EA Sports Tak Akan Pakai Nama FIFA Lagi Dan Sedia Beralih Ke Free To Play

EA Sports memberikan bayangan bahawa permainan video bola sepak mereka di masa akan datang tidak akan menggunakan nama FIFA lagi.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pelancaran FIFA 22 baru baru ini. Di mana pembangun permainan video tersebut berkata:

“Kami sedang memandang ke hadapan, di samping meneroka idea untuk menjenamakan semula permainan bola sepak EA Sports kami.”

“Ini bermakna kami sedang mempertimbangkan isu berkaitan kontrak hak cipta nama permainan tersebut dengan FIFA.”

EA Sports dikatakan sudah tak tahan dengan sikap FIFA yang meminta jumlah yang terlalu tinggi untuk menggunakan nama FIFA dalam permainan mereka.

Jika ini berlaku, ianya akan melibatkan perubahan pada banyak aspek dalam permainan. Ini termasuk perjanjian hak perlesenan dengan kelab dan persatuan bola sepak.

Bermakna peminat FIFA akan merasai apa yang dirasai pemain pemain Pro Evo sebelum ini yang terpaksa melihat nama pelik pelik pada pasukan dan pemain.

Dan kemungkinan terpaksa mencari patch untuknya. Selain itu, nama nama stadium juga akan terkesan.

Tetapi EA Sports menolak dakwaan itu dan mengesahkan bahawa mereka sudah ada hak perlesenan dengan 300 tajaan eksklusif dengan individu dan 17,000 atket melibatkabn 700 pasukan, 100 stadium dan 30 liga seluruh dunia.

Bukan itu sahaja rumors terbaru juga meramalkan langkah ini mungkin akan membawa kepada permainan free to play di atas talian sama seperti PES yang kini dikenali eFootball.

Sama sama kita nantikan.

Baca yang lain