Hasil Analisis Taktikal Indonesia, TCH Yakin Fizikaliti De Paula, Sharel Fikri Jadi Senjata Utama Gempur Garuda

Tan Cheng Hoe sudah mempunyai perancangan khas untuk menggempur kubu Indonesia. Ini dengan cuba bermain dengan target man yang lasak.

Jadi, dalam sidang media beliau Tan Cheng Hoe menegaskan bahawa Guilherme de Paula ataupun Shahrel Fikri merupakan calon untuk mengepalai barisan serangan Harimau Malaya. Ini kerana Tan Cheng Hoe melihat dua pemain itu menepati ciri ciri penyerang yang berfizikal agresif.

Namun Tan Cheng Hoe tidak mengesahkan lagi, siapa yang akan bermain. Cuma Tan Cheng Hoe sudah memberikan bayangan bahawa Luqman Hakim akan direhatkan dalam aksi seterusnya bagi memberikan laluan kepada peyerang yang lebih fizikal dan agresif.

Tan Cheng Hoe memberikan jaminan bahawa beliau akan membuat pilihan terbaik untuk mengisi kesebelasan utama berdepan dengan Indonesia.

Lantas Tan Cheng Hoe menegaskan bahawa beliau akan menentukan siapa pemain terbaik mengisi posisi no.9 menggantikan Luqman Hakim.

Pemain muda, Luqman Hakim sebelum ini sudah beraksi dua kali sebagai kesebelasan utama ketika berdepan Vietnam dan Laos.

Melihat kepada corak permainan Indonesia yang lasak dan fizikal terutama ketika berdepan Vietnam, maka Tan Cheng Hoe merasakan bahawa Luqman Hakim bukan pilihan terbaik ketika ini.

Luqman Hakim memiliki aset permainan berdasarkan kelajuan. Tetapi Ah Hoe percaya, kelajuan bukan elemen utama dituntut dalam derbi Nusantara pada Ahad ini.

Bukan itu sahaja, Tan Cheng Hoe mengingatkan anak anak buahnya agar tidak mempersiakan sebarang peluang yang datang. Oleh itu, beliau mahu penyerang negara kita menunjukkan ketajaman mereka di hadapan gol.

Bercakap tentang persiapan pasukan, Tan Cheng Hoe menegaskan bahawa beliau dan staf kejurulatihannya sudah melakukan analisis ke atas permainan Indonesia.

Dipetik dari sumber Harian Metro, Tan Cheng Hoe berkata: “Kita dah analisis permainan Indonesia dan sudah tentu mereka juga sudah melakukan perkara sama. Kita akan main secara menyerang dan pasukan harus lebih tajam di depan kerana gol awal cukup penting buat kita.”

Akhir sekali Tan Cheng Hoe turut mengingatkan agar pasukannya sentiasa fokus ketika bertahan. Setiap kali kehilangan bola, Malaysia diminta agar cepat cepat menutup ruang.

Malaysia tiada pilihan lain selain menang. Kerana Indonesia hanya perlu mengelak kalah sahaja. Jika seri, Malaysia akan tersingkir kerana Indonesia berkelebihan dari segi pungutan mata.

Hamidin yakin Malaysia akan menang

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yakin skuad Harimau Malaya mampu membenam musuh tradisinya, Indonesia pada Ahad ini, andai semua pemain memberikan komitmen penuh.

Hamidin yang mengadakan perjumpaan secara maya dengan skuad kebangsaan yang sedang mengharungi kempen Piala AFF 2020 di Singapura, menganggap aksi terakhir Kumpulan B menentang skuad Garuda itu tidak mustahil untuk dimenangi.

“Saya mempunyai keyakinan tinggi pasukan kita boleh mengalahkan Indonesia dengan berbekalkan komitmen semua pemain dan pegawai, serta strategi yang betul. Ia berserta kemahuan pasukan yang mustahak untuk kita adunkan dengan sebaik mungkin untuk capai kejayaan,” katanya menerusi kenyataan.

Hamidin bagaimanapun meminta skuad kendalian Tan Cheng Hoe supaya berhati-hati dan lebih berwaspada supaya tidak tercicir mata pada aksi tersebut, dengan skuad negara wajib menang untuk meraih tiket ke separuh akhir.

“Kita wajib menang, tak boleh seri. Kalau kita sudah mendahului satu gol pun, Indonesia masih boleh samakan kedudukan pada minit-minit akhir.

“Jadi kita kena berhati-hati. Saya fikir pemain sudah tahu tugas dan tanggungjawab mereka. Saya yakin Harimau Malaya mampu melakukannya,” kata beliau.

Ketika perjumpaan virtual itu, Hamidin turut mendengar laporan perkembangan pasukan daripada pengurus pasukan Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Cheng Hoe, serta maklum balas daripada beberapa pemain skuad Harimau Malaya.

Aksi Malaysia bertemu Indonesia dijadualkan di Stadium Nasional Singapura pada 8.30 malam Ahad ini, manakala juara bertahan Vietnam bakal menentang Kemboja di Stadium Bishan pada waktu yang sama.

Indonesia mendahului Kumpulan B dengan kelebihan jaringan walaupun berkongsi tujuh mata dengan Vietnam. Malaysia berada di tempat ketiga dengan enam mata, diikuti Kemboja (tiga mata) dan Laos di tangga tercorot tanpa sebarang mata.

Sumber: Harian Metro

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah