ESPN Argentina Laporkan Messi Tidak Akan Turun Lawan Indonesia

Wartawan Gaston Edul melaporkan Lionel Scaloni merancang untuk menggunakan pemain muda atau pemain baharu dalam aksi menentang Indonesia.

Ini bermakna ada kemungkinan nama seperti Lionel Messi tidak akan turun beraksi di Jakarta.

Laporan yang sama juga ditulis oleh wartawan ESPN Argentina.

Perkara itu bukan perkara yang menggembirakan peminat bola sepak di Indonesia. Di mana mereka turut simpati dengan penyokong yang sudah membayar mahal untuk menyaksikan Lionel Messi.

Mereka juga membangkitkan tentang bayaran yang sangat tinggi dibayar PSSI kepada Argentina untuk bertemu dengan pasukan tersebut.

Pastinya peminat mahu melihat aksi Lionel Messi.

Media Argentina, Vermouth Deportivo turut melaporkan bahawa Lionel Messi akan direhatkan ketika aksi menentang Indonesia.

Ini kerana pemain tersebut dilaporkan bakal diberikan cuti oleh Lionel Scaloni.

Argentina akan bertemu Australia terlebih dahulu dan menurut laporan, kemudian mereka akan bertemu Indonesia tanpa kehadiran Messi yang layak bercuti selepas menyertai Inter Miami, kelab barunya.

Messi bagaimanapun memutuskan untuk menyertai kem Argentina pada jelajah aksi persahabatan kali ini.

Lebih meresahkan hati peminat Indonesia, Gaston Edul melaporkan bahawa Lionel Scaloni mungkin akan menggunakan skuad pilihan kedua Argentina ketika menentang Indonesia.

Ini bermakna pasukan kesebelasan utama pada final Piala Dunia 2022, mungkin akan direhatkan.

Selepas perlawanan persahabatan ini, Albiceleste akan mula memikirkan apakah perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 untuk zon Amerika Selatan.

Baca yang lain