Kepada Ecuador, semoga kamu diberikan kekuatan dan bantuan dari negara lain tiba kepada kamu untuk menghadapi bencana kesihatan ini.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.