High Line Set Pieces Defensive Line: Kegilaan Terbaru Bola Sepak Moden

Dalam bola sepak moden bertahan secara garisan tinggi adalah salah satu daripada kriteria yang digunakan oleh para pengurus.

Dengan merujuk pada gambar tersebut, anda pasti pernah melihat struktur ini. Ia adalah struktur pasukan Liverpool ketika bertahan sewaktu bola mati.

Sebenarnya saya sedang berusaha untuk membuat sedikit kajian tentang set pieces defending seperti ini.

Apa yang pasti beberapa pengurus seperti Klopp, Pep Guardiola, Pochettino, Valverde dan ramai lagi adalah pengurus yang menggunakan kaedah yang sama ketika bertahan situasi bola mati.

Kenapa mereka berada dalam kedudukan ini apakah mereka tidak takut dengan risiko diatasi oleh pemain lawan dengan space yang sangat besar antara pemain bertahan dengan penjaga gol.

Dalam sistem pertahanan klasik para pemain, biasanya pertahanan akan berada pada suatu jarak di mana mereka boleh melindungi penjaga gol.

Sebenarnya dalam situasi ini bola mati yang dilakukan oleh pemain hampir 90 peratus adalah distribution ataupun bukan sepakan percuma secara terus. Indirect free kick bukan direct freekick.

Jadi penilaian yang betul haruslah dibuat untuk jarak yang lebih ke hadapan.

Agak sukar untuk pemain melakukan direct freekick kepada jarak ini dan jika itu berlaku gol itu boleh digelar sebagai gol kelas dunia.

Dalam situasi ini Liverpool menilai ianya adalah situasi di mana Man City hanya boleh melakukan distribution airborne through pass.

Jadi ia memerlukan kualiti dan keupayaan pemain menerima bola mengawal bola dan menggerakkannya dengan pace.

Namun sistem ini pemain tak boleh lalai kerana wide Player lawan kena dikawal secara shadow marking.

Dalam situasi tersebut Man City tak letakkan flanker pemain dia di kanan so fokus LFC di zon kiri City.

Itu setakat yang saya faham ketika ini. Saya akan cuba buat analisis lebih lengkap pasal benda ni.

Anda boleh la perhatikan jarak dan defensive line Beberapa team lepas ni ketika bertahan set pieces.

Sebenarnya sistem ini dah banyak digunakan pasukan di Eropah selain Liverpool dan City. Malah Arsenal di bawah Unai Emery sebelum ini pun memakainya. Barcelona pun sama.

Baca yang lain