Ditangkap Kerana Mandi Air Terjun Ketika PKP

Perintah Kawalan Pergerakan diwujudkan untuk mengelakkan rakyat Malaysia keluar dan berhimpun di luar.

Ini bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak koronavirus. Malaysia kini dalam fasa kedua PKP yang sepatutnya berakhir pada 14 April ini.

Namun masih ramai yang degil. Ada yang keluar suka suka tanpa alasan yang munasabah ataupun atas urusan penting.

Di Taiping, pada Ahad minggu lalu, seramai 10 orang ditahan termasuk 3 warga Vietnam, ketika sedangn mandi air terjun.

Ianya adalah kesalahan yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mereka melakukan kesalahan itu di  Air Terjun Taman Suria.

Kesemua mereka yang berusia di antara 17 hingga 54 tahun dan ditahan sekitar jam 2.30 petang.
Ketua Polis Daerah Taiping.

Mereka semua dijatuhkan hukuman dan denda RM1,000. Manakala warga Vietnam tersebut ditahan untuk siasatan Imigresen.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, berkata kepada Berita Harian: “Dari jumlah itu hampir separuh sudah didakwa dan pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar arahan PKP ini.”

Macam macam hal la sekarang ni kan. Sebelum ni ada yang pergi ke rumah member semata mata nak menghantar resepi.

Seterusnya ada yang kantoi menipu berkata nak ambil beras dari rumah mertua. Sedangkan kampung mertua dia ada 30 kilometer daripada tempat dia melepak.

Baca yang lain