Guns N Roses: Walau Apa Terjadi, Mawarnya Terus Mewangi Di Hati Peminat

Guns N’ Roses ataupun GNR adalah kumpulan rock yang sangat berpengaruh pada satu ketika dahulu.

Kumpulan ini memang berimej bad boy. Mereka selalu bercakap kepada wartawan:

“Budak baik mana main gitar rock?”

Imej yang rock dengan gaya liar itu adalah cara hidup mereka Namun dari segi kualiti dan seni muzik mereka, GNR banyak menghasilkan lagi rock ballad yang mendayu dan melekat di telinga.

Tracii GUNS n Axl ROSE!

Guns N’ Roses secara rasminya ditubuhkan di Los Angeles pada Jun 1985 oleh Axl Rose (vokal), Tracii Guns (gitaris) dan Izzy Stradlin.

Nama band ini dikenali dengan Guns N’ Roses kerana gabungan 2 band iaitu Hollywood Rose dan LA Guns.

Itulah sebabnya, sampai ke sudah Axl Rose mahu menjadikan band ini adalah identiti dirinya walaupun ramai peminat GNR tidak selesa dengan satu sisi sikap gila kuasa oleh Axl Rose.

Mereka menggabungkan elemen punk, blues, thrash, heavy metal dan beberapa genre lain dalam muzik mereka. Idea yang menarik untuk meraikan pertembungan muzik dan subculture pada ketika itu.

Penyertaan Slash

GNR menerima undangan untuk beraksi pertama sekali di Seattle. Namun Tracii Guns dan Robbie Gardner tak dapat hadir. Axl terus mendapatkan Slash dan Steve Adler.

Axl mahu menyelamatkan show itu kerana ianya peluang untuk mereka expose muzik mereka.

Slash dan Adler setuju menyertai mereka. Ketika Axl Rose menentukan siapakah line up akhir untuk mereka menerbitkan EP mereka. Slash dan Adler dipilih menggantikan Tracii dan Gardner.

Mereka bersama-sama memerah otak untuk menulis lagu Welcome to the Jungle yang kemudiannya menjadi lagi signature untuk mereka.

Fenomena

GNR aktif mengadakan persembahan dan mengeluarkan EP mereka yang mereka terbitkan sendiri.

Pada 21 Ogos 1987, mereka mengeluarkan album penuh – Appetite for Destruction. Ianya terjual sebanyak 20 juta salinan dengan lagu hits seperti Welcome to the Jungle, Sweet Child O’ Mine” dan Paradise City.

3 lagu ini berada di top 10 billboard. Sehingga ke hari ini, Appetite For Destruction masih menjadi album debut yang tertinggi penjualannya. Mereka menjelajah ke seluruh USA.

Sweet Child O’ Mine menjadi kegilaan dunia termasuk brader rock di Malaysia.

Pada 1988, mereka diberikan penghargaan sebagai kumpulan big act dalam Rock Festival in Europe, sebaris dengan kumpulan legend seperti Iron Maiden, KISS dan Judas Priest.

Bukan ‘rakan’ Media dan reputasi

Namun aksi liar Slash, McKagan dan Adler sepanjang konsert itu tidak digemari media. Aksi mereka sedang mabuk dan kuat minum menjadi perhatian media.

Oleh kerana mereka kumpulan baru, jadi media menjadikan mereka sasaran. Tetapi Slash memang patut kena maki dengan Axl Rose kerana minum sampai tak ingat sehinggakan beberapa kali dipapah rakannya selepas tamat show.

Nama GNR diburukkan apabila 2 peminat liar mereka terbunuh ketika pengumuman nama GNR, konsert tak start lagi. Paling teruk, itupun media salahkan mereka. Tak start lagi tu!

Ini kerana reputasi mereka sudah tidak begitu ngam di mata media.

Sampaikan selepas event itu mereka dilabel media sebagai kumpulan paling bahaya dan memudaratkan di dunia.

GNR move on dan me-release-kan half acoustic album berjudul Lies. Ianya lebih kepada tindak balas mereka kepada dunia yang menghentam mereka.

Lagu One In A Million diselit perkataan ni*** dan faggots. Tak sampai seminggu album diterbitkan sudah banyak media melabel mereka Homophobic dan Rasi.

(homophobic ni macam anti seks sejenis seperti anti geng kunyit)

Axl Roses menafikan mereka rasis dan homophobic:

“Gitaris kami separuh hitam (half-black) dan kami sendiri peminat setia artis biseksual seperti Freddie Mercury – Queens, Elton John, dan Rob Halford dari Judas Priest.”

(kan dah keluar nama geng lgbt)

Tak mampu dinafikan

Namun beberapa karya mereka tetap meluncur laju di arus perdana. Welcome to the Jungle menjadi salah satu OST filem The Dead Pool.

Pada 1989 mereka dijemput menyampaikan lagu Sweet Child O’ Mine di American Music Award. Mereka menang Album Heavy Metal terbaik menerusi Appetite for Destruction.

Si Slash dan McKagan buat hal lagi. Waktu received award, boleh pulak dua ekor ni mabuk dan mencarut atas pentas.

Selepas insiden inilah hampir semua awards dan kemudiannya program tv di USA ada 5 second delay dalam broadcasting. Antara jasa utama Slahs dan McKagan kepada ketamadunan manusia.

Terus dikecam

Nama GNR mulai dikaitkan dengan dadah, arak dan segala macam unsur negatif. Mereka telah menyebarkan imej bad boy dan mempengaruhi scene muzik rock ketika itu.

Dalam satu persembahan pembukaan untuk Rolling Stone pada 1989, salah seorang ahli GNR berkata kepada crowd menggunakan ayat Brownstone.

Ayat itu awalnya popular di USA sahaja merujuk kepada dadah. Selepas konsert itu seluruh dunia tahu frasa itu.

Pada 1990, Axl Rose bertekad mahu kumpulan GNR clean daripada benda dadah dan imej mabuk.

Axl Rose mahu bersihkan imej GNR

Mereka masuk studio. Tak sempat nak angkat ikrar, dan Steven Adler tak mahu bermain dram kerana tak mahu berpisah dengan dadah. Adler sangat ketagih dengan dadah.

Dengan serta merta Axl Rose menendang terus Adler daripada kumpulan.

Adler digantikan dengan drummer The Cult – Matt Sorum. Dizzy Reed juga dipilih menjadi keyboardist baru sepenuh masa mereka.

LONDON, UNITED KINGDOM – APRIL 20: Drummer Matt Sorum of Guns n Roses performs on stage on The Freddie Mercury Tribute Concert at Wembley Stadium on April 20th, 1992 in London, United Kingdom. (Photo by Peter Still/Redferns)

Kegemilangan

Use Your Illusion I dan Use Your Illusion II dikeluarkan dalam 2 album berbeza pada September 1991.

Taktik bijak ini membolehkan kedua-dua album berada di Billboard dalam satu masa yang sama.

Mereka menjelajah selama 28 bulan selepas album ini. Namun kali ini Axl Rose pula terlibat insiden.

Dia telah terjun ke arah crowd di St Louis dan merampas perakam video daripada seorang penonton yang mahu merakamkan konsert itu. Axl Rose bergelut dengan penonton itu dan menumbuknya.

Crowd menjadi liar dan berlaku pergaduhan. Ramai yang cedera. Namun pihak berkuasa USA tidak dapat menahan Rose sebab dia kemudian terus terbang ke luar negara untuk meneruskan tour itu.

Balik daripada tour itu, Axl Rose pun ditahan. Axl Rose dikenakan pertuduhan untuk insiden menyerang. Tetapi dia selamat daripada pertuduhan mengakibatkan kekecohan yang mengakibatkan kecederaan.

Kitaran yang sama

Tidak lama selepas itu Izzy Stradlin berhenti selepas bergaduh dengan Axl Rose. Gilby Clarke dibawa masuk.

Ketika Sukan olimpik 1992, Metallica tidak dapat meneruskan persembahan kerana James Hetfield ada melecur. Metallica meminta GNR menggatikan mereka.

GNR setuju. Selepas delay beberapa jam. GNR melakukan persembahan tetapi untuk sesi malam Axl Rose tidak dapat meneruskan aksi kerana sakit tekak hanya selepas 4 lagu.

Kegagalan meneruskan persembahan ini mencetuskan kekecohan penonton sekali lagi. Tetapi tiada dakwaan dibuat untuk GNR.

Cuma media terus melabel mereka sebagai kumpulan bahaya dan banyak kempen anti-persembahan GNR dilakukan.

Video klip berimpak tinggi

Mereka kemudian mengeluarkan video clip Don’t Cry, November Rain dan Estranged yang jelas menunjukkan sokongan sesama mereka di dalam video klip tersebut walaupun apa berlaku.

Ia memakan kos yang tinggi. November Rain menjadi video klip paling banyak permintaan di MTV.

Pada Mei 1993, Gilby Clarke patah tangan dan mereka mencari pengganti untuk show di Eropah. Axl Rose memujuk semula Stradlin untuk baki 5 persembahan lagi. Stradlin setuju demi GNR.

GNR akhirnya mencipta sejarah crowd paling ramai dalam sejarah mereka di Buenos Aires pada 17 Julai 1993.

Pada 1993, mereka mengeluarkan album yang lebih kepada punk rock, The Spaghetti Incident. Eksperimental mereka gagal dan jualan album jauh rendah berbanding dengan 2 album Use Your Illusion.

Pada 1994, Rose memecat Gilby Clarke tanpa memberitahu band members yang lain. Paul Tobias menggantukan Gilby Clarke.

Slash membawa haluan sendiri sebab Axl si kaki delete

Kemasukan Clarke antara bibit-bibit yang membawa kepada pergaduhan Slash dan Axl Rose. Tobias telah memasukkan beberapa solo dalam lagu GNR.

Axl Rose memasukkan versi Tobias dan memadamkan (delete) beberapa sentuhan asal lagu tersebut.

Terkejutlah Slash masa tu. Lalu pada 1996, Slash meninggalkan GNR kerana tak puas hati dengan Axl Rose.

Itulah detik berakhirnya era line up terbaik GNR. Rose menyatakan beliau mengambil keputusan memadam beberapa sentuhan Slash atas alasan kreativiti bukannya peribadi. Canggih nau alasannya.

Tapi, mana la Slash nak terima alasan macam tu. Tak lama selepas tu Axl Rose bergaduh dan berperang mulut besar dengan Sorum. Macam biasa, Sorum pun kena kick oleh Axl Rose.

Tinggal Axl Rose seorang

Sebelum Axl Rose menendang McKagan, dia sendiri memberitahu Axl Rose dia nak berhenti setelah kontrak tamat. Jadi, tinggallah Axl Rose seorang yang merupakan ahli asal kumpulan ini.

In 1998 Axl Rose kembali ke studio dengan line up Josh Freese ,Tommy Stinson, Robin Finck Paul Tobias dan Dizzy Reed.

Mereka release lagu Oh My God pada 1999. Ianya dimuatkan daam album Chinese Democracy. Namun beberapa ahli kumpulan ini telah kembali ke kumpulan asal mereka.

Pada tahun 2000, gitaris – Buckethead menyertai Guns N’ Roses, drummer Josh Freese digantikan Brian Mantia.

Peminat GNR mulai kurang melayan line up baru ini. Ianya tiada originality dan mereka menagih Slash dan Axl Rose perlu ada dalam GNR.

Penyatuan Axl Rose – Slash

Axl Rose kemudian mengakui dirinya pun ada kekesalan kerana gagal menyatukan semua ahli asal kumpulan ini.

Dalam satu persembahan di Rio De Janeiro, beliau memberikan ucapan berbaur politik di hadapan peminat yang datang hanya kerana nama GNR dan Axl Rose.

“Saya tahu ramai yang kecewa kerana beberapa orang yang anda mahu lihat ada di atas pentas hari ini, tidak ada!”

“Anda mungkin dapat cerita daripada apa yang anda baca, kami (ahli-ahli lama) sudah cuba sedaya upaya untuk berkumpul di sini malam ini, tetapi tidak dapat menunaikannya.”

“Saya terluka juga melihat anda kecewa. Kami tak mampu menjadi seperti Oasis, yang mampu mencari jalan untuk bersama semula.”

Selepas itu, kisah GNR tetap sama, band members bertukar ganti. Axl Rose tetap di sana cuba mengekalkan nama GNR ini di dalam arena muzik.

Pada 2017, GNR melakukan tour Not In A Lifetime. Reunion Slash Dan Axl Rose membuatkan ramai mat rock meleleh air mata.

Axl Rose turut meminta maaf kepada Slash di dalam tour tersebut. Beberapa ahli lama mereka menyertai tour ini dalam beberapa lokasi.

Media menulis: “Kali ini GNR tidak liar dan ganas seperti dahulu”

Sekarang ini banyak juga persembahan GNR untuk menghimpunkan peminat mereka terutama sekali yang sudah otai.

Senapang yang terus berpeluru, bunga mawar yang terus mekar

Walaupun mereka ganas dan liar di atas pentas, namun karya mereka menjadikan nama GNR antara kesayangan rockers di seluruh dunia dalam generasi berbeza.

Kisah mereka terlalu banyak untuk ditulis. Kes kensel show last minute dan aksi liar itu sudah menjadi salah satu asam garam dalam dunia GNR.

Tetapi tiada siapa dapat menafikan bakat kumpulan ini.

Sweet Child O’ Mine!

Jangan lupa senaraikan top 3 lagu GNR kegemaran korang.

Saya punya:

1. November Rain
2. Sweet Child O’ Mine
3. Don’t Cry

Baca yang lain