JDT Tempuhi 1001 Masalah Sebelum Selesaikan Musim 2017 Dengan Sempurna

Pada musim 2017, JDT telah menampilkan seramai 32 pemain dalam 4 pertandingan yang disertainya.

Musim yang melihat JDT menjuarai Liga Super dan Piala Malaysia, layak ke suku akhir Piala FA dan mara ke pusingan ke-2 Piala AFC.

JDT tewas kepada Pahang di peringkat suku akhir Piala FA walaupun menang 2-1 di Larkin. Pahang mempunyai kelebihan apabila menang 3-1 di Darul Makmur.

Pada kempen Piala AFC JDT ditunjukkan jalan keluar oleh kelab gergasi Filipina, Ceres Negros melalui agregat 4-3.

Secara keseluruhan JDT menempuh 47 perlawanan dan menang 30 kali dari angka tersebut. Pada musim itu juga JDT menggunakan 2 khidmat ketua jurulatih apabila Ulisses Moarais dibawa masuk bagi menggantikan Benjamin Mora.

Perjalanan musim 2017, pemain manakah tampil paling banyak?

Izham Tarmizi Roslan, 26

26 penampilan

Pada 14 perlawanan pertama liga, Mora meggilirkan 2 penjaga gol mereka, memberi peluang kepada Farizal Marlias sebanyak 9 kali dan Izham 5 kali.

Dalam tempoh itu JDT hanya merekod 3 clean sheet. Walaupun Izham lebih kurang bermain berbanding Farizal namun dia mempunyai 2 clean sheet.

Izham mendapat lebih peluang bermain apabila Farizal digantung sepanjang musim disebabkan kes kad merah yang diterimanya dalam perlawanan pusingan ke-2 Piala AFC.

Izham tampil 7 perlawanan Piala Malaysia yang menyaksikan JDT menjuarai piala ke-3 domestik. Haziq Nazli bermain 5 kali dalam pertandingan tersebut.

Secara keseluruhan Izham bermain 12 kali di Liga, 4 kali di Piala FA, 7 kali di Piala Malaysia dan 3 kali di Piala AFC.

Sementara itu Farizal bermain 14 kali dalam semua pertandingan dan Haziq 7 kali.

Kunanlan Subramaniam, 31

34(1) perlawanan, 3 gol

Kunanlan hanya terlepas 6 kali dari 37 perlawanan. 3 kali di liga, 2 kali di Piala Malaysia dan 1 kali dalam pertandingan Piala FA.

Pemain pertahanan kanan ini majoritinya direhatkan dalam kempen Piala AFC dan Mora memberi peluang kepada Azrif Nasrulhaq.

Kunanlan hanya tampil 5 dari 10 perlawanan, hanya terlibat dengan perlawanan besar ketika menentang Buriram Utd dan Gamba Osaka.

Selepas itu dia hanya bermain 1 kali dalam pusingan kumpulan sebelum kembali muncul pada pusingan ke-2.

Pemain kelahiran Selangor ini mencetak 3 gol masing-masing ketika bertemu pasukan dari pantai timur iaitu T-Team, Kelantan dan Terengganu.

Fazly Mazlan, 24

33(6) penampilan

Sebelum kehadiran La’vere Corbin Ong, pemain berusia 24 tahun ini bertindak sebagai pemain pertahanan kiri utama pasukan. Fazli sangat penting pada musim 2016,  bermain 24 dari 27 kali dalam 2 pertandingan utama.

Pembelian Azrif pada pertengahan musim sedikit sebanyak mengurangkan peranannya di posisi itu.

Bermula musim 2017, penglibatan pemain ini dikurangkan menjadi 15(3) dari 21 di liga. Fazly mengumpul18(30) penampilan dalam pertandingan lain.

Azrif dijadikan sebagai pemain simpanan kepada di 2 posisi iaitu pertahanan kiri dan kanan. Kelab berjaya memberi banyak peluang kepada Azrif untuk membuktikan kemampuannya.

Azrif meraih 24(6) penampilan dalam peranan itu. Pada musim seterusnya Azrif kekal diberi peranan sama namun mula kurang bermain selepas kehadiran Lavere Corbin Ong.

Marcos Antonio, 34

33 penampilan, 4 gol

Sudah pasti bagi setiap pasukan di Malaysia mereka memerlukan sekurang-kurangnya 1 pemain import bagi mengemudikan barisan pertahanannya.

Antonio mempunyai cerita kurang menarik pada musim 2017. Dia cedera dan tidak terlibat dalam majoriti perlawanan Piala Malaysia.

Fadhli Shas, 26

28(2) penampilan, 5 gol

Mungkin tahun 2017 merupakan tempoh terbaik pemain kelahiran Perak ini bersama JDT. Fadhli muncul 11 kali, lebih banyak dari pesaing utamanya Aidil Zafuan yang bergelut dengan masalah kecederaan.

Lebih membanggakan Fadhli menjaringkan lebih banyak gol berbanding Antonio. 3 gol liga, salah satu darinya merupakan gol kemenangan ketika bertemu negeri kelahirannya, Perak.

2 gol lagi terhasil di perlawanan pusingan ke-3 Piala FA (UiTM) dan perlawanan ke-5 Piala Malaysia (Terengganu).

Pada musim seterusnya Fadhli terus mengukuhkan tempat, sebagai pemain yang lebih penting dari Aidil sebelum kembali hilang pada 2019. Adam Nor Azlin dibawa masuk bagi memberi pilihan lebih banyak.

Junior Eldstal pula menjadi pemain ke-4 paling digunakan dengan membuat 12(2) penampilan selepas Aidil 17(5) penampilan.

Dominic Tan dan Hasbullah sekadar menjadi pemain lapisan ketiga dengan 3(1) dan 5(2) penampilan. Hasbullah lebih digunakan sebagai pertahanan sisi san pemain ini mula disisihkan selepas meraih kad merah ketika terikat 1-1 menentang Magwe dari Myanmar.

Shafiq Rahim, 30

37(4) penampilan, 15 gol

JDT mempunyai beberapa isu di posisi tengah kerana beberapa perkara. Pada masa sama, ini adalah musim pertama kelab mahu menerapkan sistem 3 pemain di tengah.

Haris Harun dipinjam keluar. Shafiq Rahim dan Amirulhadi sudah memasuki usia 30 tahun menyertai Shakir Shaari dan Nazmi Faiz Mansor yang baru tiba di kelab.

Sedikit melegakan, Shafiq Rahim masih kekal berfungsi dengan baik pada musim terakhirnya di JDT. Dia menyumbang 9 gol di liga, 2 di Piala Malaysia dan 4 di Piala AFC.

Menjadi pemain yang paling kuat memegang tanggungjawab di bahagian tengah. JDT membuat penambahan dengan membawa masuk Naxto Insa pada jendela perpindahan pertengahan musim.

Amirulhadi Zainal, 31

26(5) penampilan, 2 gol

Ramai tidak gembira dengan prestasi pemain ini tetapi siapa lagi yang ada dalam senarai pasukan yang boleh membantu Shafiq Rahim dalam merencanakan serangan.

JDT juga tidak memberikan jaminan buat Amirulhadi untuk bermain dalam semua perlawanan. Pemain yang menyertai JDT pada tahun 2014 ini tampil 26(5) kali dan hanya bermain 1(1) kali. Naxto mula mengambil tempatnya.

Shakir merupakan pemain defansif, Nazmi yang lebih kepada ofensif sementara itu Amirulhadi menjadi berada ditengah dua fungsi itu sebelum Naxto tiba.

Afiq Fazail, 23

22(11) penampilan

Peranan besar menanti Afiq apabila Haris dikeluarkan dari skuad namun dia berjaya menghabiskan musim dengan baik dengan 2 kejuaraan yang diraih JDT.

Dia menjadi salah satu pemain anak jati Johor yang terus kekal menjadi pemain utama dalam skuad paling kuat di Malaysia ini.

Mungkin 1 perkara yang paling janggal berlaku kepadanya adalah, dia tidak pernah menjadi pemain utama Harimau Malaysia walaupun sentiasa menjadi pemain utama JDT.

Naxto mungkin merupakan pemain penting, namun dia tiba selepas 3 pemain diatas sudah menyelesaikan 50% tugasan JDT dalam meraih kejuaraan liga.

Sementara itu Nazmi berada dalam musim pertama dan dia diberi ruang bermain sebanyak 14(9) kali dan Shakir dalam fasa persaraan dengan hanya muncul 5(7) kali.

Gabriel Guerra, 24

37(5) penampilan, 18 gol

 

Musim ini merupakan musim JDT cukup tidak seimbang dalam pilihan pemain di barisan tengah dan penyerang.

JDT mempunyai 11 nama untuk membentuk trio serangan dan 7 nama bagi mengisi 3 tempat pemain tengah.

4 pemain import menyertai pasukan –Cabrera, Guerra, Barrales dan Ferreira- seterusnya Ghaddar dibawa masuk pada pertengahan musim, menjadi penyerang import ke-5.

Guerra paling konsisten dengan muncul 37(5) perlawanan dan pemain berusia 24 tahun ini menyumbangkan 18 gol secara keseluruhan.

Gonzalo Cabrerra, 28

35(5) penampilan, 18 gol

Cabrerra dan Guerra menjadi duo penyerang dari Argentina yang menyumbang 36 gol kepada pasukan. Masing-masing merekod 18 jaringan.

Cabrerra bertindak di sebelah kanan, dan Guerra diangkat dari pasukan JDT II menggantikan Barrales. Kehadiran Guerra merampas tempat Ferreira yang kemudiannya dikeluarkan dari skuad utama.

Guerra menghadiahkan 9 mata secara terus kepada pasukan dalam aksi liga apabila menjaringkan gol kemenangan dan 2 gol pada separuh akhir Piala Malaysia, menghantar pasukan ini ke perlawanan akhir.

Pada perlawanan akhir beliau menjaring salah satu gol ketika menumpaskan Kedah 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Hazwan Bakri, 26 tahun

19(14) penampilan, 6 gol

Walaupun JDT mempunyai 11 pilihan pemain di bahagian serangan, namun hanya 4 nama yang boleh bermain di bahagian penyerang tengah.

Barrales gagal serta merta, Darren Lok dan Hadi Fayyadh tidak mencapai kualiti yang diperlukan JDT. Hanya nama Hazwan Bakri yang tertinggal.

Itulah sebab pemain ini kekal meraih penampilan yang lebih banyak berbanding yang lain.

Safawi Rashid dan R.Gopinathan merupakan pemain baru yang bermain di bahagian sisi. Sebelum itu, Azamuddin Akil, Mahali Jasuli, dan S.Chanturu pemain penting dalam sistem 4-4-2 Mario Gomez.

Pemain ini akhirnya dikeluarkan bagi mengimbangan pilihan untuk sistem baru (4-3-3) yang mula digunakan.

Hazwan tidak banyak menyumbangkan jaringan. Jumlah jaringnnya 3 kali ganda kurang dari pemain tengah Shafiq Rahim.

Pemain ini hanya menjaringkan 3 gol dari  8 penampilan awal. Mohammed Ghaddar dibeli dari Kelantan bagi mengatasi masalah itu.

Walaupun Ghaddar dikatakan tidak sesuai dengan sistem permainan baru JDT, pemain ini sedang meledak di Kelantan. Ghaddar akhirnya menghadiahkan 5 gol dalam 6 perlawanan awalnya bersama pasukan baru itu.

Lain-lain

  • Mohamed Ghaddar. 14(2) penampilan
  • Azamuddin Akil, 12(8) penampilan
  • Safawi Rashid, 10(10) penampilan
  • Brian Ferreira, 8(3) penampilan
  • Mahali Jasuli, 6(9) penampilan
  • Darren Lok, 4(5) penampilan
  • R.Gopinathan, 4(1) penampilan
  • S.Chanturu, 2(8) penampilan
  • Jeronimo Barrales, 1(1)

Rumusan

Tahun 2017 merupakan musim pertama JDT menggunakan sistem baru, sistem yang diarahkan oleh pemilik kelab sebagai DNA pasukannya.

Situasi tersebut menjadikan pasukan menghadapi ketidak seimbangan pilihan pemain di bahagian tengah dan penyerang.

Dari 4-4-2 kepada 4-3-3, JDT memerlukan lebih ramai pemain tengah dan mengurangkan penyerang tengah.

Ketika itu JDT hanya mempunyai 7 pemain tengah dan 11 penyerang menunjukkan kelab perlu melalui mengubah jumlah tersebut pada angka yang betul.

Ditambah dengan isu penggantungan panjang penjaga gol –Farizal- dan kecederaan pemain pertahanan utama –Antonio, Aidil- meletakan JDT dalam cabaran besar.

Prestasi mengecewakan dari Barrales juga menjadi masalah. Hazwwan dan Ferrera pula kurang memberi impak dan ketiadaan Haris menceritakan 1001 kisah sukar perjalanan JDT.

Berapa banyak pun masalah mereka pada ketika itu, hanya satu yang akan dikenang.

Mereka kekal menjuarai Liga Super dan menjulang trofi Piala Malaysia yang pertama. Mereka berjaya menyudahkan musim dengan sempurna.

Baca yang lain