Ian Wright Nak Bagi Trent Bunga Selepas Terbaca Statistik Progressive Passes Tak Masuk Akal Beliau

Korang masih ingat lagi tak hari tu saya ada ulas tentang satu data statistik yang dikeluarkan oleh statistician tentang hantaran progresif per 90 minit? Di mana Trent Alexander Arnold menjarakkan dirinya jauh di hadapan pemain lain?

Ian Wright turut ada membaca tentang statistik yang sama tentang perkara tersebut.

Apa itu progressive fullback?

Ianya merujuk kepada bek sisi yang mampu melarikan bola dari zon bawah sehingga ke zon serangan secara progresif mencetuskan dan memacu serangan. Di mana sepanjang dia berlari ke atas dia akan berinteraksi dengan pemain lain menerusi hantaran dan juga larian tanpa bola.

Mereka akan banyak membuat hantaran progresif, menggerakkan bola ke depan. Permainan mereka sangat versatile dan bervariasi tinggi. Mampu untuk menukar arah bola sejauh ke pelusuk penjuru mana dia nak.

Kalau offensive fullback yang tak cukup progresif, korang bayangkan Wan Bissaka je. Dia lari ke depan kemudian dia sama ada akan buat cross atau terus bagi bola kat pemain berdekatan dengannya tanpa mempelbagaikan posisi dan juga terlibat dalam lebih banyak pertukaran bola.

Untuk fullback yang progresif contohnya seperti Joao Cancelo dan Kyle Walker, selain daripada Trent dan Robbo. Di Chelsea ada Marcos Alonso dan Reece James.  Alonso antara fullback yang memiliki larian progresif yang sangat baik – untuk masuk ke dalam kotak penalti dan menerima bola di sana. Walaupun seringkali menjadi liabiliti ketika bertahan.

Antara progressive fullback yang padu semestinya Daniel Alves, Jordi Alba, Joshua Kimmich, Phillip Lahm, Alphonso Davies, Marcelo dan juga Roberto Carlos. Tu antara contoh.

Baiklah, aktiviti progressive play ini sebenarnya sangat penting dalam sesebuah pasukan yang mahu bermain free flowing football. Itulah sebabnya Arsenal beriya mahu membeli Ben White kerana mereka mahukan seorang pemain yang progresif dari bawah.

Trent Alexander Arnold sudah pastinya antara bek sisi terbaik pada generasinya dari segi sistem permainan yang sesuai dengannya bersama dengan Jurgen Klopp.

Statistik ‘ke angkasa’ Arnold

Sementara itu progressive pass ataupun hantaran progresif merujuk kepada hantaran yang mencetuskan atau memacu serangan ke arah gol lawan. Ianya  bukan mudah untuk dilakukan. Cuma untuk Arnold dia melakukannya seperti ianya sesuatu yang mudah.

Sebagai perbandingan ada 50 pemain dalam EPL sekarang ini memiliki purata 4 hantaran progresif per perlawanan.

21 orang dengan 5 hantaran progresif per perlawanan.

5 orang lagi dengan 6 hantaran progresif per perlawanan.

Seterusnya ada 2 pemain dengan 7 hantaran progresif per perlawanan.

Tidak ada pemain yang melakukan hantaran progresif secara purata 8, 9 atau 10 hantaran progresif per perlawanan. Kerana ianya dianggap sangat mustahil.

Tetapi jejaka yang gila bernama Trent Alexander Arnold pula mencatatkan 11 hantaran progresif per perlawanan.

Dan Liverpool memiliki pemain yang memiliki purata hantaran progresif per 90 minit (1 perlawanan) yang luar biasa iaitu Trent Alexander Arnold dengan 11 hantaran progresif per 90 minit.

Ian Wright telah menjelaskan bahawa oleh kerana kecemerlangan TAA tersebut, maka dia mahu memberikan bunga kepada bintang Liverpool, Trent Alexander-Arnold.

Bek kanan England Alexander-Arnold telah menjadi salah seorang pemain yang menonjol musim ini dalam Liga Perdana Inggeris musim ini dengan cara dia tersendiri. Pemain berusia 23 tahun itu kini berada di puncak carta bantuan gol, dan telah menjadi orang penting bagi Jurgen Klopp ketika dia berusaha untuk mengejar Manchester City dalam perebutan kejuaraan.

Legenda Arsenal telah mendedahkan sejauh mana Alexander-Arnold mendahului jumlah hantaran progresif, iaitu hantaran ke hadapan yang memajukan pasukan dengan ketara lebih dekat ke gawang lawan untuk setiap 90 minit.

“Saya mahu memberi Trent beberapa kuntum bunga kerana saya membaca sesuatu pada hari sebelum ini,” katanya pada Podcast Rumah Wrighty.

“Jadi, 50 pemain Liga Perdana mempunyai empat hantaran progresif setiap 90 minit dari permainan terbuka.”

“21 pemain ada lima, lima pemain ada enam, dua pemain ada tujuh, tiada pemain ada lapan, sembilan atau 10. Trent Alexander Arnold ada 11.”

“Dia sudah berada jauh luar sana, dia sudah tidak kelihatan dah. Dia adalah Elon Musk, dia adalah Jeff Bezos, dia dah pergi ke angkasa lepas, dia pergi ke tempat lain. Dia perlu diberikan bunga.”

Komen Wright itu dibuat selepas Roy Keane memuji Trent Alexander-Arnold selepas mempamerkan satu lagi aksi cemerlang menentang Crystal Palace hujung minggu lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu telah membawa permainannya ke tahap yang lebih tinggi pada musim ini – dan dia juga mencipta sejarah Liga Perdana pada hujung minggu lalu dengan menjadi pemain pertahanan pertama yang pernah mencapai dua angka untuk bantuan dalam tiga musim berbeza.

Bekas kapten Manchester United itu bersetuju bahawa Trent Alexander-Arnold telah membantu peranan bek sayap menjadi salah satu yang paling penting dalam permainan moden. Ianya membuatkan orang mulai merasakan bahawa peranan fullback bukan lagi seorang bek tengah yang gagal atau pemain sayap yang tak bagus seperti mana stereotaip sebelum ini ke atas mereka.

Generasi muda mulai merasakan peranan itu sangat cool. Sama seperti yang pernah dilakukan Roberto Carlos dahulu. Mereka mendefinisikan bek sisi dengan cara mereka.

Keane dan Ian Wright mengakui dia telah terpesona oleh Trent Alexander-Arnold musim ini.

“Benar-benar cemerlang,” kata Keane kepada Sky Sports.

“Dia pemain yang sungguh hebat. Memng hebat. Statistiknya benar-benar cemerlang, pemain yang cemerlang, pemain tempatan memperjudikan dirinya dan dia tidak percaya pada nasib semata mata untuk berjaya. Peluang yang dia cipta, hantaran-bantuan- sukar dipercayai.”

“[Dia] kelihatan seperti seorang atlet yang hebat, seorang pemain yang baik, seorang pemain yang cemerlang dan kita semua teruja untuk melihat pemain penyerang, dan kita juga dengan pemain pertahanan sayap — dan itulah cara permainan berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pemain bek adalah sangat penting.”

“Assist dan posisi yang dia letakkan dirinya di atas padang, dia berani dan sangat berani, dan ya, sesungguhnya dia seorang pemain yang cemerlang.”

Baca yang lain