FPL: 5 Penjaga Gol Yang Menyumbang Markah Tertinggi, Tiada Nama Alisson Ataupun Ederson

Bagi peminat Fantasy Premier League, pemilihan penjaga gol ni kekadang dianggap picisan sahaja.

Namun ada sesetengah pemain FPL pula mendapat bonus besar dengan pemilihan penjaga gol yang terbaik. Harga murah tapi power.

Dalam senarai top 5 kali ini tiada nama Alisson mahupun Ederson yang kerap menjadi pilihan para peminat.

Penjaga gol seperti De Gea dan Kepa Arrizabalaga pula agak barai persembahan mereka musim ini.

Berikut adalah 5 penjaga gol yang menjadi penyumbang mata paling tinggi di Fantasy Premier League (FPL) 2019/2020.

5. Martin Dubravska (Newcastle) – 141 mata

Dengan harga £5.1 , nampaknya penjaga gol Newcastle ini sangat berbaloi untuk anda miliki.

Beliau musim ini banyak melakukan saves dan boleh dikatakan antara sebab kenapa Newcastle tidak bertarung zon penyingkiran.

Dubravska penjaga gol yang sentiasa memberikan aksi terbaik di atas padang pada musim ini.

Namun beliau beberapa kali melakukan error yang membawa kepada gol lawan.

4. Rui Patricio (Wolves) – 152 mata

Dengan harga £5.3 anda diberikan pulangan 152 mata daripada penjaga gol Wolves ini. Penjaga gol dari Portugal ini juga dikenali dengan kemampuannya menyelamatkan penalti.

Beliau antara penjaga gol terbaik di EPL dalam beberapa musim kebelakangan ini.

3. Kasper Schmeichel (Leicester) – 155 mata

Anak kepada legenda Man United ini masih menjadi antara penjaga gol terbaik di EPL pada musim ini.

Beliau sedang berusaha membantu Leicester untuk mara ke UCL musim hadapan dalam pertarungan hari terakhir menentang Man United.

Kasper Schmeichel berharga £5.5.

2. Dean Henderson (Sheffield United) – 159 mata

Penjaga gol yang dipinjam oleh Sheffield dari Man United ini adalah penjaga gol yang membantu mereka naik ke EPL.

Dan pada musim pertamanya di EPL beliau menunjukkan dirinya sebagai salah seorang bakat elit. Malah ada yang berpendapat beliau harus diberikan slot penjaga no. 1 di Old Trafford menggantikan De Gea.

Musim ini juga beliau bersaing hebat untuk sarung tangan emas musim ini.

Henderson berharga £5.2 sahaja di FPL.

1. Nick Pope (Burnley) – 169 mata

Dengan harga £5.1 korang boleh dapat penjaga gol dengan sumbangan mata terbanyak dalam FPL.

Mesti korang dah agak kan? Pemain yang dikatakan sebagai penjaga gol terbaik di England pada ketika ini. Beliau bersaing dengan Dean Henderson.

Beliau antara penjaga gol yang konsisten dengan aksi cemerlang setiap minggu pada musim ini.

Beliau berpeluang memenangi sarung tangan emas Liga Perdana Inggeris yang pertama dalam kariernya – bersaing dengan Ederson.

Amacam? Ada tak nama nama di atas dalam FPL korang?

Baca yang lain