Duta Besar Indonesia Mahu PBSI Boikot All England Sebagai Pengajaran Kepada Mereka

Share on facebook
Share on twitter

Duta Besar Indonesia ke England, Desra Percaya meminta PBSI memboikot All England selepas menghalang kontinjen mereka bertanding gara gara SOP wabak yang menurut mereka tidak adil kepada pasukan mereka.

Cadangan itu muncul setelah Desra Percaya berkomunikasi dengan badan kesihatan England, National Health Service (NHS), Poul-Erik Hoyer Larsen (Presiden BWF), dan Adrian Christy (Ketua Persekutuan Badminton Britain).

Perbincangan tersebut berkaitan dengan kes tujuh wakil Indonesia di All England Open 2021 yang dipaksa mengundurkan diri oleh BWF dan jawatankuasa penganjur pada hari pertama kejohanan. PBSI kecewa kerana menurut mereka Indonesia ketika ini pada landasan terbaik untuk merangkul beberapa kategori.

Indonesia terpaksa menarik diri dari All England pada tahun 2021 kerana mereka berada di dalam pesawat awam yang membawa penumpang positif wabak, dalam penerbangan dari Istanbul ke Birmingham.

Pasukan Indonesia kemudian mendapat arahan dari pihak berkuasa kesihatan Britain (NHS) untuk melakukan kuarantin selama 10 hari sehingga 23 Mac 2021.

Situasi ini membuatkan keadaan menjadi tegang di antara kem Indonesia dengan pihak penganjur serta kerajaan England.

Desra Percaya percaya bahawa PBSI seharusnya memboikot All England di masa akan datang selepas layanan mereka. Ini juga sebagai pengajaran kepada All England.

Desra Percaya, turut percaya bahawa BWF dan penganjur All England 2021 tidak kompeten dalam menganjurkan pertandingan.

“Jadi, mungkin terlalu awal untuk memboikot. Namun, sebagai peminat badminton dan juga peminat pemain pemain Indonesia, jawapan saya adalah untuk memboikot All England.”

Desra kecewa dengan pihak penganjur yang tidak menyediakan perkhidmatan yang kondusif.

“Sekiranya soalan mengenai boikot itu ditujukan kepada saya bukan sebagai diplomat, saya akan sangat kecewa. Mereka tidak menyediakan kenderaan untuk pemain kami. Para pemain juga dilayan teruk.”

“Logiknya seperti ini, pasukan Indonesia sudah melaporkan e-mel dari NHS kepada jawatankuasa penganjur. Apa yang harus dilakukan BWF adalah melindungi dan mempertahankan pemain Indonesia,”

“BWF harus meminta pengecualian untuk pemain Indonesia yang positif sahaja. Setidaknya BWF telah melakukan upaya yang terbaik terhadap pemain Indonesia. Namun, ini tidak. Para pemain segera diminta untuk mengundurkan diri. Di manakah komunikasi itu?”

Selain itu, Desra Percaya mengatakan bahawa keinginan untuk memboikot All England adalah pendapat peribadinya.

Kelmarin, Pemerintah Indonesia menuntut klarifikasi dan transparensi daripada Kementerian Kesihatan England, selepas satu kontingen mereka diarahkan kuarantin dan dibatalkan dari menyertai All England.

Ini selepas pesawat yang mereka naiki disahkan ada seorang penumpang yang mengidap c 0 vid 19. 20 daripada 24 individu dari pasukan Indonesia diarahkan oleh National Health Service (NHS) untuk dikuarantin.

Di media sosial peminat badminton Indonesia menyerang akaun sosial All England.

blank

blank

Duta Besar Indonesia di England, Desra Percaya, menyatakan beliau sudah meminta penjelasan NHS.

“NHS sudah memberikan respons dan mereka mengatakan akan membalas kembali kepada pihak kita. Tentu mereka perlukan waktu.

Jurucakap Badminton World Federation (BWF), selaku penyelenggara All England, mengatakan kepada BBC News Indonesia bahwa mereka tidak ada kuasa untuk isu kesihatan tersebut. Dan ianya sudah pun diputuskan dan diwartakan oleh NHS.

Lantaran ramai peminat badminton Indonesia marah dan menganggap ada berlakunya diskriminasi.

Jonatan Christie berjaya mara 16 akhir setelah mengalahkan pemain Thailand Kunlavut Vitidsarn pada hari pertama YONEX All England Open Badminton Championships di Utilita Arena, Birmingham. Namun tidak dapat meneruskan perjuangannya kerana kesemua pemain Indonesia diarahkan kuarantin.

Lantas Duta Besar Indonesia, mahu NHS memberikan transparensi dan meminta maklumat pesawat yang dikatakan ada penyebaran virus. Duta Besar Indonesia itu juga memberitahu BBC Indonesia bahawa mereka sudah mengirim surat dengan ‘nada keras’ kepada Presiden BWF Poul-Erik Høyer Larsen.

Sambil Desra mencadangkan penyelesaian kepada England. Pertamanya mengarahkan pemain pemain Indonesia menjalani ujian PCR. Jika ujian ini ada meunjukkan positif, maka kem Indonesia berhak dikuarantin dan kesemua pasukan, pegawai yang individu yang terlibat dalam perlawanan dengan mereka juga harus dikuarantin kerana adanya kontak dengan mereka.

Jika angka positif masih banyak, maka Desra mencadangkan All England batal terus / null and void.

Desra mengambil contoh kes melibatkan Manchester City dinyatakan positif sebelum ini.

“Seorang pemain positif, bukan bererti satu pasukan mereka tak boleh main. Hanya seorang itu yang isolasi sendiri, yang lainnya silakan bermain, dan saya yakin, harus dilakukan ujian PCR.”

KETUM PBSI marah ada unsur unsur diskriminasi

Ketua Umum (KETUM) PBSI Agung Firman Sampurna juga bengang. KETUM PBSI tersebut kecewa dan kesal dan berkata:

“Kamu boleh bayangkan betapa peliknya, kita sudah divaksin dan tiba tiba bukan hanya dilarang bertanding, tetapi diarahkan kuarantin persendirian pula selama 10 hari.”

Agung juga menegaskan sebelum ini kesemua delegasi Indonesia menjalani ujian PCR dan disahkan negatif kesemuanya. Agung kecewa kerana ada unsur unsur diskriminasi daripada All England ke atas pasukan Indonesia yang menurutnya dalam prestasi terbaik untuk menjuarai beberapa acara.

Sejak tahun 1959, Indonesia telah meraih 34 gelaran All England dari pelbagai kategori.

“Kami menyampaikan kekecewaan yang besar tapi pada saat yang sama kami faham, berdasarkan potensi, ini adalah salah satu detik pasukan badminton Indonesia dalam kondisi terbaik.”

Pengurus timnas badminton Indonesia, Ricky Soebagdja menyatakan keputusan itu “sangat menyakitkan bagi tim Indonesia”. Bercakap kepada media, Ricky berkata: “Memang kami tak berpuas hati.”

Seorang lagi pegawai PBSI, Riony Mainaky, mengatakan kepada BBC News Indonesia bahawa kesemua pasukan Indonesia diminta untuk isolasi di hotel 10 hari sehingga 23 Mac kerana kontak dengan penumpang pesawat pada 13 Mac. Riony mengatakan para pemain sangat kecewa dan mahu pulang sahaja dengan segara.

 

“Orang lain yang kena, tapi karena satu pesawat dengan orang yang terkena virus, pasukan kami yang jadi OTG (Orang Tanpa Gejala), padahal kita sudah [test] PCR dan hasilnya negatif semua dan kita sudah divaksin semuanya,” kata Riony.

Jurucakap BWF, Lloyd Green, mengatakan kepada BBC News Indonesia lewat email bahwa pihaknya mematuhi peraturan dari pemerintah Inggeris untuk melindungi warganya dari wabak.

Green mengungkapkan bahawa Badminton England, organisasi yang menaungi badminton di England, telah mengusahakan agar para pemain dan anggota pasukan Indonesia mendapatkan pengecualian khas namun keputusan pemerintah England adalah muktamad.

“BWF dan Badminton England tidak dapat beroperasi di luar protokol dan prosedur operasi yang ditentukan oleh bada kesihatan dari pemerintah setempat. Ini juga berlaku untuk semua pertandingan yang dikendalikan BWF di berbagai negara. BWF harus tunduk pada protokol dan regulasi yang berbeza di setiap negara,” kata Green.

Menurut laporan, pasukan badminton Indonesia menaiki pesawat awam dan bukannya pesawat khas yang berbentuk ‘bubble’ mereka sendiri. Mereka transit di Istanbul dan menaiki Turkish Airlines untuk ke Birmingham. Kesemua pemain disahkan negatif ketika ujian PCR.

Namun pada keesokan harinya mereka diarahkan untuk kuarantin, kerana ada penumpang yang positif menaiki pesawat yang sama.

Pihak kerajaan UK dan England sangat tegas isu ini. Malah dalam arena bola sepak, banyak perlawanan UCL misalnya terpaksa berlangsung di luar negara.

Sumber: BBC Indonesia

Baca yang lain