Evan Dimas: Hari Untuk Balas Dendam

Pemain tengah harapan Indonesia Evan Dimas menyatakan bahawa dia dan rakan rakannya sudah bersedia untuk membalas dendam atas kekalahan pada perlawanan pertama final Piala AFF.

Evan Dimas mengakui penampilan skuad kebangsaan Indonesia pada aksi pertama final Piala AFF menentang Thailand tidak seperti yang diharapkan dan jauh daripada prestasi terbaik mereka.

Oleh sebab itu, ianya telah membulatkan tekad mereka untuk menunjukkan penampilan lebih baik pada perlawanan kedua yang diadakan di Stadium Nasional, Singapura, pada hari ini.

“Semua orang tahu bahawa perlawanan pertama tidak seperti yang kami jangkakan. Kami sedih. Saya sebagai pemain profesional akan menamatkan perlawanan ini secara profesional.”

“Kami harus menyelesaikan perlawanan kedua dengan dahaga dan lapar untuk kemenangan. Kami harus melupakan perlawanan pertama dan menebusnya pada perlawanan kedua,” kata Evan Dimas pada sidang media sebelum perlawanan.

Evan Dimas percaya bahawa kempen kali ini, Indonesia banyak mendapat perkara yang positif walaupun kekalahan yang agak memalukan pada final pertama.

Evan Dimas malah mengingatkan semua pihak bahawa Indonesia menjadi juara kumpulan selepas kerja keras daripada jurulatih mereka.

“Pertama sekali saya mahu mengucapkan terima kasih, walaupun awalnya orang melihat kita berada di kumpulan yang sukar, tetapi keras jurulatih dan pemain membolehkan kami menduduki tempat pertama dalam peringkat kumpulan.”

“Seperti kata Jurulatih Shin, terdapat ramai pemain muda dalam pasukan ini, jadi ia bukan mudah untuk kita mengharungi kempen Piala AFF 2020 ini.”

“Saya berpendapat, dengan adanya pemain pemain muda ini, kita perlu ambil sudut yang positif. Dengan pemain muda kita mampu sampai ke final dan saya berfikir ke depan, ini akan [membawa] banyak kemajuan untuk bola sepak Indonesia,” kata Evan Dimas.

Indonesia kalah 4-0 dalam final pertama. Sekaligus menyukarkan usaha mereka untuk mengelak kekalahan keenam dalam final daripada enam final yang mereka berjaya capai dalam sejarah.

Indonesia memerlukan 5 gol untuk menjadi juara. Berdepan dengan pasukan Thailand yang hanya bolos sekali sahaja setakat ini.

Peminat yakin remontada di Singapura

“Bola itu bulat, dan apa sahaja boleh berlaku,” itulah kata kata semangat daripada jurulatih Indonesia, Shin Tae Yong selepas pasukannya dibantai 4-0 dalam aksi final pertama.

Walaupun ramai peminat Indonesia sendiri sudah menganggap final ini sudah berakhir. Namun masih ramai juga yang menanam keyakinan Indonesia akan melakukan remontada. Begitu juga dengan Shin Tae Yong.

Namun pengendali Indonesia itu menyatakan bahawa mereka masih ada peluang untuk melakukan sesuatu dalam final kali ini.

“Memang, kalau melihat keputusan pada hari ini, memang tidak mungkin [mampu membalikkan situasi di final kedua],” kata Shin Tae Yong dalam sidang medianya.

Shin kemudian mengingatkan semua orang bahawa bola itu bulat dan apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak.

“Namun, harus diingat bahawa bola itu bulat dan kami akan bekerja keras sampai ke detik penamat, dan penyokong Indonesia juga harus bekerja keras [dalam memberi sokongan] supaya mendapatkan hasil yang baik,” tambah beliau lagi.

“Selepas ini sangat penting untuk kami untuk memulihkan ffizikal pemain, jadi tidak akan terlalu memikirkan soal skor pertandingan final pertama.”

“Jadi kami akan lebih berusaha menaikkan semangat para pemain agar dapat menunjukkan aksi terbaik seperti dalam peringkat kumpulan.”

Beberapa peminat Indonesia masih kekal optimis akan peluang pasukan mereka. Terutama sekali, dalam bola sepak banyak kali keajaiban berlaku.

Misalnya sebelum ini Barcelona pernah ketinggalan 4-0 di Paris dalam aksi kalah mati – suku akhir UCL – menentang PSG.

Dalam aksi kedua, Barcelona menang 6-1. Ianya dianggap salah satu kebangkitan luar biasa dalam dunia bola sepak.

Kalau Barcelona boleh melakukannya, kenapa tidak Indonesia?

Semakin ramai memberikan sokongan kepada Indonesia untuk melakukan remontada ala Barcelona ke atas PSG.

Bonucci Babi berkata: “Indonesia harus melakukan remontada [comeback] di pusingan kedua macam Barcelona vs PSG atau kita disetubuhi.”

Seorang lagi peminat menyatakan keyakinannya ke atas taktikal Shin Tae Yong dan yakin bahawa Garuda Muda pantang menyerah kalah.

Naluru Chandra kuat menyatakan bahawa Indonesia akan menang 4-0 pada aksi kedua.

Semangat itu sangat sangat mengharukan kerana peminat masih yakin bahawa Miracle Of Singapore itu bakal terjadi.

Indonesia masih berpeluang untuk menjadi juara bagi edisi kali ini sekaligus menyelamatkan penantian panjang mereka mahu bergelar Juara ASEAN.

Indonesia pastinya sedar bahawa format kali ini tiada peraturan gol di tempat lawan.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah