Format Baru UCL Boleh Membuatkan 7 Pasukan EPL Atau 11 Pasukan Inggeris Beraksi

Seperti diumumkan sebelum ini Liga Juara Juara Eropah akan mengalami revolusi. Dan perubahan format yang akan datang boleh menyebabkan sebanyak tujuh pasukan Liga Perdana Inggeris layak ke pertandingan itu.

UEFA telah pun mengesahkan bahawa format baharu akan digunakan dalam Liga Juara-Juara bagi kempen 2024/25, dengan peringkat kumpulan menampilkan 36 pasukan diletakkan dalam satu jadual liga.

Setiap pasukan akan bermain lapan perlawanan, empat perlawanan di tempat sendiri dan empat perlawanan di tempat lawan, tetapi semua perlawanan akan menentang lawan yang berbeza – format yang digelar ‘Model Switzerland’.

Selepas peringkat kumpulan, lapan pasukan teratas terus ke pusingan 16 terakhir, manakala pasukan yang berada di antara kesembilan dan ke-24 dalam jadual akan ke pusingan play-off.

Terdapat senario yang luar biasa, di mana kita akan boleh menyaksikan tujuh pasukan Liga Perdana layak ke Liga Juara-Juara – dan sebanyak 11 pasukan Inggeris bersaing di Eropah musim depan.

ESPN telah menjelaskan bahawa, seperti yang berlaku dalam beberapa musim kebelakangan ini, empat pasukan teratas England akan layak secara automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara – bersama empat pasukan teratas dari LaLiga Sepanyol, Bundesliga Jerman dan Serie A Itali.

Kedua-dua liga yang mempunyai coefficient terbaik musim ini kemudiannya akan mendapat tempat tambahan dalam peringkat kumpulan musim depan.

Di bawah sistem lama, maksimum lima kelab dari satu persatuan boleh bermain dalam Liga Juara-Juara. Ini bermakna sekiranya pasukan dari liga yang sama memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Europa, namun kedua-duanya berakhir di luar tempat UCL di dalam negara, maka pasukan yang menduduki tempat keempat dalam Liga Perdana akan melepaskan tempat mereka dan jatuh ke Liga Europa.

Bagaimanapun, kini ada kemungkinan tujuh kelab Inggeris boleh mendapat tempat dalam Liga Juara-Juara – lima teratas dalam Liga Perdana ditambah pemenang Liga Juara-Juara dan Liga Europa – jika tidak layak berdasarkan kedudukan liga, tetap akan diberikan tempat secara automatik tanpa mengganggu pasukan di tangga keempat atau kelima.

Ini juga bermakna ada kemungkinan untuk mempunyai 11 pasukan Inggeris di Eropah musim depan kerana berlaku juga penambahan pasukan daripada kelayakan khas melibatkan liga seperti Scotland misalnya.

Format baharu UCL ini mendapat bantahan daripada segelintir pihak yang menyatakan UEFA sebenarnya mahukan wang semata mata. Mereka juga melabel UEFA hipokrit kerana menentang Liga Super Eropah namun menggunakan model yang hampir sama iaitu dengan penambahan pasukan dan memberikan lebih peluang kepada kelab besar untuk beraksi di UCL.

Baca yang lain