Jimenez Pecah Rekod Kelab, Semakin Berinspirasi Selepas Dikaitkan Dengan Kelab Besar

Raul Jimenez pecah rekod -pemain paling banyak jaring gol/semusim- apabila menambah 1 gol ketika menewaskan West Ham United 2-0.

Kemenangan itu juga membuka peluang kepada Wolverhampton bersaing merebut slot ke Liga Juara Eropah pada musim hadapan.

Walaupun agak sukar kerana perlu bersaing dengan Chelsea dan Manchester United namun jurang 2 mata dilihat agak realistik. Malahan kelab ini mempunyai mata yang sama dengan Manchester United.

Wolves kini berada di tempat ke-6 dengan 46 mata, terikat mata dengan Machester United dan kurang  2 mata berbanding Chelsea yang berada di tempat ke-4.

Pasukan yang menamatkan kedudukan di tangga pertama hingga ke-5 akan meraih slot ke Liga Juara Eropah.

Pada perlawanan lepas, Jimenez melakukan tandukan gol di hadapan penjaga gol West Ham, Lukasz Fabianski selepas menerima hantaran lintang dari pemain gantian, Adama Traore.

 

Ia merupakan jaringan liga ke-14 dari penyerang Mexico itu pada musim ini. Jaringan tersebut memecah rekod jaringan tertinggi kelab di Liga Perdana Inggeris.

Sebelum ini rekod itu juga dipegang oleh dirinya sendiri apabila mengumpul 13 gol Liga Perdana pada musim lepas.

Sejak 1992, Wolverhampton hanya berada 6 musim di Liga Perdana Inggeris dan 5 musim darinya berlaku pada 10 musim terakhirnya.

Berikut adalah penjaring terbanyak pemain sejak 10 musim lepas.

  • 2019/20: Raul Jimenez -14 gol
  • 2018/19: Raul Jimenez -13 gol
  • (Cham) 2017/18: Diego Jota -17 gol
  • (Cham) 2016/17: D. Edward/H. Costa -10 gol
  • (Cham) 2015/16: Benik Afobe -9 gol
  • (Cham) 2014/15: Bakary Sako -15 gol
  • (Lea. 1) 2013/14: Nauho Dicko -13 gol
  • (Cham) 2012/13: Sylvain Ebanks Blake -14 gol
  • 2011/12: Steven Flecther -12 gol
  • 2010/11: Steven Fletcher -10 gol
  • 2009/10: Kevin Doyle -9 gol

*huruf gelap, Liga Perdana Inggeris

Liga Perdana Inggeris masih mempunyai baki 8 perlawanan sebelum ditamatkan. Jimenez berpeluang melebarkan rekod peribadinya bersama kelab itu.

Pemain berusia 29 tahun ini mula mendapat perhatian dari kelab besar seperti Liverpool dan Manchester United.

Ketika ditanya oleh pelakon Jessica Coch tentang namanya dikaitkan dengan kelab besar pada minggu lepas, Jimenez menjawab melalui Sport Witness.

“Ia satu perkara yang menarik. Saya tidak tahu adakah itu benar, ia cuma khabar angin.”

“Sejak mereka bercakap tentang saya, pasukan seperti Real Madrid, Barcelona, Juventus, Manchester City, Manchester United dan Liverpool merupakan kelab penting dalam sejarah bola sepak.”

Kenyataan itu muncul selepas pemain ini mendedahkan dia pasti sukar menolak jika tawaran hadir dari kelab seperti Real Madrid atau Barcelona.

Walaupun Manchester United belum membuat tawaran rasmi, mereka akan mendapat saingan jika nama pemain ini berada betul-betul dalam sasaran mereka.

Manchester United dijangka akan masuk ke dalam pasaran pemain bagi menguatkan pasukannya pada musim hadapan.

Pemain seperti Jadon Sancho, Wissam Ben Yedder dan Lautaro Martinez mula dikaitkan sejak bulan lepas.

Odion Ighalo telah dibawa masuk sebagai pemain pinjaman dan dia mungkin dikekalkan semusim lagi, tetapi pemain ini bukanlah seorang penyerang yang mampu memberi saingan kuat kepada Marcus Rashford atau Anthony Mathial.

Sehingga hari ini Ighalo diturunkan sebanyak 5 kali pada 5-10 minit terakhir perlawanana dan Whoscored hanya memberi penilaian 6.1-6.3 markah pada setiap penampilannya.

Sebaliknya Jimenez boleh melakukan lebih dari Ighalo.

Jimenez mempunyai 22 jaringan pada 44 penampilan bersama Wolves, menjadikannya salah seorang pemain paling diluar jangkaan (underrated) di Liga Perdana Inggeris.

Dengan ketinggian 6 kaki 3 inci, dia cukup tinggi dan dapat dijadikan pelan B yang ideal buat Ole Gunnar Solsjaer.

Pada masa yang sama, Jimenez juga memberi isyarat kepada Liverpool apabila namanya dikaitkan dengan kelab tersebut.

Jimenez berkata rumors itu telah memberikannya inspirasi untuk terus meningkat. Selain 22 jaringan, pemain ini juga menyumbang 10 bantuan sepanjang musim ini.

Jimenez mengatakan bahawa agak luar biasa apabila dikaitkan dengan The Reds dan mula memberi pertunjuk dia ingin keluar dari Molineux.

Bagi pihak kelab -Wolves- pula, mereka mengatakan tiada cara lain untuk mengekalkan pemain terbaiknya kecuali mereka layak ke Liga Juara Eropah.

Baca yang lain

Faisal Halim Melecur Tahap 4

Faisal Halim dilaporkan mengalami kecederaan melecur yang serius pada tahap 4. Sebelum ini Faisal Halim berdepan detik ngeri apabila disimbah dengan asid