EPL: Arsenal Pintas City Di Puncak, Jesus Menari Solidariti Buat Vini Jr

Arsenal meneruskan rentak cemerlang mereka musim ini dalam Liga Perdana Inggeris. Sebelum sepak mula pada Ahad, Arsenal di tangga ketiga di belakang Manchester City dan musuh setempat Tottenham Hotspur.

Dalam aksi berdepan Brentford, Arsenal tiada masalah mengatasi cabaran pasukan tersebut pada kali ini.

Arsenal di hadapan seawal minit ke-17 menerusi William Saliba.

Gabriel Jesus menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-28. Meneruskan rentak cemerlangnya bersama Arsenal sejak berpindah dari Manchester City. Prestasi yang mungkin akan dipandang serius oleh Tite selepas ini.

Kemudian The Gunners menambah gol menerusi pembelian baharu mereka musim panas lalu, Fabio Vieira yang meledak pada minit ke-49.

Gabriel Jesus meraikan gol dengan menari mari seperti Vinicius Jr. Tanda solidariti buat pemain itu yang diserang secara rasis hanya kerana dia menari meraikan golnya sebelum ini.

Sumber opta menyebut bahawa, daripada 19 pemain Arsenal yang menjaringkan gol pada kesebelasan utama pertama mereka, Fabio Vieira menjadi pemain pertama menjaringkan gol dari luar kotak penalti.

Tiada tambahan gol lagi dilakukan kedua dua pasukan pada separuh masa kedua. Arsenal menang 3-0 di tempat lawan.

Menariknya ketiga tiga gol Arsenal diassist oleh Saka/Xhaka.

Dengan prestasi semasa pasukan Arsenal. Mereka nampaknya boleh dikira pencabar kejuaraan yang serius untuk musim ini.

Selain itu, mereka dilihat sangat cerah peluangnya untuk bermain di UCL semula pada musim akan datang selepas kali terakhir bermain di UCL pada 2017.

Satu lagi rekod menarik, hanya ada dua pemain yang tak akan kalah dalam EPL apabila mereka menjaringkan gol selepas 50 perlawanan iaitu Gabriel Jesus dan James Milner.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah