Ejen Ronaldo Mahu United Lantik Lopetegui Kerana Pengurus Itu Tahu Cara Pakai Ronaldo

Jurulatih Sevilla Julen Lopetegui disebut-sebut sebagai pengganti Ole Gunnar Solskjaer di Manchester United.

Ejen kepada Cristiano Ronaldo, Jorge Mendes di antara individu yang melobi dan menyokong Lopetegui agar menjadi pengurus baharu Man United.

Man United baru sahaja memecat Ole Gunnar Solskjaer selepas kekalahan di tangan Watford. Buat sementara ini, Man United akan dikendalikan oleh Michael Carrick sehingga Man United melantik pengurus baharu atas kapasiti interim.

Lopetegui, bekas jurulatih Sepanyol dan Real Madrid, mengetuai Sevilla menjuarai Liga Europa tahun lalu apabila menewaskan United pada separuh akhir di Cologne.

Jurulatih berusia 55 tahun itu masih ada kontrak dengan Sevilla sehingga 2024.

Mendes merasakan bahawa Lopetegui sangat sesuai dengan Man United dan juga Ronaldo. Sebelum ini pengurus itu pernah menyediakan perancangan pasukan berdasarkan Cristiano Ronaldo ketika menyertai Real Madrid.

Malangnya, Lopetegui mendakwa Florentino Perez menipunya apabila presiden Los Blancos itu menjual Real Madrid ke Juventus.

Lopetegui sebelum itu menerima jawatan di Real Madrid kerana dijanjikan Ronaldo akan terus kekal bersama Real Madrid.

Kehadiran Lopetegui mungkin akan memberikan sinar semula kepada United dari segi taktikal. Walaupun beliau gagal di Real Madrid kerana tidak diberikan sokongan cukup oleh pengurusan tertinggi.

Lopetegui antara pengurus yang dimahukan United secara interim terlebih dahulu. United pastinya tawaran yang sukar ditolak.

Lopetegui memiliki rekod yang sangat cemerlang ketika bersama Sepanyol.

Naib pengerusi eksekutif United Ed Woodward menyatakan bahawa kelab itu akan bertindak mengikut situasi pengurusan selepas United dibelasah 4-1 di Watford pada hari Sabtu.

Pengarah urusan United, Richard Arnold, yang dijangka menggantikan Woodward yang akan bersara tahun depan, juga dipercayai telah menjadi antara individu yang menasihati Joel Glazer agar memecat Solskjaer.

Ini kerana, Ole masih bertahan di United sebelum ini kerana sokongan Joel Glazer.

Selain daripada Lopetegui, United sangat mahukan juara 3 kali UCL sebagai pengurus iaitu Zinedine Zidane.

Selain itu nama Erik Ten Hag, Brendan Rodgers, Ralf Ragnick dan juga Mauricio Pochettino turut berada dalam senarai.

Untuk senarai interim, United turut mempertimbangkan Laurent Blanc.

Sebelum ini United berpeluang untuk melantik Antonio Conte. Namun Ole Gunnar Solskjaer ketika itu menang dalam aksi yang dianggap penentu masa depannya. Solskjaer membantu United menang 3-0 ke atas Spurs.

Ironinya, Spurs yang memecat pengurus dan melantik Conte.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang