Guardiola Tinggalkan Bayern Sebab Mereka Tak Beli 4 Pemain Ini

Laporan oleh wartawan dari Jerman mendedahkan sebab utama Pep Guardiola meninggalkan Bayern Munich.

Guardiola telah memutuskan untuk berpisah dengan Bayern dan tidak menyambung lagi kontrak beliau.

Guardiola berjaya membentuk sistem permainan Juego di Posicion ketika di Bayern Munich.

Walaupun beliau kelihatan sudah memiliki pasukan yang kuat, Pep Guardiola masih meminta Bayern untuk mendapatkan beliau beberapa pemain lagi.

Pep Guardiola dilaporkan meminta Bayern Munich untuk mendapatkan Neymar dan Luis Suarez di bahagian serangan.

Dan kemudian beliau juga mendambakan khidmat Kevin De Bruyne dan juga Paul Pogba di bahagian tengah.

Ianya bukan murah kerana kesemua pemain tersebut sudah menunjukkan kualiti mereka di pentas Eropah pada ketika itu.

Walaupun harganya tidak segila sekarang, namun ianya tetap harga gila.

Luis Suarez adalah tipikal pemain kegemaran Guardiola kerana dia adalah complete striker yang boleh menjaringkan gol dan mencipta gol, serta kemampuan untuk menewaskan pertahanan dengan gelecekan.

Neymar adalah tipikal pemain ala Lionel Messi yang pernah Guardiola miliki di Barcelona satu ketika dahulu.

Kevin De Bruyne dan Paul Pogba dua pemain yang memberikan kestabilan kepada pasukan dengan kualiti dan mobiliti mereka.

Kedua dua pemain juga memiliki kualiti hantaran dan visi yang sangat baik.

Ianya penting untuk gaya permainan Guardiola yang dahagakan penguasaan bola yang sangat tinggi.

Oleh sebab Bayern gagal memberikan beliau nama nama tersebut, sekurang kurangnya salah seorang daripada mereka, maka Guardiola memutuskan untuk pergi.

Beliau meninggalkan Bayern Munich tanpa memberikan kejayaan Liga Juara Juara Eropah yang menjadi sasaran utama Bayern di bawah era beliau.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi