Henderson Terdesak Nak Balik EPL, Sedia Lupakan Baki Kontrak Dan Bayar Cukai £7 Juta

Bekas kapten Liverpool, Jordan Henderson dilaporkan terdesak mahu kembali semula ke EPL. Dan jika itu berlaku dia akan melepaskan jutaan pound gaji pada kontraknya.

Henderson mendapat gaji £700k seminggu di kelab Al Ettifaq yang diuruskan Steven Gerrard.

Sejak berpindah ke Ettifaq dengan nilai £12 juta pemain itu bergelut dengan prestasinya. Dan dia benar benar serius mahu kembali ke EPL.

Al Ettifaq kini dalam prestasi yang teruk sehinggakan pengurus mereka, Steven Gerrard berdepan tekanan yang kuat setelah pasukan mereka gagal menang dalam 8 perlawanan terakhir mereka sejak November.

Seterusnya, penolong Steven Gerrard, Ian Foster telah meletak jawatan untuk menyertai Plymouth Argyle. Foster menjadi antara individu penting memujuk Henderson untuk datang ke Saudi.

Di mana pada masa itu Henderson mengejutkan peminat Liverpool apabila dia meminta untuk dijual ke kelab Arab Saudi itu.

Seterusnya Daily Mail juga melaporkan Henderson tidak selesa bermain di Arab Saudi dalam cuaca yang panas. Dengan purata kehadiran penyokong Al Ettifaq cuma 7,800 sahaja. Mereka bermain di stadium dengan kapasiti 35,000.

Terlalu banyak kerusi kosong di sana dikatakan telah membuatkan Henderson semakin kurang menikmati bola sepak di sana.

Satu lagi faktor penting adalah kerana kritikan berterusan yang dia terima daripada media Inggeris selepas dia dianggap mengkhianati golongan pelangi dengan menyertai kelab Arab Saudi.

Saudi negara yang melarang hubungan sejenis.

Kini pemain itu benar benar sedia untuk melepaskan baki kontraknya di Al Ettifaq jika ada tawaran yang bagus dari England.

Henderson sudah tentunya sedia untuk menerima pengurangan gaji berbanding yang sedia ada di mana dia menerima £700,000 seminggu bersih tanpa cukai di Arab Saudi.

Jika Henderson meninggalkan kelab itu lebih awal, dia perlu membayar cukai pendapatannya. Di mana Arab Saudi mengamalkan polisi cukai sama rata kepada orang asing iaitu 20%.

Difahamkan cukai sahaja Henderson perlu bayar £7 juta jika dia angkat kaki pada Januari ini.

Kelab seperti Crystal Palace, Fulham dan Newcastle antara yang berminat mendapatkan Henderson. Namun ketiga tiga kelab itu juga bergelut untuk menepati piawaian FFP.

Baca yang lain