Fulham 2 Arsenal 1: The Gunners Persiakan Peluang Untuk Gayat Di Atas Liga

Arsenal turun berkunjung ke Craven Cottage dalam aksi derbi London. Sebelum ini skuad Mikel Arteta kecewa dengan kekalahan 2-0 di tangan West Ham.

Arsenal bermula dengan sangat baik apabila mendahului menerusi Bukayo Saka pada minit ke-5 lagi. Di mana pemain antarabangsa England itu menyudahkan hantaran Gabriel Martinelli.

Saka terus cemerlang merekodkan gol dalam derbi. Dia kini sudah menjaringkan 10 gol dalam derbi London. Hanya Harry Kane lebih banyak.

Arsenal hampir diboolosi pada minit ke-14 apabila Jimenez melakukan percubaan yang diselamatkan David Raya.

Namun Jimenez tetap mendapat gol dalam perlawanan ini pada minit ke-29 setelah dia menyempurnakan hantara Cairney.

Arsenal kemudian ketinggalan setelah Bobby De Cordoba Reid mengambil kesemapatan daripada keadaan huru hara ketika sepakan penjuru. Dia merembat masuk dari jarak dekat pada minit ke-58.

Arsenal kini sudah melepaskan 4 bolos daripada situasi sepakan penjuru dalam enam perlawanan EPL terakhir mereka. Sedangkan musim lalu mereka hanya bolos sekali dalam 14 perlawanan pertama musim ini.

Arsenal gagal untuk mencari gol penyamaan dan sekali lagi mempersiakan peluang untuk memintas Liverpool di kedudukan teratas  liga Perdana Inggeris paada akhir tahun 2023.

Arsenal kini kalah pertama kali dalam aksi EPL walaupun mendahului 1 gol, buat pertama kali sejak hari Tahun Baru 2022 menentang Man City.

Baca yang lain