Arsenal meneruskan rentak cemerlang mereka musim ini. Dan kali ini mangsa mereka adalah Bodo/Glimt dari Norway.
Sebelum perlawanan, Martin Odegaard menyatakan dia kenal kelab Bodo.
💬 "I know a lot about Bodo – they are a small club from the north of Norway who have done really well over the last few years"
🗣 Odegaard on what to expect from his countrymen 👇
— Arsenal (@Arsenal) October 6, 2022
Pasukan Mikel Arteta itu semakin menunjukkan kredibiliti mereka selaku pencabar kejuaraan liga dan piala pada musim ini.
Pemain baru dibeli musim panas lalu, Fabio Vieira beberapa kali memberikan ancaman ke atas gawang lawan.
Emirates akhirnya bergema apabila Eddie Nketiah menjaringkan gol pembukaan yang selayaknya mereka dapat.
Bodo kelihatan bersedia untuk memberikan tentangan lebih berani dengan menolak lebih ramai pemain ke hadapan.
Namun skuad bimbingan Mikel Arteta bertahan dengan kental. Dan mengurangkan impak serangan lawan. Arsenal banyak memintas dan mematikan serangan mereka sebelum sampai ke zon pertahanan akhir mereka.
Selang empat minit kemudian Rob Holding pula mencetak gol kedua buat Arsenal untuk menjadikan kedudukan 2-0.
Pada separuh masa kedua, Bodo/Glimt cuba mengasak Arsenal. Bagaimanapun skuad kendalian Mikel Arteta bertindak balas dengan baik dan sebaliknya mengesahkan kemenangan mereka menerusi jaringan pembunu perlawanan, Fabio Vieira pada minit ke-84.
Secara adilnya, pasukan Bodo bermain dengan baik sekali. Mengimbangi perlawanan dengan penguasaan bola yang baik di hadapan sorakan peminat di Emirates.
Namun beza yang ketara adalah kreativiti dan kualiti pertahanan secara berpasukan Arsenal yang lebih baik.
Tamat perlawanan Arsenal 3 Bodo 0.
Dengan keputusan ini, Arsenal naik ke tangga teratas Kumpulan A dengan enam mata daripada dua perlawanan, dua mata di hadapan Bodo/Glimt dan PSV. Manakala FC Zurich pula berada dalam keadaan tertekan tanpa mata ketika ini.
Arsenal setakat ini sudah melalui 10 perlawanan dengan 9 kemenangan dan satu sahaja kekalahan dalam semua pertandingan.
Arsenal in all competitions this season:
▫️ 9 wins
▫️ 0 draws
▫️ 1 defeat
▫️ +16 GDStarting to feel like the good ol' days 🥳 pic.twitter.com/tL1w9l3d8a
— B/R Football (@brfootball) October 6, 2022
Saksikan rangkuman perlawanan di sini.
Barisan pemain:
Arsenal: Matt Turner; Takehiro Tomiyasu, Rob Holding, Gabriel Magalhaes, Kieran Tierney (Ben White 70′); Fabio Vieira, Albert Sambi Lokonga, Granit Xhaka (Martin Odegaard 59′); Marquinhos (Bukayo Saka 59′), Eddie Nketiah, Gabriel Martinelli (Gabriel Jesus 58′)
Bodo/Glimt: Nikita Haikin; Brice Wembangomo, Marius Lode (Christopher Hoibraten 88′), Brede Moe, Alfons Sampsted (Morten Konradsen 89′); Hugo Vetlesen (Albert Gronbaek 73′), Patrick Berg, Ulrik Saltnes; Joel Mvuka (Ola Solbakken 73′), Runar Espejord (Lars-Jorgen Salvesen 89′), Amahl Pellegrino