Jawapan Padu Mikel Arteta Kenapa Arsenal Musim Ini Tak Fluid

Mikel Arteta menjawab dengan penuh analogi ketika ditanya kenapa pasukannya pada musim ini tidak fluid seperti musim sebelumnya.

Arsenal dilihat tidak banyak bermain dengan sistem yang free flowing. Lebih memfokuskan kepada kestabilan dan juga juga ciptaan peluang.

Mikel Arteta menjelaskan, mereka tidak boleh syok sendiri mahu beraksi fluid sepanjang masa sedangkan lawan mereka memiliki gaya permainan berbeza.

Tidak setiap hari Arsenal bermain dalam perlawanan yang terbuka. Dan ada kalanya mereka perlu bermain dengan sistem lebih pragmatik di atas padang.

Antara sebab utama Arsenal tidak menekankan fluiditi adalah, banyak lawan mereka yang bermain dengan blok rendah atau parkir bas depan gol.

Arteta berkata: “Ketika kamu berada di atas jalan raya, kamu nak memecut 100mph / 161kmj. Tetapi di sana ada 3 bas dan 55 teksi di sekeliling saya.”

Arsenal sudah menjadi antara pasukan yang semakin diberikan perhatian kerana gaya permainan mereka yang semakin progresif di bawah Mikel Arteta.

Bukayo Saka sendiri mengakui bahawa pada ketika ini dia merasakan lawan mereka seringkali menggunakan sistem ‘doubling’ atau pertahanan berlapik untuk mengekang dia dan Martinelli.

Saka menegaskan dia harus mencari solusi sendiri untuk berdepan situasi itu. Takkan nak kutuk pasukan lawan yang gunakan sistem seperti itu bukan?

Saka berkata: “Saya rasa ada banyak perlawanan saya bermain menentangn pasukan dengan sistem double, dengan dua pemain merantai saya. Sama juga berlaku pada Martinelli.”

“Ia berlaku dalam setiap perlawanan, saya sentiasa menonton semula aksi saya untuk mencari solusi, apa yang saya boleh perbaiki.”

“Akhir sekali, saya cuma rasa saya perlu memahami bahawa inilah yang akan berlaku musim ini. Jadi saya harus berhadapan dengannya dan berterusan mencari langkah untuk mengatasinya, seperti hari ini. Itu yang saya terus lakukan sekarang.”

Arsenal meneruskan kempen mereka pada hari ini dalam aksi UCL. Di mana mereka sebenarnya sudah separuh kaki di kalah mati. Hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan kemaraan secara matematik.

Di dalam liga, Arsenal kini berjaya berada di puncak liga. Setelah mereka mencipta kemenangan minggu lalu ketika aksi Man City dan Liverpool berakhir seri.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu