EPL: Liverpool 7 Man United 0 – Mo Salah Bergelar Penjaring Liga Terbanyak Sepanjang Zaman The Reds

Liverpool turun melayan kunjungan Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield.

Man United berada dalam prestasi terbaik mereka. Liverpool pula, dalam liga mereka agak baik. Namun di dalam pertandingan piala mereka agak bergelut. Baru kalah dengan Real Madrid 2-5 di Anfield minggu lalu.

Di atas padang, Liverpool memulakan perlawanan dengan baik. Namun kurang ciptaan peluang.

Antony melakukan percubaan yang ditepis oleh Alisson pada minit ke-8.

Liverpool mendapat peluang keemasan pada minit ke-16 namun half volley Elliot melambung tinggi.

Liverpool sebenarnya lebih banyak diancam peluang lebih bahaya daripada United yang menghadirkan lebih banyak percubaan tepat.

Namun sebelum rehat separuh masa, Cody Gakpo meletakkan Liverpool di hadapan untuk masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan 1 gol.

Pada separuh masa kedua, usaha United mahu bangkit tidak menjadi.

Mereka malah dikejutkan lagi dengan enam gol daripada Liverpool.

Darwin Nunez memulakan pesta gol separuh masa kedua dengan gol minit ke-47.

3 minit kemudian, Cody Gakpo menjadikan kedudukan 3-0 dengan gol kedua peribadinya malam itu.

Pada minit ke-66, penjaring terbanyak Liverpool musim ini, Mo Salah menjaringkan gol keempat dengan rembatan kaki kanan derasnya untuk menjadikan kedudukan 4-0.

Darwin Nunez menjadikan kedudukan 5-0 dengan gol minit ke-75.

Mohamed Salah mencetak gol kedua peribadinya pada minit ke-83, untuk menjadikan kedudukan 6-0. Menjadikan dia sebagai penjaring terbanyak Liverpool dalam EPL untuk sepanjang zaman.

Ketika Man United dilihat sudah hancur, Liverpool terus menguatkan intensiti mereka.

Pemain yang disahkan akan meninggalkan kelab akhir musim ini, Firmino yang masuk sebagai pemain gantian menjaringkan gol ketujuh Liverpool.

RASMI: Firmino Tinggalkan Liverpool Akhir Musim Ini

Firmino menari nari di byline sebelum melepaskan percubaan tipikal daripadanya.

Erik Ten Hag jelas tidak tahu apa lagi yang harus dilakukannya. United benar benar mengejutkan ramai dengan prestasi yang kelemasan.

Segalanya serba tak kena buat mereka.

Tamat perlawanan, Liverpool 7, Manchester United 0. Ianya akan menjadi kemenangan yang akan diingati tempoh yang lama.

Man United kini semakin sukar untuk mengejar Arsenal dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Baca yang lain