Ferran Torres ‘Hilang’ Logo Nike Dan Barca, Serta Menangis Kerana Gagal Sempurnakan Peluang Keemasan

Peminat Barcelona tidak pasti apa yang berlaku kepada jersi Ferran Torres yang tiada badge atau logo Nike.

Ferran Torres menjadi penjaring gol tunggal Barcelona dalam aksi terikat 1-1 dengan Napoli.

Jersi pada separuh masa pertama Ferran Torres ada logo Nike dan logo kelab. Namun pada separuh masa kedua ketika bertukar jersi di bilik persalinan, Ferran Torres memakai jersi yang tiada logo Nike dan logo Barca.

Apa yang berlaku? Peminat sendiri tertanya tanya.

Sebenarnya Barcelona menyatakan ia tiada kaitan dengan isu konflik dengan mana mana pihak. Sebaliknya ia adalah kesilapan teknikal dalam percetakan jersi tersebut.

Seterusnya, ramai yang menganggap jersi ini akan menjadi idaman para kolektor walaupun ianya ‘cacat’.

Ferran Torres menjadi penyelamat Barcelona daripada kekalahan di Nou Camp. Ini selepas dia menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa kedua menerusi sepakan penalti.

Napoli di hadapan menerusi jaringan Zielinski yang merembat deras di hadapan Ter Stegen.

Namun selepas wisel penamat, Torres kelihatan menangis teresak esak kerana gagal menyempurnakan peluang keemasan terakhir dalam perlawanan.

Pemain berusia 21 tahun itu tahu, beliau seharusnya menyempurnakan peluang tersebut. Namun sebenarnya itu tak bermakna Ferran Torres bermain teruk.

Xavi Hernandes tidak risau dengan prestasi Ferran Torres. Kerana menurutnya, tekanan menyarung jersi Barca adalah lebih besar daripada tekanan menyarung jersi kelab lain.

Perkara yang sama berlaku kepada Luis Suarez ketika dahulu.

 

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai