EPL Tangguh Lagi, Tapi Tak Batal, Ini 6 Perkara Digariskan

Premier League mengesahkan bahawa, Liga Perdana Inggeris akan dilanjutkan lagi tempoh penggantungannya kerana koronavirus yang melanda.

Dalam pada masa yang sama EPL tidak akan dibatalkan. Hasil daripada keputusan mesyuarat terbaru melibatkan wakil daripada setiap pasukan EPL memutuskan bahawa pertandingan ini akan  diumumkan kelak.

Buat masa ini, EPL mahu mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa tentang situasi pandemik Covid-19 di England.

Sebelum ini dua kali EPL ditangguhnkan. Awalnya ditanggukan sehingga akhir Mac. Namun selepas itu dilanjutkan lagi ke – paling awal hujung bulan April.

Namun kini EPL tidak memberikan tarikh baharu untuk menyambung liga.

Berikut adalah kenyataan daripada Premier League selepas mesyuarat menerusi persidangan video.

Kenyataan Rasmi Premier League

Pada mesyuarat di antara rakan kongsi Premier League pada hari ini, kelab membincangkan beberapa butiran, bagaimana respon kita ke atas pandemik global Covid-19.

Pertama sekali, keutamaan adalah memberikan bantuan ke atas perkara berkaitan kesihatan dan kesejahteraan negara serta komuniti kita.

Ini termasuk pemain, jurulatih, pengurus, staf kelab dan penyokong.

1. Sambungan semula musim

EPL tidak akan disambung semula pada awal Mei, dan musim 2019/20 hanya akan bersambung semula apabila keadaan kembali selamat dan keadaan yang mengizinkan.

Menyambung semula liga adalah di bawah pemantauan oleh rakan kongsi, setelah impak daripada pandemik Covid-19 yang semakin menular dan kita akan bekerjasama menghadapi masa masa sangat mencabar ini.

Premier akan bekerjasama dengan erat dengan badan profesional bola sepak lain di negara kita, dan juga dengan kerajaan, agensi awam serta rakan kongsi yang lain.

Ini untuk memastikan liga ini mencapai penyelesaian kolektif.

Dengan ini, satu objektif disatukan untuk kesemua baki pertandingan liga domestik dan cup competitions untuk dimainkan. Ini bagi memastikan kami terus mengekalkan integriti dalam setiap pertandingan.

Namun begitu, kesemua perlawanan yang bersambung semula itu perlu mendapat sokongan daripada kerajaan dan juga panduan kesihatan yang mengizinkan.

Implikasi ke atas kesukanan dan kewangan kelab kelab di EPL, serta FA, EFL and National League juga dibincangkan di dalam meyuarat tadi.

2. Berunding dengan pemain

Dalam berhadapan dengan kerugian yang berterusan pada musim 2019/20 – kerana penggantungan perlawanan, Premier League akan berusaha untuk melindungi pekerjaaan menerusi permainan  profesional.

Premier League sebulat suara untuk berunding dengan para pemain – membincangkan tentang pemotongan gaji 30% daripada jumlah pendapatan tahunan.

Ini juga akan berada dalam pemantauan berterusan berdasarkan keadaan.

Premier League akan berhubung dengan PFA pada setiap masa, dan kesatuan pemain akan menyertai mesyuarat yang akan diadakan esok (hari ini), melibatkan liga, pemain dan wakil kelab.

3. Solidariti bersama kelab divisyen bawahan

Perbincangan juga menggariskan bantuan kewangan untuk kelab dalam jangka masa pendek dan sementara.

Di mana ianya tiada penyelesaian tunggal, langkah-langkah perlu dilakukan untuk segera menangani impak daripada aliran tunai yang jatuh.

Liga Perdana sebulat suara mengundi untuk memberikan dana pendahuluan sebanyak £125 juta kepada EFL dan National League – kerana sedar akan impak kritikal yang dilalui oleh kelab dalam piramid liga pada masa ini.

4. Membantu NHS (Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan)

Liga Perdana akan terus komited membantu National Health Service, staf NHS dan membantu mereka yang ada dalam komuniti, dan tidak dilupakan, mereka yang memerlukan.

Liga, kelab, para pemain dan pengurus menzahirkan penghargaan tak terhingga kepada usaha wira staf NHS dan kesemua staf yang terlibat dalam menjalankan tugas kritikal ketika keadaan sukar ini.

Hasil daripada rundingan dengan Department for Digital, Culture, Media and Sport – Premier League dengan segera komited untuk memberikan bantuan sebanyak £20 juta untuk menyokong NHS, komuniti, keluarga, dan mereka yang memerlukan ketika pandemik Covid-19.

Ini termasuk dana sumbangan langsung kepada NHS dan dana yang membolehkan kelab untuk memfokuskan semua usaha mereka untuk membentuk program turun padang bagi membantu komuniti, termasuk mereka yang memerlukan.

Dana ini akan tersedia untuk keperluan segera dan keperluan jangka panjang bagi menyokong krisis.

5. Menyokong kerja kebajikan kelab

Sebagai respon kepada Covid-19, kelab EPL telah membantu kira kira 10,000 orang dalam komuniti mereka setiap hari menerusi program khas.

Ini termasuk derma, bank makanan, panggilan telefon kepada warga emas, edaran bungkusan makanan kepada mereka yang memerlukan dan berada di kawasan yang jauh untuk menyokong kesejahteraan dan pendidikan.

Banyak kelab EPL juga bekerjasama dengan rapat dengan NHS di tempat mereka dengan memberikan sokongan seperti sumber, sukarelawan dan fasiliti.

Sekarang, akan lebih banyak aktiviti dijalankan, kelab kelab ini memainkan peranan penting untuk terus menyokong masyarakat dan komuniti.

6. Membawa mesej kesihatan kepada umum

Premier League akkan bekerjasama dengan lebih erat dengan Jabatan Kesihatan dan Pusat Jagaan Sosial, Jabatan Kesihatan Awam England, serta NHS.

Kelab EPL akan lebih meluaskan lagi capaian bagi mempromosikan mesej kesihatan kepada orang awam ketika krisis ini.

Dengan ini, Premier League ingin mengulangi bahawa, kami bersimpati dengan anda yang terkesan secara langsung kerana Covid-19.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai