Ini Sebab Kenapa Manchester United Memakai Logo Lebah

Sebentar tadi, sebelum artikel ini ditulis, Man United mengemaskini profil akaun media sosial mereka dengan logo lebah.

Lalu ramailah jadi keliru. Malah ada yang berjenaka menuduh Man United pada hari ini lebih banyak menukar gambar profil berbanding menang piala.

Ada juga yang menuduh akaun facebook Man United sudah dihack oleh penyokong Brentford.

Tetapi sebenarnya logo lebah itu adalah solidariti bandar Manchester kepada mangsa tragedi pegeboman di Manchester beberapa tahun lalu.

Bukan sahaja Manchester United, malah Manchester City turut menggunakan logo tersebut, dengan cara tertentu untuk menyatakan sokongan mereka.

Walaupun tidak menukar logo kelab mereka dengan logo lebah, namun Man City tetap memuat naik grafik khas dengan meletakkan logo kelab dan logo lebah secara bersebelahan dengan kapsyen: “Bandar Ini Sentiasa Ingat”

Pada 2017, Manchester United dan Man City menggunakan jersi yang ada logo lebah ketika aksi derbi. Dan jersi tersebut dilelong untuk kebajikan.

Pada 22 Mei 2022, bandar Manchester memperingati 22 orang yang maut serta ratusan lagi cedera kerana serangan di Arena Manchester.

Kejadian itu berlaku 5 tahun lalu di bahagian foyer arena Manchester ketika konsert Ariana Grande.

Di mana seorang pengembom berani mati telah meletupkan dirinya.

Pada hari ini, pada pukul 10.31 wakatu tempatan di Manchester, bandar tersebut akan bertafakur seketika terutama sekali di Stesyen Tren Victoria.

2 minggu yang lalu satu tugu peringatan kekal dibina di bandar tersebut dan dirasmikan oleh Duke dan Duchess of Cambridge.

Baca yang lain