Guardiola: “Pemilik Kelab Tak Arahkan Saya Untuk Menang UCL Pun”

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mengingatkan media dan masyarakat dunia bahawa dalam kontraknya dengan Man City, tidak ada satu pun KPI yang mewajibkannya untuk memenangi Liga Juara Juara Eropah.

Guardiola mengulangi kenyataannya pada akhir musim lalu, selepas City tersingkir di tangan Real Madrid dalam aksi separuh akhir Liga Juara Juara Eropah. Di mana ketika itu Guardiola menegaskan bahawa UCL bukan sasaran utama Man City berbanding dengan EPL.

Liga Juara-Juara Eropah menjadi trofi yang sangat diidamkan oleh Manchester City, tetapi mereka tidak pernah mendapatkannya terutama sekali pada era pemilikan pak Arab dalam kelab mereka.

Sebelum ini Mauricio Pochettino turut membandingkan situasinya di PSG dengan Pep Guardiola di Man City.

Kerana menurut Pochettino, PSG sangat obses dengan UCL. Namun mereka tidak memberikan sokongan kepadanya seperti mana yang diterima oleh Guardiola di City.

Pochettino berkata: “Di Manchester City, sehari selepas Manchester City tersingkir dari UCL, mereka terus mendapatkan Erling Haaland untuk memperkuatkan pasukan. Situasi kami di PSG dengan Manchester hampir sama. Kami sama sama memenagi liga dan disingkirkan Real Madrid.”

“Namun Guardiola tidak dipecat walaupun dia sudah 7 tahun di sana dan masih gagal memenangi UCL.”

Peluang terbaik untuk Manchester City menjuarai UCL datang pada musim 2021/2022. Nasib tidak memihak kepada Man City kerana mereka tewas di final kepada Chelsea.

Ketiadaan trofi Liga Juara-Juara terutama semasa era kejurulatihan Pep Guardiola di Man City turut menjadi perhatian dan soroan media.

Sesetengah pihak berpendapat Pep Guardiola gagal sebagai jurulatih jika tidak dapat membawa The Citizens memenangi kejohanan kelab gergasi Eropah itu. Pep Guardiola tidak mempedulikan penilaian sebegitu. Dia berkata bahawa tugasnya bukannya untuk memenangi Liga Juara-Juara.

“Sesetengah orang akan berkata saya mencari alasan, tetapi saya tidak berada di sini untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah. Pemilik kelab tidak meminta saya untuk memenanginya,” kata Guardiola kepada Goal.

“Situasi di Man City adalah sama seperti di Bayern Munich dan Barcelona. Setiap tahun saya mahu memenangi empat kejuaraan. Jika saya seorang jurulatih berusia 30-40 tahun, saya mahu memenangi Liga Juara-Juara Eropah.”

“Bagaimanapun, saya tidak merasakan dua tahun di Barcelona dan tiga tahun di Bayern apabila saya tidak memenangi Liga Juara-Juara sebagai satu kegagalan,” kata Guardiola.

Pep Guardiola tetap menganggap bahawa UCL merupakan idaman dia dan juga kelab Man City. Namun segalanya kadangkala bergantung kepada nasib dan dia tiada kuasa untuk mengawalnya.

“Saya dan Manchester City mahu memenangi Liga Juara-Juara Eropah. Pada masa yang sama saya bukan penguasa alam semesta yang mampu mengawalnya.”

“Kami hampir memenangi musim lalu dan akan mencuba lagi tahun ini. Cuma saya tahu lawan kita sukar dan persaingan amat sukar sekarang,” tambah Guardiola.

 

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid