Ilicic Kembali Beraksi Dan Skor Gol Selepas Keluar Dari Depresi Kerana Dicurangi Isteri Dan Dijangkiti Covid

Masih ingat dengan Josip Ilicic?

Pemain yang tiba tiba menjadi sensasi kerana prestasi luar biasanya bersama Atalanta beberapa tahun lalu. Dia menjadi pemain pertama menjaringkan 4 gol di tempat lawan dalam fasa kalah mati UCL.

Namun ketika dia sedang meniti hari hari terbaik dan detik paling penting dalam kariernya, dia dikejutkan dengan kecurangan isterinya dengan lelaki lain membuatkan dia menjadi depresi.

Dia malah hampir bersara kerana tekanan mental yang sangat kuat, ditambah dengan masalah kesihatan yang melandanya.

Imbas kembali kisah Ilicic:

Kisah Sedih Ilicic, Sedang Trauma Kerana Mendapat Tahu Isterinnya Bersama Dengan Lelaki Lain

Berbalik ke tahun 2020, Josip Ilicic merupakan penyerang yang telah menjadi pemain bintang di Atalanta – sebuah kelab kecil di Itali yang menjadi sensasi dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Namun di sebalik kekalahan dramatik pasukannya di tangan PSG dalam aksi UCL pada ketika itu, beliau tidak berada di padang.

Ini kerana Ilicic sedang berhadapan dengan depresi serta trauma. Penyerang kelahiran Slovenia itu malah mempertimbangkan untuk bersara daripada bola sepak.

Ini gara gara beliau mendapat tahu isterinya curang dan menangkapnya ketika sedang tidur dengan lelaki lain.

Segalanya bermula apabila penyerang berusia 32 tahun itu meminta kelepasan khas daripada kelab untuk balik ke Slovenia.

Beliau mahu memberikan kejutan untuk isterinya Tina Polovina, Namun tiba di sana, Ilicic dikejutkan dengan perkara yang memberikannya kesan sangat dalam.

Ilicic bercinta dengan isterinya selepas kali pertama berjumpa pada 2009, Dan tidak lama selepas itu mereka mendirikan rumah tangga.

Kehidupan mereka menjadi lebih lengkap dengan kehadiran dua cahaya mata mereka iaitu Sofia dan Victoria.

Ilicic akan meraikan golnya dengan keraian little heart sebagai tanda terima kasih kepada isterinya Tina yang telah melengkapi hidupnya.

Aksi berdepan PSG adalah antara aksi paling penting dalam kariernya dan kelab kerdil Atalanta yang terus mencipta sejarah mereka pada ketika itu.

Malangnya, Ilicic terpaksa melupakan aksi tersebut kerana dia terlalu sukar untuk menerima hakikat apa yang berlaku dalam keluarganya.

Sebelum aksi berdepan PSG, pengurus pasukan Gasperini menyatakan kesemua pemain lain sudah bersedia namun menegaskan bahawa Ilicic ketika ini sedang berdepan kesulitan untuk kembali ke dalam pasukan.

Ilicic menjadi nadi penting Atalanta di dalam pembentukan pasukan yang mara ke UCL sekali lagi di dalam sejarah mereka.

Ilicic ketika itu menjaringkan 15 gol pada musim ini untuk Atalanta. Namun terpaksa menamatkan kempennya lebih awal daripada sepatutnya.

Ilicic kemudian dalam keadaan depresi dan memerlukan bantuan untuknya menghadapi apa yang dia sedang rasa.

Rumah tangga yang disayanginya kini hampir musnah dalam sekelip mata. Ilicic tidak dapat merasai perlawanan terbesar dalam hidupnya iaitu aksi separuh akhir UCL menentang PSG, pada ketika dia berada dalam prestasi terbaiknya.

Ketika ini seluruh pasukan Atalanta terutama sekali rakan sepasukannya sedang memberikan sokongan kepada Ilicic.

Malah para penyokong Atalanta pun turut melakukan perkara yang sama.

Keadaan menjadi lebih menekannya apabila dia dijangkiti Covid-19. Bekas rakan sepasukannya, Papu Gomez menyatakan, detik dia didiagnosis dengan covid-19, Ilicic benar benar tertekan dan depresi dengan apa yang menimpa dirinya. Ketika itulah dia bercadang mahu bersara daripada bola sepak.

Namun rakan rakannya terus memberikan sokongan kepadanya. Begiut juga kelab.

Pada September, kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan kontrak Ilicic dengan persetujuan bersama selepas beraksi dalam dua perlawanan pada 2022. Dia kembali ke kampung halamannya untuk menenangkan fikiran dan mendapatkan rawatan mental.

Namun Ilicic dilaporkan masih kekal bersama dengan isterinya kerana terlalu sayang dan mengenang nasib anak anak mereka jika mereka bercerai.

Kembali semula ke dalam padang

Dan semalam, Ilicic akhirnya kembali semula ke padang.

Dia berjaya menjaringkan gol pada penampilan pertamanya untuk pasukan Slovenia Maribor pada hujung minggu dalam perlawanan pertamanya sejak Mei.

Ilicic masuk sebagai pemain gantian menentang Mura pada hari Ahad. Penyerang itu secara teknikalnya lebih hebat daripada semua lawannya, sambil menunjukkan beberapa kemahiran lain.

Pada lewat perlawanan, dia berjaya memenangi penalti selepas dijatuhkan,

Mengetahui saatnya telah tiba, Ilicic menarik nafas panjang sebelum melangkah untuk menyepak bola.

Dia melepaskan percubaannya melepasi Kai Cipot dan gol.

Rakan sepasukan pantas mengelilingi Ilicic dan memeluknya dengan erat. Perkara yang anda suka lihat.

Peminat di alam maya telah memberi reaksi terhadap kompilasi aksi Ilicic dan mereka gembira melihat Ilicic kembali beraksi.

Mereka juga mengucapkan syabas kepada Ilicic yang berjaya bertarung dengan masalah depresi.

Walaupun fizikalnya sudah tidak berada dalam tahap unggul, namun dia masih mampu menguasai bola dengan baik.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai