Givet: Allardyce Pasang Filem 300, Kami Semangat Masuk Padang, Tapi Kena Belasah

Setiap pengurus ada cara tersendiri melakukan pep talk di bilik persalinan. Kata kata dan cara bercakap boleh mempengaruhi pasukan untuk berjuang.

Bekas pemain pertahanan Blackburn Rovers berkongsi kisah di mana Sam Allardyce cuba menaikkan motivasi pemain dengan filem 300 dan Gladiator ketika berhadapan dengan Manchester United pada 2010.

Givet merupakan antara pembelian besar oleh Blackburn ketika itu dari Marseille. Menyertai Blackburn selepas diyakinkan oleh Big Sam.

Beliau terus menjadi pemain penting di dalam pasukan terutama sekali dengan statusnya sebagai pemain kebangsaaan Perancis.

Bekas pemain Perancis itu berkata, Big Sam pernah menggunakan cara dramatik untuk menaikkan semangat para pemain ketika di Old Trafford.

Di mana pengurus itu menyediak video pendek untuk menaikkan semangat para pemain.

“Selepas memanaskan badan, kami semua pergi masuk ke bilik persalinan. Dan ketika kami bersiap siap nak memakai jersi dan shin guard, tiba-tiba beliau (Big Sam) berkata, tunggu dulu. Dan mereka mengeluarkan projektor.”

“Sam Allardyce tiba tiba memainkan filem pendek Gladiator dan 300. Kami semua kemudiannya mengikut apa yang dilakukan para pahlawan itu dengan menjerit ‘Arhhhhhh! [nada semangat seperti filem 3000].”

Walaubagaimanapun, semangat mereka mati dengan awal apabila terus menerus dirobek oleh Manchester United. Mereka tewas teruk pada hari itu.

Givet menambah: “Dalam masa 30 minit di atas padang, kami ketinggalan 3-0. Dan tamat perlawanan kami tewas 7-1.”

Dmitar Berbatov menjaringkan 5 gol di dalam perlawanan tersebut yang kekal menjadi persembahan individu terbaik Berbatov bersama dengan Man United.

Manchester United bermaharajalela dan melakukan apa sahaja mereka suka kepada pasukan lawan mereka pada hari itu. Big Sam hanya mampu melihat kehancuran dan ternyata usahanya menjadi dramatik hanya sia sia.

Selepas tamat perlawanan, kami semua bergelak ketawa apabila mengingatkan kembali apa yang kami buat. Ternyata para pahlawan itu langsung tak ‘masuk’ dalam diri kami.”

Bukan Sam Allardyce seorang yang menggunakan teknik seperti ini. Malah Pep Guardiola beberapa tahun selepas itu antara yang menggunakan filem Gladiator dalam menaikkan motivasi para pemain Barcelona. Cuma bezanya penerimaan para pemain.

Anda sendiri mendenar Gael Givet berkata mereka selepas itu tergelak apabila mengenang kembali apa yang mereka buat pada sesi sebelum perlawanan.

Baca yang lain