Friendly: Mourinho Dapat Kad Merah Sebab Masuk Padang Nak Bincang Dengan Pengadil

Jose Mourinho bukanlah nama asing dalam mencipta kontroversi di lapangan bola sepak. Walaupun beliau merupakan salah seorang pengurus paling handal di eranya.

Belum pun musim bermula, Mourinho sudah bikin panas.

Terbaru Mourinho dilayangkan kad merah dalam aksi pra musim. Agak sukar untuk melihat pengurus dibuang padang dalam aksi sebenar, inikan pula pra musim.

Sikap tak nak kalah Mourinho memang sudah sebati dalam dirinya termasuk dalam aksi pra musim.

Mourinho telah masuk ke dalam padang, dalam aksi persahabatan Roma vs Real Betis. Dia ingingkan penjelasan daripada pengadil berkenaan dengan keputusan beliau.

Aksi pra musim ini sebahagian daripada aksi pemanas badan sebelum permulaan kempen Serie A dalam masa dua minggu lagi.

Pasukan bimbingan Manuel Pellgrini membuka tirai jaringan menerusi Rodri hanya pada minit keempat. Gol pertama di dalam stadium yang ada penyokong selepas 17 bulan.

Eldor Shomurodov menyamakan kedudukan untuk Roma. Namun tak lama selepas itu Nabil Fekir kembali meletakkan Betis di hadapan.

Selepas rehat, Gianluca Mancini memastikan Roma kembali mengikat kedudukan 2-2.

Ketika kedua dua pasukan sedang terikat pada minit ke-58, dan Alex Moreno meletakkan tuan rumah di hadapan sekali lagi buat kali ketiga dalam perlawanan ini — pada minit ke-58.

Ulang tayang jelas menunjukkan Moreno sebenarnya menggunakan tangannya untuk menjaringkan gol. Namun aksi ini tiada VAR, kerana hanya perlawanan persahabatan.

Lorenzo Pellegrini dibuang padang kerana membantah keputusan pengadil. Itu yang membuatkan Mourinho bergegas berlari masuk ke dalam padang. Dan dia terus dilayangkan kad merah.

Pembantu Mourinho turut diperintahkan keluar dari kawasan teknikal.

Mourinho kemudian berada di tempat duduk penyokong dan persis aksi Wenger satu ketika dahulu. Enggan masuk ke bilik persalinan.

Selepas insiden itu, dua lagi pemain Roma dibuang padang kerana terpengaruh dengan emosi pengurus baharu mereka.

Gianluca Mancini dibuang padang pada minit ke-65. Dan kemudian pada minit ke-78, giliran Rick Karsdorp pula dihantar keluar oleh pengadil.

Ini menjadikan malam itu, ada lima kad merah dikutip Roma dalam aksi persahabatan.

Christian Tello dan Rober kemudian menambah 2 lagi gol untuk memberikan kemenangan kepada Real Betis. Dan Real Betis menang 5-2.

Baca yang lain