Flop Ini Tinggalkan Real Madrid Dengan Rekod 13 Trofi Termasuk UCL, La Liga, Piala Dunia Kelab

Ketika Mariano Diaz ditandatangani Real Madrid, dia diberikan jersi no.7. Dan kemudian menjaringkan gol cantik ketika menentang Roma dalam aksi UCL, ada segelintir peminat yakin dia akan menjadi next CR7.

Malangnya, itu sahaja kisah menarik tentang Diaz. Kerana dia selepas itu cuma menjadi pemain pemanas bangku simpanan.

Dia ditandatangani secara penuh dari Lyon dengan nilai €22 juta iaitu angka beli balik berdasarkan klausa beli balik.

Diaz sebenarnya pemain akademi Real Madrid yang ditandatangani Lyon. Dalam perjanjian Real Madrid berhak membeli balik pemain itu dengan nilai €22 juta sahaja.

Florentino Perez memainkan peranan sangat besar dalam mendapatkan semula Mariano Diaz. Dan dia juga memberikan idea untuk memberikan pemain itu jersi no.7 sebagai tanda Real Madrid cepat move on selepas pemergian Cristiano Ronaldo ke Juventus pada masa itu.

Diaz disambut meriah di Real Madrid.

Perez berkata: “Dia pemain yang saya ikuti rapat sejak berada di Real Madrid lagi.”

Perez kemudian mengkritik Rafa Benitez yang lebih memilih Borja Mayoral berbanding pemain yang menjaringkan 27 gol di akademi Real Madrid pada masa itu iaitu Mariano Diaz.

Pada era Zidane menjadi pengurus,  pemain itu dijual ke Lyon pada 2017. Zidane tidak dapat menjanjikan Diaz tempat dalam pasukan utama membuatkan dia dijual.

Di Lyon dia membentuk gandingan hebat bersama Memphis Depay dan Nabil Fekir.

Mariano Diaz sentiasa mahu pulang ke Real Madrid. Dan akhirnya dia dibawa pulang Papa Perez dan diberikan terus jersi no.7.

Tetapi akhirnya gagal memberikan impak seperti diharapkan.

Real Madrid malah beberapa kali cuba menjualnya ke kelab lain. Tetapi gagal. Mariano Diaz dianggap salah seorang flop paling teruk dalam sejarah Real Madrid terutama sekali untuk pemain yang mewarisi jersi no.7.

Real pada satu masa meletakkan harga sekitar €45 juta untuk pemain itu kerana yakin, walaupun dia kurang cemerlang di Real Madrid, dia akan cemerlang di kelab lain.

Menariknya, dia memenangi banyak sekali trofi hanya dengan duduk di bangku simpanan Real Madrid.

Fabrizio Romano menulis: “RASMI! Mariano Diaz meninggalkan Real Madrid sebagai ejen bebas – kontraknya tak akan diperbaharui. Dia memenangi 13 trofi sepanjang di Real Madrid, 2 UCL, 3 Piala Dunia Kelab, 3 La Liga, 1 Copa Del Rey dan 2 Piala super Sepanyol.”

Peminat Real Madrid sendiri keliru dan mengingatkan Diaz sudah lama meninggalkan kelab itu. Kerana pemain itu benar benar tidak mendapat perhatian dan sangat tersisih di Real Madrid.

Baca yang lain