Diberikan Gelaran Shark, Kunci Kebangkitan Ferran Torres Di Barca

Ferran Torres kini sedang menikmati prestasi yang hebat di Barcelona. Dan dia merasakan bahawa dia adalah pemain penting kelab itu di bawah kendalian Xavi Hernandez.

Sebelum ini dia menjadi subjek kecaman peminat kerana dianggap tidak cukup bagus sejak menyertai mereka dari Man City. Tetapi kini kepercayaan Xavi ke atasnya dilihat semakin berbalas.

Paling menarik dia menjelaskan salah satu sebab dia semakin yakin adalah kerana dia diberikan gelaran Shark oleh Xavi dan pemain pemain Barca. Ianya gelaran yang memberikan semangat dalam dirinya.

Ferran Torres bercakap pada sidang media sebelum aksi UCL antara Barcelona menentang Shakhtar Donetsk.

Ferran Torres berkata, walaupun mereka berdepan krisis kecederaan namun rata rata pemain pemain Baca memiliki keyakinan tinggi untuk terus bersaing.

Ferran memberitahu: “Kami ada ramai pemain cedera dan saya sedia untuk menonjolkan prestasi sebenar. Saya yakin dan bersedia berdepan dengan cabaran di hadapan kami.”

“Bermain dengan pemain pemain muda Barca, terasa saya ni seperti orang tua pula. Namun saya akan cuba terbaik memberikan nasihat kerana umur mereka yang masih muda. Saya pernah berada di tempat mereka.”

“Pemain pemain muda kami sangat kuat, memiliki kualiti yang banyak dan mengukuhkan kedudukan mereka dengan banyak terlibat aksi kesebelasan utama. Mereka ada kualiti yang sangat baik dan cepat menyerasikan diri mereka.”

“Biarkan mereka buat yang terbaik mengikut cara mereka, kerana sukar untuk menguruskan keadaan dengan tekanan dan minit permainan di peringkat elit. Tetapi mereka memiliki potensi luar biasa sekali.”

Bercakap tentang gelaran Shark diberikan kepadanya, Ferran Torres berkata: “Saya tak perlu mencari keyakinan itu, saya memang dah ada dalam diri saya. Cuma saya boleh meningkatkan lagi diri saya dalam banyak perkara.”

“Saya berusia 23 tahun, saya di fasa permulaan karier. Megalodon [ikan jerung gigi besar] atau Shark? Saya boleh jadi kedua duanya.”

“Saya sangat baik ketika ini. Xavi meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada saya. Gelara Shark adalah sesuatu yang memberikan banyak impak. Ianya sesuatu yang sangat sealiran dengan mentaliti saya. Saya bangga untuk menjadi inspirasi mereka yang menghadapi detik sukar.”

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah