Giliran Bailly Pertahan CR7 Bukan Masalah Di United, Anggap Pemain Sepertinya Berhak Meminta Layanan Istimewa

Bekas pertahanan Manchester United, Eric Bailly akhirnya tampil bersuara mempertahankan Cristiano Ronaldo.

Ini setelah legenda kelab itu seringkali dikecam ketika dia pulang kali kedua ke Man United.

Ada ramai pihak termasuk segelintir peminat Man United sendiri mengecam Cristiano Ronaldo sebagai perosak kepada pasukan mereka kerana sikapnya.

Cristiano Ronaldo akan memperkuatkan Manchester United pada 2021-2022. Sebelum ini, Ronaldo bermain di Man United dari 2003 sehingg 2009 dan menjadi bintang di sana.

Dalam tempoh kedua, Cristiano Ronaldo menamatkannya dengan teruk. Pernah menjadi tonggak, kemudian Ronaldo menjadi pemain tersisih di bawah kendalian pengurus Erik ten Hag.

Ronaldo sering ditinggalkan di bangku simpanan, walaupun sebelum ini dia masih boleh menjadi mesin gol. Keadaan menjadi lebih keruh apabila Ronaldo lantang bersuara semasa wawancara dengan Piers Morgan mengenai keadaan kelab yang kucar-kacir itu.

Ketika itu, Ronaldo berkata pihak pengurusan kelab tidak memikirkan pencapaian pasukan. Kemudahan kelab tidak bertambah baik, sehingga Ronaldo percaya ada orang dalam pasukan yang tidak menyukainya.

Ronaldo turut mengkritik Ten Hag sebagai pengurus yang tidak menghormatinya ketika anaknya meninggal ketika di dalam kandungan. Ronaldo dengan terbuka menyatakan dia tak akan pernah menghormati Ten Hag kerana pengurus itu yang memulakannya begitu.

Disebabkan temu bual ini, kontrak Ronaldo telah ditamatkan pada penghujung November 2022. Ronaldo kemudiannya meneruskan kariernya bersama Al Nassr, sebuah kelab Arab Saudi.

Bekas pertahanan Manchester United, Eric Bailly, berpengalaman bermain bersama Cristiano Ronaldo semasa tempoh kedua CR7 di Old Trafford. Bailly mengakui Ronaldo sebenarnya memberi impak positif kepada pasukan.

Bailly berakata: “Saya adalah orang yang sangat gembira ketika Cristiano kembali ke Old Trafford. Kerana dia adalah legenda.

“Bagi saya, dia adalah pemain terbaik dunia. Malah ketika dia kembali (ke Man United), Ronaldo memberi sumbangan besar kepada kelab dan pemain,” jelasnya seperti dipetik ESPN.

Bailly menegaskan Ronaldo berhak untuk meminta layanan lebih baik dan berasa dirinya penting dan mendapat layanan superstar atau layanan istimewa. Ini kerana dia memang pemain luar biasa. Bailly merujuk kepada layanan Ten Hag kepada Ronaldo.

Di mana pengurus itu dilihat tidak peduli dengan status Ronaldo sebagai bintang dan kemudian kerap meletakkannya di bangku simpanan. Sehinggakan pemain itu mengamuk dan meninggalkan stadium awal.

Bailly menambah: “Pemain seperti Cristiano, mereka berhak untuk merasak diri mereka pemain penting.”

“Sedih kerana dia pergi dengan keadaan yang menimpanya,” sambungnya lagi.

Roy Keane antara individu yang percaya bahawa setiap pemain tidak harus lebih besar daripada pengurus. Namun dia tetap memberikan pengecualian kepada pemain berkelas dunia seperti Ronaldo.

Keane meminta Ten Hag menggunakan akal sikit ketika dia meletakkan Ronaldo di bangku simpanan.

“Dia bukan datang ke sini semata mata untuk duduk di bangku simpanan pada aksi derbi,” tegas Keane pada satu ketika.

Pemain sepertinya berhak untuk lebih dihormati menurut Keane. Kerana dia bukannya pemain yang sama seperti pemain lain.

“Kamu harus melayan pemain berkelas dunia dengan cara berbeza. Ideanya kamu mahu melayan semua orang sama… kamu tak boleh begitu.

“Saya ingatkan kembali, dia pemain yang menjaringkan gol dengan sesuka hatinya. Ini bukan perkara yang betul untuk pemain seperti ini meninggalkan kelab. Saya tidak mahu cakap lebih sekali lagi tentang pemain tak melakukan pressing.

“Apa sahaja sistem yang kamu akan mainkan, jelas sekali Ronaldo bukan kembali semula ke Man United semata mata untuk melakukan sistem itu. Dia kembali kerana dia pemain hebat yang bertugas menjaringkan gol untuk kami dan menyudahkan urusan dengan sebaiknya.

“Ronaldo adalah penjaring terbanyak musim lalu, jadi kamu harus membentuk pasukan yang seimbang berpaksikan Ronaldo.

“Musim panas ini, apabila pengurus tiba, semua orang dah tahu Ronaldo tak akan berada dalam rancangannya,” kata Keane merujuk kepada Ronaldo yang sudah berusia dan bukannya pemain yang boleh berkejaran sepanjang 90 minit seperti dia ketika muda.

Namun dia masih memiliki sentuhan luar biasa di hadapan gol.

Bercakap tentang pandangannya berkenaan pemergian Ronaldo, Keane menyimpulkan: “Ini jalan terbaik untuk semua orang. Ianya bagus untuk kelab tentu sekali. Kamu tak mahu masalah ini berlarutan pada separuh kedua musim.

“Jelas sekali Ronaldo sudah hilang kesabaran. Dia tahu dia tak akan menjadi pemain regular dalam skuad. Adakah reputasinya di Man United terhapus? Jauh sekali daripada itu. Kerana Ronaldo salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman. Legasinya tak akan berakhir, tetapi inilah kehidupan.”

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.