Harry Maguire Kecewa Dilucutkan Jawatan Kapten

Harry Maguire secara rasminya dilucutkan jawatan kapten selepas menggalas tugasan itu sejak Januari 2020, ketika di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Maguire menyatakan dia benar benar kecewa dengan pemecatan daripada jawatan kapten itu. Namun bertekad akan terus memberikan terbaik kepada kelab.

Berita tentang pertukaran kapten di United sudah diwar warkan sejak beberapa minggu lalu. Apabila Erik Ten Hag dikatakan mahu memilih kapten tipikal yang bermain sebagai kesebelasan utama.

Bukannya dari kalangan non playing captain. Istilah untuk kapten yang merupakan pemain gantian.

Maguire sudah lama kehilangan tempatnya dalam skuad Ten Hag. Dia malah bukan pilihan ketiga sekalipun untuk posisi bek tengah.

Dalam kenyataan rasminya, Maguire berkata: “Selepas berbincang dengan pengurus, dia maklumkan kepada saya dia mahu menukar kapten.”

“Dia menggariskan alasan tersebut kepada saya, dan walaupun, saya secara peribadinya sangat sangat kecewa, saya tetap akan memberikan segala yang saya ada setiap kali menyarung jersi Man United.”

“Saya nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada penyokong Manchester United di atas segala sokongan hebat anda sepanjang saya memakai lilitan kapten.”

“Sejak hari pertama saya mengambil alih peranan itu, selama 3 tahun setengah, ianya adalah penghormatan terbesar untuk mengetuai Manchester United, dan ianya salah satu detik paling membanggakan dalam karier saya sehingga kini.”

“Ianya salah satu penghormatan terbesar dalam bola sepak peringkat kelab. Saya akan melakukan apa yang saya terdaya untuk membantu United berjaya – di dalam dan di luar padang.”

“Saya akan sentiasa berterima kasih kepada Ole Gunnar Solskjaer kerana memberikan saya tanggungjawab dan saya berharap, sesiapa sahaja yang memakainya selepas ini akan berjaya, dan akan mendapat sokongan saya.”

Siapakah akan menjadin kapten sepenuh masa United yang baharu?

Nama Bruno Fernandes dan Casemiro antara yang dianggap paling layak sebagai kapten utama dan timbalan.

Musim lalu, Bruno Fernandes banyak menjadi kapten United. Mungkin juga United boleh mempertimbangkan nama graduan mereka, Marcus Rashford? Yang merupakan antara pemain bola sepak yang berpengaruh di UK.

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah