Ini Kisah Bos Lazio Meroyan Dapat Tahu Silva Scam Mereka Selepas Tengok Video Ini Di Twitter

Pengarah Urusan Lazio iaitu Igli Tare benar benar marah dengan tindakan David Silva yang pergi ke Real Sociedad walaupun sudah berjanji akan menyertai mereka selepas kontrak dengan Man City tamat.

Igli berkata: “Saya menghormati David Silva sebagai seorang pemain, namun sebagai seorang manusia, tidak!”

Lazio dilaporkan sangat marah dengan tingkah laku David Silva, kerana Silva didakwa bahkan tidak memberitahu mereka bahawa dia menandatangani kontrak dengan Real Sociedad.

Lazio sudah mencapai kesepakatan dengan David Silva pada minggu lalu. Dan slot untuk ujian medikal sudah ditempah.

Football Italia melaporkan bahawa Silva akan berlepas ke Rom sebaik sahaja urusan pelepasan beliau di City selesai.

Silva dan Lazio setuju dengan kontrak selama 3 tahun dengan gaji €4 juta semusim ditambah dengan beberapa bonus serta faedah peribadi tambahan seperti pemandu peribadi dan penggunaan jet peribadi.

Lazio sudah sedia menerima kedatangan Silva. Namun pada hari terakhir beliau di City, Pengarah Biancocelesti telah menghubungi Silva. Namun tidak berjawab.

Silva swing ke Sociedad

Silva hanya mendiamkan diri. Dan paling mengejutkan Igli Tare dimaklumkan bahawa Real Sociedad memuat naik video pengumuman David Silva ke kelab mereka.

Video ringkas dengan hanya menggunakan anak patung yang disarung jersi lengkap Real Sociedad untuk musim baharu.

Inilah videonya:

Igli Tare sangat kecewa. Pihak Lazio memaklumkan kepada Sky Sport Italia, bahawa David Silva bahkan tidak memberitahu Lazio bahawa dia telah menandatangani kontrak dengan Real Sociedad.

Lazio menganggap tindakan David Silva itu biadap dan kurang rasa hormat kepada mereka.

Lazio ingatkan dia tidak mengangkat telefon kerapa meluangkan masa untuk memberi selamat tinggal kepada Manchester City setelah 10 tahun di England.

Sebaliknya, pemain berusia 34 tahun itu telah menandatangani kontrak yang lebih pendek dan kurang menguntungkan dengan Real Sociedad, mengalahkan tawaran dari pasukan Lazio yang berada di Liga Juara-Juara.

Silva hanya mahu pulang ke Sepanyol setelah sekian lama berjauhan dengan keluarganya. Lazio menganggap mereka sudah disailang atau dihijack.

Terdapat beberapa khabar angin mengenai kelab-kelab lain yang menunjukkan minat, tetapi perkembangan Real Sociedad adalah kejutan yang nyata bagi pakar pemerhati bola sepak.

Silva turut mendapat tawaran lebih lumayan dari Amerika Syarikat. Namun beliau tetap menolaknya.

Ini bukan pertama kali Silva bermain untuk kelab Basque. Pada 2004/05, beliau pernah bermain untuk Eibar.

David Silva dan isterinya sebelum ini pernah berdepan dengan ujian besar di dalam hidup mereka. Ini apabila anak mereka memerlukan rawatan rapi.

Kondisi anaknya itu membuatkan Silva diberikan kelepasan khas oleh City untuk menemani anak dan isterinya.

Namun mujur selepas itu anak beliau menjadi sihat dan David Silva boleh kembali fokus sepenuhnya kepada aksi di atas padang.

City bina tugu di luar Etihad

Man City sudah diarahkan oleh Sheikh Mansour untuk membuat patung tugu peringatan David Silva yang kemudiannya akan ditempatkan di hadapan Etihad Stadium.

Langkah ini adalah untuk menghormati jasa sedekad pemain itu dalam membantu menaikkan Man City seperti yang mereka ada pada hari ini.

David Silva antara bakat dalam generasi penting yang membangunkan Man City terutama sekali pada era mereka di bawah pemilikan Sheikh Mansour.

“David adalah pemain yang membawa kepada transformasi, pemimpin yang telah memberi inspirasi kepada semua orang di sekitarnya,” kata Khalddon Al Mubarak kepada BBC.

“Tugu David Silva akan menjadi tanda peringatan saat-saat indah yang dia berikan kepada kita, bukan hanya sebagai pemain bola sepak yang luar biasa, tetapi juga duta besar yang memberi inspirasi yang mewakili kelab bola sepak ini dengan rasa bangga sepanjang masa,” katanya di laman web rasmi City.

Patung itu akan dilancarkan pada tahun 2021, bersama dengan penghormatan lain kepada bekas kapten City, Vincent Kompany.

Bekas kapten City itu meninggalkan kelab tahun lalu dan baru-baru ini mengumumkan bahawa dia menggantung kasut sebagai pemain dan akan menjadi pengurus sahaja selepas semusim menjadi pemain – jurulatih dalam masa yang sama.

Tempoh sepuluh tahun Silva berakhir sedikit pahit, ketika City dikalahkan oleh Olympique Lyon di suku akhir Liga Juara-Juara pada hari Sabtu lalu.

Namun secara keseluruhannya tetap lebih banyak detik manis berbanding dengan yang pahit.

Sejak menandatangani kontrak dari Valencia pada tahun 2010, pemain tengah berusia 34 tahun itu telah membuat 436 penampilan dan membantu City memenangi 14 trofi.

Secara keseluruhan, Silva membuat 309 penampilan di Liga Perdana, menyumbang 60 gol, dan merupakan bahagian penting City ketika mereka memenangi liga pada 2012, 2014, 2018 dan 2019.

Dalam pertandingan domestik, dia bermain 57 kali, dan memenangi 2 Piala FA, 5 Piala Liga. Beliau juga memenangi 3 Perisai Komuniti bersama City.

Silva memegang rekod untuk penampilan paling banyak di pentas Eropah untuk City, dengan 70 penampilan di Liga Juara-Juara dalam dekad terakhir.

David Silva dianggap sebagai salah seorang playmaker yang terbaik di dalam generasi beliau.

Selain daripada seorang yang kreatif beliau juga sangat lincah. David Silva pemain yang memiliki mentaliti yang sangat kuat di dalam padang dan dikenali dengan disiplin dirinya yang sangat tinggi.

 

Baca yang lain