Ibrahimovic Punya Impian Untuk Melihat Messi Julang Piala Dunia 2022

Zlatan Ibrahimovic menyatakan sokongannya kepada bekas rakan sepasukannya, Lionel Messi untuk memenangi Piala Dunia di Qatar bersama dengan negaranya Argentina,

Sweden gagal ke pusingan akhir Piala Dunia tahun ini selepas kehilangan tempat kepada Poland.

Penyerang veteran itu pernah bermain dengan Messi selama satu musim di Barcelona di bawah bimbingan Pep Guardiola.

Zlatan Ibrahimovic telah menyatakan bahawa Messi kini berada di fasa yang dia harus melakukannya sekarang jika mahu melengkapkan koleksi kejuaraan di dalam kariernya.

Messi sudah memenangi segala galanya di kelab. Di peringkat kebangsaan, Messi akhirnya menamatkan kemarau kejuaraan piala utama bersama Argentina ketika memenangi Copa America sebelum ini.

Kini Messi ada misi lebih besar iaitu Piala Dunia 2022.

Messi pernah mengetuai negaranya mara sehingga ke final Piala Dunia 2014. Itulah momen paling hampir untuk Messi bergelar juara dunia setakat ini.

Kini dia berada dalam prestasi terbaiknya sekali lagi bersama denmgan Argentina.

Perlawanan suku akhir akan bermula pada hari Jumaat 9 Disember dengan Argentina berdepan Belanda selepas juara terbanyak, Brazil menentang finalis 2018 Croatia.

Skuad Argentina diketuai Messi, kekal sebagai salah satu pasukan pilihan untuk memenangi kejuaraan walaupun mengalami kekalahan awal kepada pasukan bukan pilihan, Arab Saudi.

Pasukan bimbingan Lionel Scaloni sejak itu bangkit dengan kemenangan selesa ke atas Mexico, Poland dan Australia.

Zlatan Ibrahimovic kini telah menyatakan harapannya yang tinggi untuk melihat Messi menjulang gelaran pada 18 Disember.

“Saya harap Argentina memenangi Piala Dunia kerana Messi,” kata Zlatan kepada Football Espana.

Ibrahimovic dan Messi berkongsi bilik persalinan Barcelona dari 2009 dan 2010. Namun karier Zlatan Ibrahimovic di Barcelona tidak begitu baik, sehingga dia tidak mampu bertatap mata dengan Guardiola.

Menurut Zlatan Ibrahimovic, Guardiola adalah pengurus yang gila kuasa dan dia tak suka ada pemain yang lebih berpengaruh daripadanya.

Dia kemudian menyertai AC Milan dan beberapa kelab lain termasuk PSG dan Manchester United selepas itu.

Argentina akan berdepan sama ada Croatia atau Brazil di separuh akhir. Salah satu daripada England, Perancis, Maghribi atau Portugal menanti di final jika mereka berjaya mara.

Adakah Lionel Messi akan menjulang piala beprestij itu pada edisi kali ini?

Baca yang lain