Guardiola Pernah ‘Call’ Arteta, Minta Nasihat Taktikal Ketika Dia Masih Pemain Arsenal

Petikan menarik dari buku tentang Pep Guardiola menunjukkan dia pernah menelefon Mikel Arteta untuk mendapatkan nasihat taktikal semasa pemain itu masih bermain di Arsenal.

Sebelum ini, Pep Guardiola pernah menghamburkan pujian kepada Arteta dan menyatakan dia sering merujuk pengurus itu dalam isu berkaitan taktikal. Ramai peminat bola sepak menganggap Pep terlebih puji dan tak mungkin itu yang berlaku.

Pep bercakap selepas kemenangan Man City ke atas Arsenal tahun lalu, pengurus Pep memuji rakan senegaranya, mengatakan dia ‘sangat sangat bagus’ dalam pujian yang penuh kekaguman ke atas kepandaian Arteta.

“Mikel [Arteta] tahu segala-galanya,” katanya. “Dia sangat bagus. Ia bukan kerana dia kawan saya. Saya tahu bagaimana dia hidup, saya tahu apa yang dia rancang, saya tahu cara dia bekerja. Dia sangat bijak.”

“Saya belajar banyak daripada menonton pasukannya dan hari ini saya belajar sesuatu yang boleh saya gunakan pada masa hadapan. Dia tahu segala-galanya tentang bola sepak.”

Sebenarnya, memang Pep selalu menggunakan otak Arteta ddalam taktikalnya. Bukan sahaja ketika dia menjadi pembantunya di City, namun sejak Arteta masih muda lagi.

Guardiola call Arteta untuk bantu Barcelona

Semasa Guardiola menguruskan pasukan Barcelona yang dalam pembikinan menjadi Super Team, dia pernah memilih untuk menggunakan sedikit otak Arteta, yang masih bermain dan berusia hanya 30 tahun pada masa itu.

Pep menghubungi Arteta untuk mendapatkan nasihat tentang taktik tertentu dan persediaan strategik berdepan dengan lawan yang kuat dari England.

Pep ketika itu sedang mempersiapkan pasukannya untuk pertembungan Liga Juara-Juara pasukannya menentang Chelsea pada 2012.

Petikan daripada ‘Pep’s City: The Making of a Superteam’ menyerlahkan hubungan kerja antara Guardiola dan Arteta.

Buku itu, yang ditulis oleh Lu Martín dan Pol Ballus, berbunyi: “Arteta dan Guardiola sentiasa berhubung, dan Arteta tinggal di kawasan kejiranan yang sama dengan abang Pep, Pere, ketika dia berpangkalan di London.”

“Apabila Barca bertemu Chelsea dalam Liga Juara-Juara Eropah (pada 2012), Pep mengambil telefon untuk memilih otak rakan lamanya tentang lawan mereka yang akan datang.

“Kagum dengan analisis kritikal Arteta, Pep membuat nota mental untuk mendapatkan nasihatnya dengan lebih kerap [di masa akan datang].”

Arteta memang memiliki pemikiran taktikal yang luar biasa dan terserlah pada usianya muda lagi. Arsene Wenger pernah mendedahkan bagaimana dia sendiri selalu mengajak Arteta berbincang soal taktikal ketika dia masih bergelar pemain.

Arteta malah beberapa kali membantu Wenger mengendalikan latihan taktikal ketika di Arsenal.

Sudah tentu kita semua tahu, beberapa tahun kemudian Guardiola mengupah Arteta sebagai pembantunya di Man City, sebelum pemain berusia 40 tahun itu meninggalkan peranannya di Etihad untuk mengendalikan Gunners.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai