Gini Wijnaldum: Kisah Pertukaran Yang Mengubah Sejarah Liverpool Selamanya

Georgino Wijnaldum akan meninggalkan Liverpool. Dengan pemain itu dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona.

Liverpool beraksi dalam aksi kedua separuh akhir UCL pada 2018/29 berhadapan dengan Barcelona. Pada perlawanan pertama Liverpool tewas 3-0 di Nou Camp.

Georginio Wijnaldum hanya dinsenaraikan sebagai pemain gantian pada malam di Anfield. Beliau marah dan kecewa lalu melepaskan semua perasaan itu ketika dimasukkan.

Divock Origi menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-7. Namun ianya masih jauh daripada mampu untuk membantu Liverpool mara. Liverpool menamatkan separuh masa pertama dengan aksi cemerlang namun tanpa gol tambahan.

Wijnaldum dimasukkan pada separuh masa kedua menggantikan Andy Robertsin yang cedera.

Beliau menjaringkan dua gol dalam masa tiga minit sejurus sebelum jam untuk menjadikan kedudukan 3-0 dan 3-3 secara agregat.

“Sukar untuk dipercayai,” kata Wijnaldum kepada BT Sport.

“Selepas perlawanan di Sepanyol, kami yakin dapat menjaringkan empat gol di tempat sendiri.”

“Sekali lagi kami menunjukkan bahawa semuanya tidak mustahil dalam bola sepak. Saya benar-benar marah kepada pengurus bahawa dia meletakkan saya di bangku simpanan tetapi saya terpaksa melakukan sesuatu untuk membantu pasukan ketika saya datang.”

“Kami mempercayainya sejak awal. Orang-orang dari luar selain kami, mereka fikir tidak mungkin kami dapat melakukannya, tetapi kami masih berjaya melakukan ini. ”

Gol keempat adalah saat yang paling gila. Kerana pemikiran pantas dan cerdas dari Trent Alexander-Arnold yang melakukan sepakan penjuru pantas yang ikonik dan disambar Divock Origi.

“Saya rasa itu hanya naluri,” kata Alexander-Arnold. “Ini adalah salah satu saat di mana anda melihat peluang.”

Liverpool melengkapkan comeback yang tak masuk akal. Dan segalanya bermula dari kemasukan Wijnaldum. Beliau masuk dan menjelmakan magisnya.

Mungkin peristiwa sepakan penjuru Trent dianggap paling ikonik, namun momen Gini Wijnaldum masuk ke dalam padang, itulah detik yang telah mengubah sejarah Liverpool selamanya. Ia juga meletakkan nama Wijnaldum sebagai salah seorang pemain paling diingati dalam kejayaan Liverpool era Klopp.

Liverpool menjuarai UCL. Selepas musim kecewa menjadi naib juara dengan hanya 1 mata di belakang City.

Liverpool kemudian memenangi Piala Super Eropah dan Piala Kelab dunia.

Momentum Liverpool diteruskan dengan Wijnaldum terus menjadi pemain penting dalam membawa pulang kejuaraan Inggeris pertama Liverpool selepas 30 tahun.

Wijnaldum beraksi aksi terakhirnya bersama Liverpool. Beliau dikeluarkan dan digantikan dengan Milner. Lebih kepada satu usaha Klopp agar Wijnaldum menerima tepukan dari Anfield buat kali terakhir.

Hari ini Wijnaldum diberikan standing ovation oleh pasukan.  Beliau berhak mendapatnya. Beliau jelas akan terpahat sebagai legenda kelab.

Klopp menyatakan bahawa beliau akan merindui Wijnaldum. Pemain yang sentiasa menjadi sandarannya. Pemain yang menjadi nadi kepada sistem permainannya.

Selamat maju jaya Wijnaldum aka Gandum. Anfield tetap rumah kamu pada bila bila masa kamu datang melawat.

Baca yang lain