Hantar Laporan Kewangan Tak Tepat, Barca Didenda UEFA £500K

UEFA telah mengenakan denda €500k kepada Barcelona atas kesalahan laporan kewangan mereka yang tak tepat.

Barca didapati tidak jujur dalam melaporkan angka keuntungan kelab mereka pada tahun kewangan 2022.

Mereka gagal melaporkan dengan tepat keuntungan daripada aset yang boleh dilupuskan. Jadi ini tidak ada kaitan dengan isu jual beli pemain.

UEFA mengesahkan bahawa isu kali ini tidak ada kaitan langsung dengan kes Negreira yang masih membelenggu kelab itu.

Barcelona sudah beberapa kali melanggar peraturan FFP sejak 2020. Dan mereka juga sudah berdepan beberapa sekatan serta arahan untuk mengimbangi kewangan mereka segera.

Kelemahan urus tadbir kewangan pada era Bartomeu benar benar memberikan kesan kepada Barcelona. Yang pada satu ketika telah menanggung hutang sekitar £1.3 billion.

Namun kepakaran Joan Laporta membantu kelab itu mengurangkan hutang kelab dan berjaya mendapatkan ramai pemain bintang menggunakan kebijaksanaan mereka.

Barcelona juga mengekalkan projek pembangunan Nou Camp seperti biasa.

Barcelona kini perlu membuat rayuan kepada Jawatankuasa Kawalan Kewangan UEFA / CFCB untuk kes yang didapai pada siasatan yang dirumuskan pada 13 Julai 2023 yang lalu.

Skuad Xavi Hernandez itu kini dalam usaha mempertahankan kejuaraan La Liga yang mereka menangi pada musim lalu.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi