[VIDEO] Gol Lipat, Assist Alisson Dan Gol Chip Diaz Sempurnakan Comeback Liverpool

Liverpool bangkit daripada ketinggalan di Anfield dengan dua gol luar biasa daripada Sadio Mane dan Mohamed Salah.

Seperti dijangka, Liverpool sangat dominan dalam perlawanan ini. Namun Norwich tetap mencipta beberapa peluang yang sangat baik menerusi serangan balas.

Pada separuh masa pertama Liverpool sangat kurang menyengat di dalam kotak penalti. Malah Alisson hampir ditewaskan Pukki yang merembat menyilang.

Pemain Liverpool hanya terleka melihat aksi Pukki di depan mata mereka. Mujur bola tak masuk.

Tsimikas mungkin pemain Liverpool yang mendapat peluang terbaik apabila menerima hantaran Mo Salah di far post. Sayang sekali sentuhannya kelaut.

Norwich bertahan dengan baik sekali dan mengikat tuan rumah 0-0 pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Liverpool menunjukkan beberapa aksi cuai mereka pada awal separuh masa pertama. Norwich sekali lagi memulakan perlawanan dengan sangat baik, sama seperti ketika mereka memulakan separuh masa pertama.

Dan kemudian Norwich di hadapan selepas Milot Rashica melakukan rembatan yang terbias pada kaki Joel Matip. Alisson terperangkap dengan bola yang bertukar arah kerana biasan tersebut.

0-1 memihak tuan rumah pada minit ke-48.

Tersentak dengan gol itu, Liverpool menaikkan intensiti dan menggandakan serangan mereka. Norwich kemudian bertahan ke bawah dengan ramai pemain.

Liverpool akhirnya berjaya mendapat gol pertama menerusi Sadio Mane menerusi gol lipatan ataupun sepakan gunting.

Sebelum ini Mane hampir berjaya melakukan gol lipat ketika menentang Inter Milan namun bola terkena ketingnya. Kali ini Mane berjaya menyempurnakan bola yang di-set-up kepadanya oleh Kostas Tsimikas.

Anfield bergema melihat gol hasil daripada kegeniusan individu itu. 1-1 kedudukan pada minit ke-64.

3 minit kemudian, satu lagi gol gila terhasil. Kali ini Alisson melakukan sepakan drop kick yang terus disambut oleh Mohamed Salah.

Salah sempat mengacah penjaga gol dan kemudian meleretkan bola dengan kaki kanannya. Di mana pertahanan sudah mati langkah kerana sudah bergerak ke arah bertentangan.

2-1 untuk Liverpool pada minit ke-67.

Hari Liverpool terus cemerlang apabila Luis Diaz akhirnya membuka akaun gol beliau bersama Liverpool.

Diaz cemerlang sepanjang perlawanan ini. Dia menerima hantaran Henderson dan kemudian melakukan chip yang persis penyudah no.9.

Seminit kemudian, Diaz hampir menjadi pencipta assist, sayang sekali Mane merembat tak tepat pulak. Hmmm…

Tamat perlawnaan. Liverpool 3 Norwich 1.

Β 

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu