Ini Sebab Triple H Yakin Ronaldo Akan Tampil Dalam WWE Arab Saudi

WWE telah bekerjasama dengan kerajaan Arab Saudi untuk membawa acara gusti profesional ke negara Timur Tengah selama lebih lima tahun sekarang. Acara Siaran Langsung Premium pertama mereka di sana ialah ‘Greatest Royal Rumble’ yang telah menarik perhatian dunia sejak ia diperkenalkan.

Ianya membuka pintu seluas luasnya kepada kerjasama lebih lanjut antara WWE dan kerajaan Arab Saudi.

Dan kini laporan telah menyatakan bahawa gergasi francais gusti itu sedang mendapatkan Crisstiano Ronaldo, yang kini bermain untuk Al Nassr di Arab Saudi, untuk membuat penampilan di Crown Jewel pada bulan November yang akan menjadi satu lagi pertunjukan premium WWE di negara Arab Saudi.

Pertunjukan WWE di Arab Saudi sebelum ini banyak tertumpu pada legenda WWE dan beberapa acara sampingan lain. Misalnya perlawanan pada 2018 di mana John Cena menewaskan Triple H, dan juga pertarungan yang terkenal antara The Undertaker dan Goldberg, yang tidak dapat dilupakan peminat.

Pada masa kini, usaha WWE ke Timur Tengah kini lebih rancak kerana sokongan kuat daripada negara Arab Saudi itu sendiri. Walaupun pertunjukan terbaharu di sana, yang berlangsung pada 5 November tahun lepas, menyaksikan YouTuber yang bertukar menjadi ahli gusti Logan Paul bertarung dengan Roman Reigns dalam acara utama untuk Undisputed Universal Title. Kini lebih banyak perseteruan Raw dan  SmackDown akan diketengahkan.

Kini WWE mengorak langkah lebih besar dalam usaha mereka terus mengukuhkan jenama mereka. Bukan perkara baharu pemain bintang bola sepak dijemput ke acara WWE. Dahulu Wayne Rooney pun pernah.

WWE sedang berusaha membawa bekas rakan sepasukan Rooney iaitu Cristiano Ronaldo. Tidak pasti lagi sama ada perjanjian akan dicapai yang menyaksikan pemenang Ballon D’Or lima kali diketengahkan semasa lawatan WWE seterusnya ke Arab Saudi.

Namun satu fakta yang disukai oleh peminat CR7 dan WWE, pemain itu kini beraksi untuk Al Nassr di Arab Saudi. Dia merupakan duta khas negara itu untuk mempromosikan Arab Saudi terutama sekali melalu sukan.

Jadi dengan itu, Triple H benar benar yakin Ronaldo akan menyertai acara mereka. Siapa tahu, Abang Do akan bersiuuu di arena WWE pula lepas ni?

 

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.