Ildifons Lima: Pemegang Rekod Pemain Paling Lama Bersama Skuad Negara Yang Masif Aktif

Pemain paling lama bermain untuk skuad kebangsaan -23 tahun

Kini Lima sudah berusia 40 tahun dan masih terus bermain bersama skuad Andorra

Ildefons Lima membuat penampilan sulung bersama Andorra pada tahun 1997, ketika berusia 17 tahun. Sejak itu dia merekod 128 perlawanan antarabangsa dalam tempoh 23 tahun.

Lima kini berusia 40 tahun dan masih kuat, malahan dia merupakan antara pemain paling lama bermain bersama skuad negara.

Bermain untuk salah satu pasukan kecil dunia menjadi kelebihan kepadanya kerana sentiasa terpilih sepanjang tempoh 23 tahun tersebut.

Andorra berada di kedudukan ke 135 dunia dibelakang negara seperti Turkmenistan dan Guatemala.

Malahan ramai pemain lawan yang bertemu dengannya masih belum dilahirkan ketika Lima membuat debut antarabangsa.

“Saya sudah bermain selama 23 tahun dan masih merasakan perkara sama seperti yang dilakukan pada perlawanan pertama.”

“Pemain lain memberitahu saya, akan tiba saat dimana anda tidak akan merasakan apa-apa.”

“Tetapi sehingga saat ini, saya masih merasakan segala-galanya.”

“Saya menjaga diri saya. Saya berlatih, saya tidur dan makan dengan baik.”

“Nasib baik saya tidak meengalami kecederaan besar. Saya fikir ini adalah faktor besar yang membantu anda.”

“Segalanya boleh menjadi sukar tetapi jika anda menjaga diri anda, maka anda boleh melakukanya.”

“Saya gembira untuk bermain dengan pasukan kebangsaan. Ia merupakan motivasi kepada diri saya.”

“Ronaldo Brazil merupakan pemain yang terbaik pernah saya hadapi.”

Andorra diterima menjadi ahli UEFA pada tahun 1996 dan setahun kemudian Lima membuat debut untuk negara itu.

Lima menjaringkan gol tunggal ketika tewas 1-4 oleh Estonia. Pada ketika itu Lima berusia 17 tahun dan terus menjadi pemain utama negara.

Lima juga merupakan kapten pasukan sejak sedekad yang lalu.

Seorang pemain pertahanan tengah yang tinggi dan kuat, bermain banyak perlawanan antarabangsa walaupun lebih 100 perlawanan berakhir dengan kekalahan.

Dia hanya meraih 5 kemenangan bersama Andorra, negara yang hanya mempunyai jumlah penduduk 77,000 orang.

Lima telah memberitahu kemenangan 1-0 ke atas Hungary merupakan kempen kelayakan Piala Dunia terbaik dalam kariernya.

Perlawanan itu mungkin antara keputusan terbaik dalam sejarah Andorra, namun Lima menikmati banyak pengalaman yang tidak akan dilupakan.

“Antara satu perkara paling penting berlaku ialah pada tahun 1998. Kami bermain satu perlawanan persahabatan menentang Brazil, seminggu sebelum Piala Dunia di Perancis.”

“Kami bermain menentang Ronaldo, Rivaldo, Roberto Carlos dan Dunga.”

“Saya selalu mengatakan akan terdapat momen sebelum dan selepas. Saya berusia 18 tahun dan saya bermain menentang Estonia dan Latvia, sebuah negara kecil.”

“Jika saya dapat menentang Brazil, saya boleh bermain melawan sesiapa sahaja.”

“Sekarang adalah perkara biasa bagi kami menentang negara-negara besar, tetapi itulah momen istimewa bagi kami kerana ia adalah permulaan perlawanan besar untuk Andorra.”

Selepas bertahun-tahun, berhadapan dengan ramai bintang besar bola sepak dunia, Lima tetap menganggap Ronaldo Brazil adalah yang terbaik dia pernah hadapi.

“Saya pernah bermain bersama Ronaldo di Playstation dan beberapa minggu kemudiannya dia berada di sebelah saya di padang.”

“Ia sangat mengagumkan.”

“Dia kuat. Dia pantas. Dia memiliki segalanya sebagai penyerang.”

“Anda tidak boleh menghentikan pemain seperti ini. Dia mempunyai sesuatu yang istimewa.”

Lima menamakan Ronaldo sebagai pemain terbaik yang pernah dihadapinya

Ketika menentang bintang dunia sepanjang kariernya, Lima sentiasa cuba menyimpan kenangan.

Sebagai pemain bola sepak yang obsesif, dia memiliki lebih 900 koleksi baju yang dipakai ketika perlawanan termasuk yang ditukar dengan Andriy Shevchenko, John Terry, Youri Djorkaeff dan Cristiano Ronaldo.

“Ini sesuatu yang anda lakukan untuk mengingati sejarah anda. Sungguh mengagumkan kerana saya mempunyai semua sejarah pasukan kebangsaan kami.”

“Jika anda memakai baju dari 24 tahun yang lalu dan anda mengambil baju dari masa sekarang, anda dapat merasakan perbezaan dalam bola sepak.”

“Bagaimana bola sepak telah berkembang. Saya menyukainya kerana ini adalah cara untuk kembali mengingati sejarah.”

Dari kit yang dipakai oleh pemain sehingga cara mereka mempersiapkan diri untuk perlawanan, Lima menyaksikan evolusi ini secara langsung.

Segalanya menjadi lebih terperinci dan fokus, bahkan untuk negara seperti Andorra yang tidak mempunyai infrastruktur sukan atau sumber daya elit eropah.

“Ketika kami mula bermain menentang pasukan kebangsaan lain, kadang-kadang anda tidak tahu apa-apa tentang mereka.

“Anda tidak mempunyai video. Anda tidak mempunyai maklumat.”

“Sekarang, ketika anda bermain menentang pasukan kebangsaan yang lain, anda tahu segalanya.”

“Anda tahu pemain. Anda ketahui taktiknya. Segala-galanya. Ini adalah satu perbezaan terbesar sejak saya bermula.”

“Kami menjadi lebih professional. Kami berkerja lebih fizikal dan kami menjaga permakanan.”

“Walaupun kami sebuah negara kecil, tetapi perkara sebegini sesuatu yang kami mahu lakukan dengan lebih baik lagi.”

“Itulah sebabnya kadang-kadang perbezaan kami dengan negara besar di atas padang tidak terlalu jauh.”

Antoni Lima merupakan individu yang menjadi perangsang untuk Ildefons terlibat dengan bola sepak

Lima juga mempunyai abang yang mewakili negara bernama Antoni. Toni berusia 9 tahun lebih tahun berbandingnya.

Abangnya menjadi individu yang sentiasa memberi semangat untuk terlibat dengan bola sepak.

Mereka menikmati beberapa kenangan yang tidak dilupakan di pentas antarabangsa, seing bergandingan di bahagian pertahanan sebelum Toni bersara pada tahun 2009.

Perlawanan terakhir mereka bersama ketika kalah 0-6 kepada skuad Fabio Capello di Wembley.

“Ketika Toni mula bermain dengan skuad Andorra, saya dibawa mengembara bersamanya.”

“Saya seperti penyokong kecil. Apabila anda melihat abang anda bermain bola sepak dari rumah, anda cuba melakukan perkara yang sama.”

“Kami bermain kira-kira 50-60 perlawanan bersama. Anda boleh membayangkan bermain di stadium yang besar, menentang bintang dunia bersama abang anda, ia merupakan pengalaman yang luar biasa.”

Di peringkat kelab mereka juga sempat bermain bersama ketika di Ionikos sebuah kelab Greece.

Tidak seperti majoriti pemain Andorra, Lima menghabiskan banyak masa sebgai pemain profesional. Lima bermain bersama kelab di Sepanyol, Itali, Mexico dan Switzerland.

Dia kembali ke Andorra pada tahun 2012 dan sekarang bermain untuk Inter Club d’Escaldes, sebuah kelab teratas di sana.

Lima berharap dia mampu bertahan dengan kariernya walaupun sudah berusia 40 tahun, bermain beberapa perlawanan antarabangsa untuk melebarkan rekodnya sebelum terjun ke bidang kejurulatihan.

“Saya mengambil lesen UEFA B dan saya rasa dengan pengalaman saya, saya dapat membantu pemain muda.”

“Pemain Andorra kadang-kadang tidak memahami sesuatu perkara dan saya boleh berusaha melakukan perkara tersebut dengan lebih baik.”

“Kami mempunya banyak perkara yang perlu dilakukan di Andorra dan saya mahu negara ini berkembang dalam bola sepak.”

“Saya dapat membantu Andorra untuk melakukannya.”

Baca yang lain