Ibu Rabiot Maki Keluarga Pogba & Mbappe Pula, Ikuti Kisah ‘Wanda Nara’ Versi Perancis

Adrien Rabiot mungkin seorang anak yang sangat taat apabila melantik ibunya menjadi pengurusnya. Namun sebenarnya kadangkala bidang pengurusan profesional, Rabiot mungkin seharusnya melantik ejen yang lebih baik.

Ya, ada pemain yang melantik keluarga sendiri menjadi ejen. Misalnya Neymar yang melantik ayahnya. Namun dalam kes Rabiot, sudah beberapa kali ibunya memasukkan isu peribadi ke dalam isu profesional.

Kak V buat hal lagi

RMC Sport telah memberikan perincian baru mengenai pertengkaran antara keluarga pemain pada malam kekalahan mengejut Perancis di tangan Switzerland pada EURO 2020.

Pertikaman lidah itu berlaku melibatkan Veronique Rabiot dengan keluarga Pogba. Kedua-dua keluarga saling bertikam lidah setelah gol ketiga untuk Switzerland yang menyamakan kedudukan – Veronique bertanya bagaimana Pogba boleh kehilangan bola seperti itu.

Di atas padang Rabiot dilihat pergi ke arah Pogba mempersoalkan tindakan pemain itu. Melihat situasi itulah Veronique telah melebih lebih dan mula meroyan.

Pada wisel sepenuh masa, Veronique Rabiot meminta ayah Kylian Mbappé untuk memberitahu anaknya supaya Mbappe jangan terlalu sombong membuatkan satu lagi pertengkaran berlaku.

Dia juga menyindir wartawan di Perancis yang menurutnya suka ‘menghisap’ Mbappe.

RMC melaporkan bahawa ibu Rabiot memaki hamun ibu bapa dan keluarga pemain lain selama 20 minit selepas perlawanan tamat.

Selama kira-kira 20 minit, ibu Adrien Rabiot bertengkar dengan beberapa keluarga pemain yang hadir di Bucharest pada petang Isnin. Keluarga lain menyaksikan tempat kejadian. Mereka terkejut dengan sikap Véronique Rabiot yang meletus selepas wisel penamat.

Veronique dikatakan semakin bengang apabila ada mereka di situ turut mengutuk Rabiot yang juga gagal beraksi baik dalam beberapa perlawanan.

Sehinggakan petugas keselamatan terpaksa campur tangan meleraikan mereka.

 

Ibu Rabiot adalah Wanda Nara versi Perancis.

Di Perancis, Ibu Rabiot, Veronique Rabiot digelar Wanda Nara yang satu lagi. Ini kerana sikapnya yang melebih lebih dan cakap lepas.

Wanda Nara dikenali dengan sikap kuku besinya dalam mengawal kliennya yang merupakan suami dia sendiri iaitu Mauro Icardi. Sehinggakan beberapa rundingan dengan kelab gagal kerana sikap jeliknya.

Beberapa tahun lalu, ibunya telah membuatkan Rabiot dan PSG tidak sehaluan. Ini selepas ibunya mengkritik Thomas Tuchel yang menyisihkan anaknya daripada kesebelasan utama kerana dihukum atas masalah disiplin.

Sebenarnya bukan Rabiot seorang je yang kena hukum masa itu, Neymar dan Mbappe pun pernag datang lambat ke pusat latihan dan kemudian dihukum.

Tetapi hanya Rabiot seorang yang membuatkan keadaan menjadi panas. Ibunya dilaporkan telah menasihatkan Rabiot untuk tidak melanjutkan kontrak dengan PSG kerana kecewa anaknya dihukum.

Tuchel kemudian mengumumkan Rabiot tidak akan beraksi lagi untuk PSG pada baki musim tersebut kerana dia tidak melanjutkan kontrak. Di mana Tuchel hanya mahu bekerja dengan pemain yang masih ada hati bermain dengan kelab.

Ramai pemain lain yang tidak melanjutkan kontrak, namun tetap beraksi pada baki kontrak mereka. Tetapi situasi Rabiot rumit kerana ibunya.

Selepas kontrak itu gagal disepakati, ibu Rabiot bercakap kepada wartawan: “Anak saya sekarang bermain dengan kelab yang ibarat penjara, dan anak saya adalah tawanan mereka. Lama kelamaan mereka hanya bagi dia minum dan makan roti je nanti. Baik dia berambus.”

Ultras PSG melancarkan kempen mengusir Rabiot yang mengada ngada.

Kemudian Rabiot meminta ibunya mengatur perpindahan ke Barcelona. Rundingan sudah tiba ke fasa akhir, tetapi mengejutkan apabila ibunya tiba tiba memasukkan klausa jaminan bahawa anaknya akan bermain dalam kesebelasan utama setiap kali dia cergas sepenuhnya.

Seterusnya dia mahu Rabiot diberikan peranan sebagai pemain tengah ofensif dan bukannya bermain di posisi lebih defensif.

Klausa itu membuatkan rundingan itu gagal dan akhirnya Juventus menyambar Rabiot. Tetapi Veronique Rabiot tidak memasukkan klausa yang tidak masuk akal itu kerana Rabiot dilaporkan kecewa dengan tindakan ibunya itu membuatkan perpindahan ke Barca gagal.

Rabiot kemudian dikatakan telah memecat ibunya sebagai ejen kerana kecewa. Namun sementara dia mendapat ejen baharu, ibunya masih menjadi ejen sementaranya.

Dan sehingga kini, Rabiot masih tak jumpa ejen baru dicarinya. Dan ya, bermakna ibunya masih lagi ejen separuh masa.

Beberapa tahun sebelum itu, Rabiot pernah meminta untuk berpindah ke AS Roma. PSG sudah membenarkan pemain itu bercakap dengan pengurus Roma ketika itu iaitu Rudi Garcia.

Sikap yang menyebalkan

Namun ketika Roma sedang cuba berunding dengan pihaknya, Veronique Rabiot tidak dapat dihubungi. Kerana dia menolak untuk menerima panggilan ketika sedang dalam percutian. Gila kan?

Roma yang kesuntukan masa untuk mencari pemain bagi diserap terus ke pasukan pra musim, memutuskan untuk mencari pemain lain. Sikap ibu Rabiot membuatkan BOD As Roma menyampah. Dia seringkali bertindak meninggi diri seolah olah anaknya Cristiano Ronaldo ataupun Messi.

Akhirnya Rabiot kekal semula dengan PSG pada masa itu. Dan ketika di PSG, ibu Rabiot telah meminta gaji tidak masuk akal daripada PSG selepas melihat gaji Neymar,Cavani dan Mbappe.

Bukan itu sahaja Veronique Rabiot mahukan anaknya diberikan peranan lebih ofensif di atas padang dan bukan lagi sebagai pemain defensive midfielder.

Itu yang membawa kepada titik titik kegagalan kontrak baharu, selain daripada konflik ketika ibu Rabiot mengamuk anaknya tidak diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama atas masalah disiplin.

Pengurus pada ketika itu tidak dapat memberikan jaminan namun PSG menyatakan bahawa Rabiot masih dalam perancangan mereka. Ibu Rabiot terus berunding beberapa kelab lain termasuk Spurs.

Tetapi Spurs turut tak dapat memenuhi gaji anaknya. Gila kot orang tua ni. Dia tak kenal ke Levy tu lagi taik idung masin. Itulah yang membuatkan Rabiot terus kekal di PSG pada ketika itu.

Pada Piala Dunia 2018, beliau dengan terbuka enggan menerima arahan oleh Deschamps agar mengemaskini maklumat latihan peribadi – sebagai pemain dalam senarai menunggu.

Rabiot dengan beraninya mempertikaikan kenapa beliau diletakkan di senarai menunggu? dan beliau enggan melakukan apa yang diminta Deschamps. Rabiot meminta agar namanya dikeluarkan.

Presiden FFF, Le Graet mengesahkan bahawa Veronique sekali lagi menjadi duri dalam daging di atas tindakan Rabiot itu.  Di mana ibunya meminta Rabiot jangan melayan permintaan Deschamps yang mahu pemain dalam senarai menunggu melapor diri.

Sedangkan pemain pemain lain seperti Matial turut akur dengan arahan itu dan memberikan kerjasama mereka.

Menariknya pada tahun tersebut Perancis memenangi Piala Dunia tanpa Rabiot. Mujur Deschamps tak terus pulaukan Rabiot dan memanggil pemain itu untuk tugasan Euro kali ini.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai