Guardiola: ‘Menjuarai EPL Lebih Sukar Berbanding UCL’

Pep Guardiola menyatakan bahawa, memenangi EPL jauh lebih sukar daripada memenangi UCL.

Manchester City dalam landasan terbaik untuk memenangi kejuaraan EPL keempat mereka dalam 5 musim terakhir pada Ahad.

Kemenangan ke atas Aston Villa pada hari terakhir EPL musim ini akan membolehkan skuad Pep Guardiola menjulang trofi tersebut.

Mereka hanya dicabara Liverpool yang akan berdepan dengan Wolves.

Selain itu, Liverpool boleh mencuri perhatian dunia sekiranya mereka memenangi UCL pada akhir bulan ini. Tetapi Pep Guardiola menegaskan bahawa EPL akan sentiasa menjadi trofi yang lebih sukar dimenangi berbanding UCL.

Pep berkata: “Saya berani katakan bahawa ianya lebih sukar. Ada lebih banyak perlawanan dan lebih banyak minggu beraksi, bergelut dengan kecederaan, ada detik baik dan buruk dalam keadaan berbeza serta berdepan dengan lawan yang sukar.”

“Memang memuaskan kerana setiap hari, apabila anda berjuang bermati matian untuk Liga Perdana dan berjaya memenanginya pada penghujungnya, ia memberikan anda rasa bahawa anda sangat menikmatinya. Kita akan lebih gembira dalam hidup apabila kita menang.”

“Apabila kamu berjaya menang dan ia akan mewujudkan sesi latihan yang baik, persekitaran dan mood yang baik. Ia bukan seperti Piala FA atau satu perlawanan, ia adalah rutin.”

“Saya tidak mengatakan bahawa Liga Juara-Juara tidak penting. Kami marah, jadi gila untuk cuba memenanginya. Kami mahukannya, kami menyukainya.”

“Kami ingin berada di Paris (untuk perlawanan akhir) minggu depan tetapi untuk memenangi 38 perlawanan, bukannya enam, lapan atau sembilan perlawanan, adalah berbeza.”

“Saya sentiasa menyukainya, sejak saya seorang pemain. Liga ini bagus dan kami berada di ambang kejayaan itu. Kami hampir sekali.”

Tugas itu ternyata masih belum selesa. Di mana, sebarang kesilapan menentang Villa berpotensi membuka pintu kepada Liverpool, yang hanya ketinggalan satu mata di belakang, untuk memenangi kejuaraan liga ke-20 mereka.

Situasinya serupa dengan 2019, apabila City menang selesa di Brighton untuk menghalang The Reds, dan ketika itu City menang hanya dengan beza satu mata.

Guardiola menegaskan bahawa dia tidak perlu cuba memberitahu pemain agar lebih tenang dan kawal emosi mereka.

Kerana setiap pemain sudah tahu tujuan mereka dan bermain seperti biasa.

Guardiola berkata: “Sukar untuk mengatakan ‘kawal emosi anda’ apabila kami tahu dengan sebaiknya untuk apa kami bermain. Mereka adalah manusia, mereka mempunyai perasaan.”

“Mungkin kita perlu melalui sesuatu yang tidak dijangka, berasa tidak selesa, tetapi apa yang boleh kita lakukan ialah bertindak balas dengan cara yang terbaik, bersikap positif dan jangan berputus asa.”

“Dalam bola sepak apabila anda fikir ia sudah berakhir, ia belum berakhir. Hanya lakukan apa yang telah anda lakukan pada bulan lalu, semua perlawanan yang telah kami mainkan, di tempat sendiri dan di tempat lawan, dan lakukannya.”

“Hari ini kami berlatih seperti perlawanan biasa Liga Perdana sepanjang musim ini, sama sahaja.”

“Ia bukan sesuatu yang istimewa kerana kepentingan permainan, mereka [para pemain] tahu akan perkara itu. Tiada apa yang perlu diberitahu kepada mereka.”

City diberi semangat untuk pertembungan penentuan dengan kembalinya pemain pertahanan Kyle Walker dan John Stones masing-masing baru pulih daripada kecederaan buku lali dan paha.

Kedua-duanya telah diketepikan untuk baki kempen tetapi telah pulih lebih cepat daripada jangkaan dan kembali berlatih pada hari Khamis.

Berita ini amat dialu-alukan dengan pemain pertahanan tengah Ruben Dias kekal diketepikan.

Guardiola berkata: “Kami mempunyai doktor dan fisioterapi yang luar biasa dan mereka telah pulih. Mereka menjalani latihan separuh sesi dan kita akan lihat esok. Adalah baik untuk kita mendapatkan melihat mereka kembali.”

Baca yang lain