Fergie Akhirnya Dedah Penyesalannya Tak Turunkan Park Ji Sung Untuk Man Marking Messi Pada Final UCL 2011

Sir Alex Ferguson telah mengatakan kepada SPORTbible tentang penyesalannya karena tidak menggunakan Park Ji-sung untuk merantai Lionel Messi pada aksi final Liga Juara Juara Eropah pada 2011.

Beliau percaya berharga Manchester United akan mampu juara jika beliau ketika itu menukar perancangan dan menggunakan Park Ji Sung untuk man to man marking Lionel Messi.

Gary Neville bertanyakan soalan anda kepada mantan pengurus legenda United itu, dan Sir Alex telah menjawab banyak soalan termasuk nasihat beliau kepada Klopp.

Ketika ditanya mengenai pemain paling underrated yang pernah dia bekerjasama, Fergie dengan cepat menamakan Park sebagai salah seorang daripada tiga nama.

Neville kemudian mengimbas kembali pengurusan Sir Alex yang kerap menggunakan Park Ji Sung untuk menjadi pemain yang akan bermain man to man marking. Maka Sir Alex terus tertarik dengan topik itu dan menyatakan penyesalannya.

“Itulah sebab saya kalah dalam perlawanan akhir menentang Barcelona di Wembley,” kata Sir Alex, yang mendakwa bahawa kelewatan melakukan perubahan taktikal telah mengorbankan piala UCL pada tahun 2011.

Ferguson menyatakan dia mengubah keputusan pada separuh masa. Walaupun pada awalnya merancang memasukkan Park Ji Sung untuk merantai Messi.

Tetapi dia berubah fikiran kerana Fergie mendapat keyakinan mereka akan mampu bermain lebih baik selepas mereka mendapat gol penyamaan sebelum rehat.

“Saya sepatutnya menukar taktikal pada separuh masa dan meletakkan Ji-sung Park merantai Messi. Itu adalah kesilapan saya… Saya mahu melakukannya pada separuh masa, kemudian saya berkata, ‘Baiklah, kami baru menyamakan kedudukan sebelum separuh masa berakhir, mereka mungkin melihat permainan secara berbeza, kita mungkin berkembang kepada corak permainan yang lebih baik. ‘

“Kami sebenarnya cukup bagus dalam 10 minit terakhir babak itu. Kami mendapat rentak dan kami mungkin berada di depan.”

“Tetapi jika saya memainkan Ji-sung Park berhadapan Messi, saya rasa kami akan mengalahkan mereka. Saya benar-benar percaya.”

Sebaliknya, di sebalik gol penyamaan Wayne Rooney pada babak pertama yang hebat, Messi menjaringkan gol sembilan minit selepas separuh masa kedua dan Barcelona terus menang 3-1.

Barcelona 2011 terlalu kuat

Sir Alex pernah mengakui bahawa pasukan Barcelona era Pep Guardiola sebagai tak mampu dikalahkan dan pasukan paling kuat yang pernah beliau hadapi.

Ryan Giggs pernah mendedahkan, di Man United, apabila kamu masuk ke dalam sistem Ferguson, maka kamu harus ada ego dan rasa bangga diri.

Roy Keane pernah mengakui perkara yang sama. Itu antara resipi yang membuatkan Man United era Alex Ferguson berani berdepan dengan sesiapa sahaja.

Namun pada akhirnya Sir Alex mengakui hanya ada 1 pasukan yang beliau tak mampu untuk kalahkan iaitu Barcelona 2011 di bawah kendalian Pep Guardiola.

Terbaru, France Football mengiktiraf Fergie sebagai pengurus pasukan impian – ‘Ballon d’Or Dream Team’.

Ferguson memuji skuad Guardiola ketika itu. Dan pasukan itu menurutnya paling dekat dengan pasukan Impian sebenar yang pernah dihasilkan oleh satu pasukan.

Ferguson berkata: “Pasukan yang memberikan kesan terbesar pada diri saya adalah Barcelona yang kami tentang di Wembley, di final Liga Champions 2011. Mereka tidak dapat dikalahkan langsung [unplayable].”

United dikalahkan secara total dalam aksi final UCL  dengan kekalahan 3-1.

Pasukan Barca ketika itu merangkumi duo Sepanyol, Andres Iniesta dan Xavi di bahagian tengah, sementara pemenang Ballon d’Or enam kali, Lionel Messi menjadi tumpuan utama di barisan serangan.

Selepas perlawanan itu, Ferguson tidak menunjukkan sisi egonya selama ini. Fergie dengan semangat kesukanan tinggi akhirnya mengakui bahawa Barcelona ketika itu terlalu bagus dan tidak ada alasan lagi untuk beliau tidak mengiktiraf mereka.

Ferguson mengatakan kepada The Guardian: “Tidak mudah ketika kamu kalah dengan cara sebaik itu  — untuk memikirkan cara lain lagi untuk kalah. Tidak ada lagi pasukan yang membuatkan kami ‘bersembunyi’ seperti itu.”

“Itu adalah momen terbaik buat mereka [Barca].”

Kekalahan itu menyebabkan jurulatih legenda dari Scotland itu membuat rancangan untuk merantai Messi, dalam pertemuan berikutnya.

Perancangan tak terlaksana

Namun sayangnya, Ferguson bersara pada tahun 2013 dan tidak pernah berdepan pemain Argentina itu lagi.

Ferguson menyatakan, selepas aksi final 2011, beliau sudah ada perancangan khas untuk berdepan Barcelona, jika mereka bertemu lagi di final.

Ferguson menjelaskan: “Untuk mengalahkan Barcelona dalam perlawanan itu, anda memerlukan bek tengah yang benar-benar positif.

“Rio [Ferdinand] dan [Nemanja] Vidic berada pada usia di mana mereka  memilih untuk mempertahankan ruang [space marking]. Tidak ada yang salah dengan itu. Cukup betul. Tetapi, menentang Barcelona, ​​ini adalah pendekatan yang terhad [terpaksa bermain man marking].”

“Anda memerlukan bek tengah yang bersedia untuk menjatuhkan diri mereka tepat di atas Messi dan tidak bimbang tentang apa yang berlaku di belakang mereka. ”

“Ok, dia akan melarikan diri ke sisi lain. Itu tak mengapa daripada Messi menghadirkan ancaman di bahagian tengah.”

“Selepas inkues, saya memberitahu diri sendiri: “Apabila bermain di final UCL lawan Bercelona lagi, saya ada [Phil] Jones dan [Chris] Smalling, atau Smalling dan [Jonny] Evans, mengawal Messi. Saya berkata: ‘Saya takkan biarkan Messi mendera kami lagi.”

Tetapi perancangan itu menjadi perancangan tak terlaksana, kerana Fergie bersara selepas itu.

Rooney turut kata, Sir Alex buntu masa itu

Beberapa bulan yang lalu, Rooney pernah membuka mulut tentang pendekatan Sir Alex yang memilih untuk man marking ke atas Messi sebagai pendekatan membunuh diri.

Wayne Rooney percaya Manchester United telah diberikan pengajaran berguna daripada Barcelona dalam dua aksi Final UCL mereka pada 2009 dan 2011.

The Red Devils adalah juara England pada kedua musim mereka akan menentang pasukan Pep Guardiola di final, tetapi mereka jelas sekali outplayed oleh Barcelona di dalam kedua dua final.

Jurang kualiti di antara kedua dua pasukan ketika itu cukup besar. Barcelona, ​​yang dipimpin oleh Lionel Messi, jelas sekali selayaknya menjadi pasukan pilihan dengan kualiti mereka ada.

Namua itu bukan sesuatu yang perlu untuk terlalu dikesali. Pasukan Guardiola ketika akan dikenang sebagai salah satu yang terbaik dalam sejarah bola sepak.

Memang, Sir Alex Ferguson sendiri dengan rendah hati pernah menyatakan dia terasa kerdil melihat pasukan Barcelona yang ada ketika itu.

“Tidak pernah pasukan lain membuatkan kami bersembunyi [tak keluar taring] seperti yang mereka lakukan” kata Sir Alex setelah kekalahan 3-1 di Stadium Wembley pada final 2011, menurut Telegraph.

Alex Ferguson menganggap pasukan Barcelona ketika itu sebagai pasukan terbaik yang mereka pernah hadapi di dalam kariernya bersama Man United.

“Ini adalah saat yang tepat bagi mereka. Mereka berhak kerana mereka bermain dengan cara yang betul dan menikmati bola sepak mereka. ”

Namun, terdapat beberapa bekas pemain Man United mengkritik taktikal Ferguson dalam permainan sebagai sebab kenapa mereka gagal.

Tahun lalu, Rio Ferdinand mengatakan pasukan high pressin Guardiola pada 2011 adalah lawan yang sangat sukar, selepas mereka diberikan kesulitan berdepan pasukan Barca 2 tahun sebelumnya.

“Saya tidak setuju dengan pendekatan beliau. Saya menyuarakan pendapat saya, tetapi pada masa itu anda yakin pada insan seperti Alex Ferguson, “kata Ferdinand di BT Sport.

Dan terbaru, Wayne Rooney telah tampil dengan kritikan terbuka kepada taktikal Ferguson ketika bersaing dengan Guardiola ketika itu.

“Kami kalah dua final Liga Juara-Juara bertanding dengan pasukan Guardiola – Barcelona, ​​dengan berusaha menekan mereka di garisan tinggi [high line pressin] dan cuba mengalahkan mereka, yang bagi saya adalah taktikal bunuh diri,” tulis Rooney dalam kolom Sunday Times.

Ferguson merupakan pengurus yang tak suka pasukannya dibuli dan bertahan. Mereka tak akan pernah nak parking bas.

Namun pada hari itu, Rooney merasakan mereka tidak seharusnya melawan Barcelona dengan pendekatan high pressing yang berbeza daripada pendekatan mereka sebelum ini.

“Saya ingat Alex Ferguson mengatakan ‘kita Man United dan kita akan menyerang, ini adalah budaya kelab bola sepak ini’ dan berfikir ‘Saya tidak terlalu yakin tentang ini pada kali ini’.”

“Saya rasa semua pemain tahu, jauh di sudut hati kami, itu adalah pendekatan yang salah, bahawa kita meninggalkan cara yang bermain yang berjaya membawa kita ketika separuh akhir 2008 – dan ya kami ‘ouyplayed’ di kedua dua final itu.”

“Kita harus jujur dengan diri sendiri, dan kita akhirnya duduk meratapi dan berkata: ‘Kita dah kalah’.”

Kekecewaan Ferdinand pada final 2011, yang disiarkan tahun lalu di BT Sport, sungguh menarik.

“Di kawasan tengah mereka ada Xavi, Iniesta dan Busquets, mereka mungkin memiliki tiga daripada enam pemain terbaik di dunia, Iniesta juga …,” kata bekas bek tengah sensasi United itu.”

Baca yang lain