Ini 5 Penjaga Gol United Pasca Schmeichel Sehingga Akhirnya Tiba Van Der Sar

Penjaga gol adalah posisi yang paling kurang digemari dalam permainan bola sepak. Namun posisi ini mampu mengubah sesuatu keputusan perlawanan. Dan jika anda penjaga gol United yang melakukan mistake, tunggu jela respon dari Roy Keane.

Lihat sahaja keputusan Liverpool membida Allison Becker dengan tanda harga €67 juta pada musim 2018/2019 bagi menguatkan barisan belakang Liverpool.

Ini berlaku setelah Jurgen Klopp tidak berpuas hati dengan prestasi Loris Karius, lebih-lebih lagi ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Pelaburan besar Liverpool tampak berhasil apabila berjaya memenangi UCL pada musim tersebut dengan Allison menjadi tunjang di posisi antara tiang.

The Great Dane

Perlawanan akhir UCL di antara Manchester United dan Bayern Munchen pada akhir musim 1998/1999 merupakan perlawanan terakhir bagi Peter Schmeichel.

The Great Dane meraikan kejayaan menjulang UCL.

Berkhidmat selama 8 musim di Old Trafford, beliau telah berjaya meraih 5 gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), 3 Piala FA dan 1 UCL. Pengakhiran terbaik baginya apabila melengkap kejuaraan treble pada musim itu.

Selepas pemergian Schmeichel, United mengalami kesukaran untuk menggantikannya. Sir Alex Ferguson mengakui berjaya mendapatkan penjaga gol berkaliber hanya setelah mendapatkan Edwin van der Sar. Itu pun selepas 7 tahun pemergian Schmeichel.

Mari bersama penulis kita lihat senarai penjaga gol United di antara Schmeichel dan van der Sar.

1. Mark Bosnich- 1999/2000

Panjang muncung boleh sangkut hanger.

Bosnich pernah menyertai United pada tahun 1989 ketika berumur 17 tahun. Namun kontraknya terpaksa dibatalkan kerana masalah permit kerja. Aston Villa menyambarnya ketika beraksi di Sydney United pada tahun 1992.

United berjaya mendapatkan khidmat Bosnich secara percuma selepas kontraknya bersama Villa tamat pada hujung musim 1998/1999. Antara penjaga gol terbaik di EPL ketika, Ferguson membayangkan Bosnich mampu menggantikan posisi Schmeichel.

Bosnich menggayakan jersi Aston Villa

Walaupun bermain sebanyak 23 perlawanan dan membantu United mengekalkan kejuaraan EPL, konsistensi menjadi penghalang baginya untuk mengekalkan peranan di posisi penjaga gol utama. Sering bertukar tempat dengan penjaga gol simpanan, Raymond van der Gouw.

2. Massimo Taibi- 1999/2000

Taibi akan diingati selamanya oleh peminat United.

Dibida pada tanda harga €4.5 juta dari Venezia, United mendapatkan Taibi bagi menangani masalah kecederaan bagi 2 penjaga gol utama.

Detik paling diingati tentulah ketika beliau gagal menangkap kemas percubaan Matt Le Tissier. Bola melalui celah kangkang lalu menerjah jaring.

Sempat juga melepaskan 5 gol ketika menentang Chelsea di Stamford Bridge.

3. Fabien Barthez- 2000-2003

Gelak sakan ye sedara.

Reputasinya sebagai pemenang gelaran berganda Piala Dunia dan Piala Eropah bersama skuad kebangsaan Perancis, penjaga gol yang hanya mempunyai ketinggian 5 kaki 11 inci itu telah menarik perhatian Sir Alex Ferguson bagi menamatkan krisis penjaga gol United.

Bermula baik apabila berjaya membantu United memenangi gelaran juara EPL buat kali ketiga berturut-turut.

Gaya permainannya yang luar dugaan, serangan psikologi terhadap pemain lawan dan aksi menyelamat yang pantas menjadikan beliau pemain kegemaran di Old Trafford.

Siri kesilapan yang dilakukannya membuatkan Ferguson hilang sabar lalu sering meletakkan beliau di bangku simpanan, digantikan dengan Roy Carroll.

4. Roy Carroll- 2001-2005

Carroll cuba fokus.

Penjaga gol kelahiran Ireland Utara ini mempunyai ketangkasan aksi menyelamat yang agak baik ketika beraksi di United.

Namun beliau lebih diingati dengan peristiwa gol yang tak diiktiraf ketika menentang Tottenham Hotspurs.

Itu sudah cukup memberikan alasan kepada Sir Alex Ferguson untuk mencari penjaga gol baharu pada musim seterusnya.

5. Tim Howard- 2003-2006

Howard menyusun pertahanan.

Pemenang gelaran Penjaga Gol Terbaik Major Soccer League 2001, Tim Howard menjadi buruan seterusnya. Dibida untuk menggantikan Fabian Barthez dan Roy Carroll yang tidak konsisten.

Debut yang baik ketika perlawanan Perisai Komuniti menentang Arsenal, Howard berjaya menyelamatkan 2 sepakan penalti.

Howard juga mengalami masalah yang sama; prestasi yoyo. Kegagalan menepis dengan kemas sepakan percuma Benni McCarthy membolehkan Costinha menjaringkan gol kemenangan FC Porto di pusingan kedua UCL pada musim 2003/2004.

The Jolly Green Giant

Permata yang hilang.

Edwin van der Sar menyertai Manchester United dari Fulham pada usia 35 tahun. Mungkin dianggap terlalu tua bagi kelab sebesar United namun pengalaman, konsistensi dan  kepimpinan van der Sar tidak boleh dipertikaikan.

Pakej lengkap yang didambakan oleh Sir Alex Ferguson bagi penjaga gawangnya selama ini telah hadir.

Rekod 14 perlawanan dan 1310 minit tanpa bolos pada musim 2008/2009 telah memadam rekod yang sebelum dipegang oleh Petr Cech.

van der Sar turut memenangi Golden Glove apabila berjaya melakukan 21 clean sheet sekaligus membantu Manchester United memenangi gelaran EPL pada musim yang sama.

Dalam tempoh 6 musim dia Old Trafford, Edwin van der Sar membantu United memenangi 4 kejuaraan EPL, 1 gelaran UCL dan 2 Piala Liga.

Sayu hati penulis up gambar ni.

Jadi sekarang, siapa pilihan anda? Schmeichel atau van der Sar?

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai