Ejen Dedah Bos Kelantan FC Pilih First 11 Dan Tak Bayar Gaji Pemain 2 Bulan

Ejen kepada jurulatih Kelantan, Choi Moon Sik meluahkan kekecewaannya di Instagram selepas layanan yang kliennya terima daripada pengurusan tertinggi pasukan tersebut.

Choi yang direhatkan (biasanya digunakan untuk dipecat dalam Liga M) telah digantikan dengan Rezal Zambery Yahya sebagai interim sementara.

Menerusi satu luahan perasaan di IG, ejen kepada Choi menyatakan bahawa pasukan Kelantan hanya indah dari luaran namun di dalamnya bergelora.

Dia berkata: “Saya suka dengan penyokong bola sepak Malaysia. Namun saya ada banyak benda nak cakap pasal pasukan Kelantan.”

“Pasukan kejurulatihan saya telah bekerja keras dan melakukan apa sahaja untuk membantu pasukan.”

“Pasukan ini nampak menawan dari luar, namun di dalamnya, lebih teruk daripada pasukan liga amatur.”

Seterusnya ejen tersebut turut mendedahkan ada tangan ghaib yang campur tangan dalam pemilihan pasukan.

Ejen itu berkata: “Pasukan ini telah memecat jurulatih jurulatih saya seperti dirancang dan memilih sendiri pemain yang akan beraksi untuk aksi pada hari ini tanpa mendapatkan pandangan daripada jurulatih.”

“Sebagai tambahan, para pemain sudah dua bulan tak menerima gaji. Bahkan dalam aksi di tempat lawan yang sukar, mereka membawa pemain menaiki bas selama 10 jam [perjalanan] dan tak memberikan mereka makan.”

“Semuanya dah seperti pasukan amatur, namun barisan kejurulatihan tetap melakukan yang terbaik.”

“Dan dalam perlawanan hari ini juga, bukan jurulatih yang memilih pemain, sebaliknya bos dan pengarah yang menentukan kesebelasan utama pasukan tanpa mendapatkan pandangan daripada jurulatih.”

“Jurulatih kecewa dan tidak mahu pergi ke padang, dan pasukan telah memecat jurulatih tanpa sebarang ayat maaf.”

“Kami akan berterusan berhubung dengan media dan FIFA, kami akan menyusun semuanya.”

“Saya seorang ejen kepada jurulatih dan pemain jadi saya akan melakukan yang terbaik untuk pemain dan jurulatih [di bawah agensi saya].”

Dalam siaran yang sama dia turut memuat naik senarai nama pemain yang dipilih pengurusan tertinggi.

Apapun itu hanya kenyataan daripada pihak Choi Moon Sik dan kita tunggu penjelasan daripada pemilik Kelantan FC atau ahli pengarahnya agar menjawab tuduhan ini.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah